Saturday, 21 January 2012

Sahabatku Buah Hatiku...

Nora, seorang perempuan yang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang dianggap baik baginya namun buruk padahnya. Nora baru dimasukkan ke kolej oleh ibu bapanya. Di situ lah Nora mula mengenal dunia sosial. Selama berada dalam jagaan ibu bapanya, dia seorang yang baik, mendengar kata dan pandai memilih kawan. Namun sebenarnya, Nora sangat bertuah kerana di kolej tersebut, dia mempunyai seorang teman yang baik dan sudi menasihati dan memberi pandangan mana baik dan buruk baginya. Iaitu Nana. Nana sangat bimbang akan Nora yang mula berubah dan mudah sangat terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang akan memudaratkan dirinya. Nana selalu mengambil berat akan diri Nora dan sering bertanya ke mana sahaja Nora hendak pergi (jika bukan keluar bersamanya). Namun, Nora sedikit pun tidak mengerti apa yang dilakukan Nana terhadap dirinya itu adalah satu pengorbanan sebagai seorang sahabat yang menyayanginya. Ceritanya bermula begini...

Nora dan Nana berlainan course, tetapi mereka satu hostel. Sejak bertemu, mereka berdua terus menjadi rapat dan mesra. Setiap hari, mereka pergi dan pulang dari kolej bersama-sama. Di kolej disediakan satu bas khas untuk pelajar-pelajar. Tetapi adakala Nora dan Nana terlambat, jadi mereka kenelah berjalan kaki. Hostel mereka dari kolej tidak lah jauh sangat. Tapi kadangkala mereka lebih suka berjalan dari menaiki bas kerana jika berjalan, mereka boleh berbual panjang. Nora dan Nana tidak pernah kehabisan cerita untuk diceritakan, kerana itu mereka semakin mesra dan akrab.

Pada suatu hari, Nora keluar bersama teman yang sama course dengannya. Mereka itu dikalangan lelaki dan perempuan. Apa yang Nana risaukan adalah kerana mereka semua menghisap rokok. Mereka tidak endah batasan antara lelaki dan perempuan. Jadi, sebelum Nora keluar bersama mereka, Nana berpesan pada Nora "jaga diri baik-baik. Jangan terikut-ikut budaya mereka yang kurang sihat. Kalau yang baik kau ikut, takpe." Begitu lah pesanan Nana buat Nora, sahabat yang disayanginya.

Sebaik sahaja Nora pulang, pelbagai soalan yang ditanyakan oleh Nana. Nana tengok, tiada lah perubahan yang berlaku terhadap Nora. Namun selang beberapa hari, Nora pun mula buat perangai. Dia keluar dan tidak beritahu Nana ingin kemana, Nora hanya berdiam diri dan sikapnya sikit berubah. Tanpa Nora sedar, Nana sebenarnya ketahui bahawa dia mula menghisap rokok dan menghisap syisha. Nana menangis  kesedihan... kerana Nana tidak mahu Nora semakin sosial. Nana tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Nora tidak pulang ke hostel. Nana cuba luahkan pada kawan sehostelnya, iaitu Syafie dan Aina. Syafie kata, "Nora jadi begitu kerana dia terpengaruh dengan kawan-kawannya." Aina pula kata, "Kau janganlah kongkong dia sangat, dia bosan. Tu yang dia memberontak, so dia buat je lah apa yang dia suka." Nana sedih... Nana cuba tanyakan pendapat Syafie dan Aina. "Kalau aku bagitaw mak dia yang dia hisap rokok, boleh tak? sebab tu untuk kebaikan dia! Mak dia pun selalu pesan pada aku, jaga-jagakan Nora ni. kalau dia nakal, marah je... Aku jalankan apa yang mak dia pinta. Aku tak nak Nora menyesal suatu hari nanti." Aina kata, "baik kau jangan masuk campur, nanti dia marah kau. Terus dia diamkan diri dari kau." Syafie pula kata, "Aku tak tahu la Na. Kalau kau rasa terbaik untuk dia, buat lah apa yang patut. Nanti aku cuba lah cakap-cakap dengan si Nora tu."

Tiga hari berlalu, Nora masih belum pulang ke hostel. Nana semakin risau. Jadi Nana ceritakan hal tersebut kepada ibunya. Ibu Nana berkata, "Kalau Nana kawan yang baik buat Nora, cakap pada mak dia sebab nanti dia akan jadi lebih teruk. Nana sanggup tengok kawan Nana rosak kerana Nana? Sebab Nana tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang kawan. Di akhirat nanti akan dipersoalkan taw kenapa kita tak nasihat kawan kita apa yang kita tahu baik baginya." Nana kata, "bukan Nana tak nak bagitaw mak dia, Nana tak nak nanti gaduh dengan dia. Nana tak nak kehilangan dia." (dengan nada sedih) Kemudian ibu Nana berkata, "eh!! mari sini nombor mak Nora, biar ibu yang bagitaw. Kalau makin Nana diam, nanti dia makin menjadi. Siapa nak tolong dia kalau bukan Nana? Mari sini nombor mak dia... Bagi ibu cepat..." Nana dengan situasi yang teragak-agak, tak tahu ingin bagi atau tidak nombor mak Nora kepada ibunya. Nana tak mahu nanti bergaduh dengan Nora. Nana sayangkan Nora.

