Nana dan Nora bersahabat baik. Mereka berkawan sejak dari kolej, walaupun mereka berlainan course, namun setiap hari mereka pergi dan balik dari kolej bersama-sama. Masa terus berputar, sedar tak sedar 3 tahun sudah mereka berkawan. Walaupun masa itu nampak agak singkat, tetapi bagi Nana, persahabatan antara dia dan Nora amat bermakna dan banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Nana seorang yang sangat menjaga aspek-aspek keagamaan berlainan pula dengan Nora yang suka akan kesosialan sepertimana remaja-remaja lain. Sejak Nora berkawan dengan Nana, Nana banyak menasihati Nora akan soal-soal agama dan kehidupan. Nana juga sering mengingatkan Nora agar tidak terikut-ikut budaya yang tidak sihat di luar sana. Nora terasa agak bosan kerana segala gerak-gerinya sering diperhati dan di nasihati oleh Nana. Nora selalu kata, "kau ni dah macam mak tiri lah.. asyik nak bising-bising, apa yang aku buat semua tak boleh..." tetapi Nana hanya tersenyum dan berkata, "aku sayangkan kau, sebab kau kawan aku..aku tak nak kau tersesat jauh nanti dan aku tak nak dipersoalkan di akhirat nanti kenapa biarkan kawan aku tersalah pilih jalan, kenapa tak nasihatkan apa yang aku tahu baik dan buruk. Aku takut Nora.." Nana berkata sambil tersenyum. tapi Nora dengan muka selamba dan berkata, "ye lah Nana.." Walaupun Nora sering berkata begitu, namun adakalanya, dia ingat apa yang dipesan oleh Nana dan mereka tetap mesra.
Mereka mempunyai 2 orang kawan yang bernama Aina dan Syafie. Aina dan Syafie berkawan baik. Tetapi adakalanya Aina dan Syafie keluar bersama-sama Nana dan Nora untuk berseronok. Aina dan Syafie sukakan kehidupan yang sosial. Mereka selalu keluar malam dan duduk lepak-lepak dengan kawan-kawan sehingga pagi. Ada lelaki dan ada perempuan. Nana selalu menasihati mereka. Mereka juga seperti Nora, selalu berkata, "ye lah Nana.. Hei mak tiri aku ni, asyik bising je." mereka berkata secara bergurau. Nana tersenyum dan berkata, "korang kawan aku, aku sayang korang, sebab tu aku selalu nasihat korang. Tak kan aku nak nasihatkan orang yang aku tak kenal, kan.." Nana tak pernah bosan menasihati kawan-kawannya walaupun kawan-kawannya berkata begitu dan adakalanya tidak menghiraukannya. Bagi Nana, itu adalah tanggungjawab dia sebagai seorang kawan terhadap kawan-kawannya.
Hari demi hari berlalu, Nana dan Nora semakin jarang bertemu. Aina dan Syafie juga sudah balik ke negeri masing-masing. Jika berkesempatan, mereka hanya bertanya khabar melalui facebook dan telefon sahaja. Balik kepada Nana dan Nora, walaupun mereka jarang bertemu, mereka selalu mesej dan kemesraan antara mereka tidak pernah hilang. Ada sahaja telatah-telatah dan gurauan-gurauan yang membuat mereka tersenyum. Nana tidak pernah habis cerita untuk diceritakan pada Nora, kerana bagi Nana, Nora lah satu-satunya kawan yang paling memahaminya. Masa terus berlalu lagi.
Suatu hari, Nora menceritakan, bahawa skandlenya (perempuan) cemburu akan kemesraan antara kami. Nora kata, "Ranie kata dia cemburu kita mesej kadang panggil cayang-cayang, pastu Ranie cakap, kalau Nana ajak YM cepat je..kalau orang ajak lambat-lambatkan!" Nana hanya ketawa dan berkata, "Haha..apa lah yang nak dicemburukan, aku ni perempuan lah, kau pun perempuan. Aku tak pernah dan tak mungkin jatuh hati pada perempuan melainkan sayang sebagai seorang kawan ye. Hati aku masih pada lelaki lah cakap kat Ranie tu, jangan risau lah, ye." Begitulah yang dikatakan oleh Nana kepada Nora.
Sebulan berlalu, Nora semakin berdiam diri dan bila membalas mesej Nana pun hanya beberapa patah perkataan sahaja, tidak macam selalu. Nana terasa hairan dan sudah mula terasa bahawa Nora cuba mengelak dan mengawal dirinya daripada lebih mesra dengan Nana daripada Ranie, kerana Nora hendak menjaga hati Ranie. Semakin lama, persahabatan Nana dan Nora semakin renggang, sikap dan kata-kata Nora kepada Nana juga semakin kasar. Nana sungguh terkilan dan terasa sedih. Tetapi Nana hanya berdiamkan diri dan bagi Nana, Allah itu MAHA ADIL dan MAHA MENGETAHUI. Jadi, Nana hanya redha jika Allah ingin menjauhkan dia dari Nora. Aina dan Syafie juga sering bertanya pada Nana, mengapa Nora banyak berubah? "Nora dah tak macam yang aku kenal dulu. lain sangat, tapi aku tak kisah la, sebab aku tahu Nora tu memang akan lebihkan skandle dia dari kita-kita ni, lebih-lebih lagi kau, kawan dia yang paling rapat dengan dia dan kawan yang paling sayangkan dia. Kau sabar la ye, Allah tu MAHA ADIL. Sabar je.." Begitu la selalu yang akan dikatakan oleh Aina dan Syafie. Walaupun Nana begitu sedih dan terkilan akan sikap Nora yang tidak menghargai persahabatan mereka yang lebih lama daripada hubungan Nora dengan Ranie, tetapi Nana tidak boleh nak buat apa, hanya doa yang mengiringi pemergian persahabatan mereka. Nana tak boleh tipu hati dia, kerana dia benar-benar sayangkan Nora walaupun Nora tidak menghargai persahabatannya, walaupun Nora tidak memahami apa yang Nana buat kepadanya selama ini adalah untuk kebaikannya, tetapi Nora hanya memikirkan hidupnya yang harus diteruskan dengan keseronokan yang membawanya ke jalan kegelapan.
No comments:
Post a Comment