--> Tapi kawan-kawan... Jika kita sayangkan kawan kita, bukan kita harus biarkan dia terus hanyut dengan perbuatan yang kita tahu buruk padahnya bagi dia. Jadi, kita buat apa yang patut. Kalau cara nasihat tak boleh, cuba beritahu dengan orang yang terdekat dengannya yang mungkin dia akan dengar cakap jika orang itu yang beritahu. Fikirkan yang terbaik untuk dia. <--

Lalu, Nana pun berikan nombor mak Nora kepada ibunya. Ibunya terus telefon dan beritahu perkara sebenar kepada mak Nora. Tiba-tiba, Nora balik dan dia marah-marah. Nana cuba menegurnya, tapi dia diam dan marah-marah, menghempas-hempas barang dan bawa beberapa helai baju dan masukkan ke dalam begnya. Syafie lihat ke arah jendela, rupa-rupanya mak dan ayah Nora datang untuk mengambilnya pulang ke rumah pada setiap hujung minggu. Nana cuba meminta maaf dan cuba menerangkan keadaan sebenar dan ingin beritahu bahawa dia sangat risau akan keadaan Nora yang sebegini. Tapi Nora hanya mengeraskan hatinya dan berlalu pergi. Sebaik sahaja Nora keluar, Nana yang berada di dalam bilik, menangis teresak-esak. Syafie terus masuk ke dalam bilik dan menenangkan Nana. "Dah la Nana, Nora tu kejap je dia marah, dia cakap dia marahlah sebab kau beritahu mak dia." kata Syafie. "Tapi, tu semua untuk kebaikan dia, Syafie. Salah ke aku buat apa yang patut untuk kawan aku? Aku sayangkan dia, korang sanggup tengok kawan korang hanyut dengan gejala sosial yang memudaratkan diri dia? Sanggup tengok orang sekeliling hina dia perempuan tak de maruah? Hisap rokok sesuka hati, berlonggok dengan budak-budak yang tak tentu arah... Sanggup eh korang? Aku tak sanggup la, Syafie.. Sebab aku sayangkan dia sangat-sangat." balas Nana.

Cuti telah pun habis. Nora sudah kembali ke hostel, tapi dia sedikit pun tidak menegur Nana. Tiba sahaja waktu malam, Nora terus keluar bersama kawan-kawannya. Nana sedih kerana Nora tidak menegurnya. Apa yang Nana buat pada masa itu, adalah menulis surat buat Nora. Selesai menulis surat, Nana pergi ke The Mines untuk menyendiri. Surat yang telah ditulisnya tadi diserahkan kepada Syafie dan meminta Syafie memberikan surat itu kepada Nora.

Sebaik sahaja Nana balik dari The Mines, Nora telah pun berada di hostel. Nana cuba untuk menegur Nora, tetapi dia teragak-agak. Namun tanpa berlengah, Nana terus menegur Nora. "Nora, kau marahkan aku lagi ke?" tanya Nana. Nora tersenyum-senyum. Nana kelihatan kehairanan... "Kau dah baca surat yang aku bagi tu?" tanya Nana lagi. "Dah..." jawab Nora. Lalu Nana bersuara, "Nora, aku minta maaf, bukan aku sengaja nak cakap pada mak kau, tapi aku terpaksa. Sebab tu untuk kebaikan kau. Kau tahu kan betapa aku sayangkan kau. Kau tak rasa ke? Kau tak nampak?? Aku sayangkan kau lebih dari kawan-kawan kita yang ada dalam hostel ni taw. Kenapa aku ambil berat sangat-sangat pada kau, pernah tak kau fikir?" sambil tersenyum, Nora berkata, "dah la... dah... ye, aku taw kau sayangkan aku." "abes nape kau tak tegur aku? Nape buat aku macam tu? nape marah-marah? aku sedih taw..." kata Nana dengan nada sedikit sedih... "Alaa..baru sikit, dah sedih.. Ha! lain kali jangan buat lagi..." Kata Nora. "Laa... abes kau yang buat hal. Aku dah tak taw nak buat ape kau tahu tak? assignment aku pun tak siap lagi taw sebab fikirkan kau. Kau sahabat aku, kau tahu tak... Aku sayang kau..." kata Nana. "Sape suruh kau fikirkan aku? buat la assignment tu." Jawab Nora. "Kau ni..tak bersyukur eh ade kawan macam aku, sampai hati ek...?!" Kata Nana dengan nada seakan merajuk. Lalu Nora cuba memujuk dengan nada tertawa... "Hahaa!! dah la... dah... nak merajuk pulak kau ni... tak cute arr... Nanti cek abang kau lari... HEhee... ok, sorry k... aku janji tak buat kau risau lagi... Nana, jom keluar jom, kita tak makan malam lagi ni. Perut aku dah karaoke ni... HUhuuu..." "eee...kau ni.. ade-ade je... ok, jom.. kau belanja eh... Kita nak makan ape ni? Masakan Thai ke, Pizza?" Kata Nana sambil mengusik. "ok, NO hal.. Ni tanda aku minta maaf pada kau lah ni, ye... Jom! Pizza..." kata Nora. Sambil mencubit pipi Nana, Nora berkata, "Ha! Tu dah senyum tu... baru lah comey cek Nana kita ni... Hee..."

"Kawan-kawan, ingatlah bahawa kawan yang baik adalah kawan yang membawa kita ke arah kebaikan. Bukan kawan yang mengajar kita melakukan keburukan dan bukan kawan yang membiarkan kita hanyut dan sesat dalam hidup. Kawan yang baik selalu menegur kita jika kita ade kesilapan. Kawan yang baik juga tidak akan pernah cemburu akan kelebihan kita dan tidak akan menindas jikka ada kelemahan kita. Ingat tu kawan-kawan. Jangan sampai kita tersalah pilih kawan, nanti kita yang rugi taw... Kalau ada mereka yang berkawan dengan kita dengan ikhlas dan sentiasa mengingatkan kita, hargailah ia, kerana perginya takkan kembali lagi. Sebelum terlambat, haruslah beringat..." =)

No comments:

Post a Comment