Una... Kak Una... Mak 'O'...
Nama yang cukup dikenali di Taman Ria pada masa itu. Dari kalangan budak-budak sehinggalah kalangan dewasa, semua kenal... Tapi, tak hairan lah kenapa ramai yang kenal... sebab, habis semua orang aku tegur tak kira budak ke dewasa. Lebih-lebih lagi, budak-budak...aku pantang nampak budak-budak sebab aku suka nak bermain dengan mereka, bercerita dengan mereka dan mengajar mereka. Bila mereka merajuk, aku lah yang pujuk.. aku belanja diorang makanan ringan. Mungkin sebab tu diorang cerita kat parent diorang. Sampai satu taman kenal aku.. =) Setiap petang, aku akan keluar untuk bermain bersama kawan-kawan. Kadang-kadang main bola sepak, kadang-kadang main rondes, kadang-kadang main kejar-kejar. Bila aku keluar je dari rumah... "kak una..kak una nak gi mana?" "kak una..kak una... nak ikut" "hai kak una..." macam-macam, kan? sume tu budak-budak la... budak-budak yang selalu aku layankan. Semua kawan-kawan aku lelaki, tapi di kalangan semua, aku lah ketua. Boleh di katakan semua budak-budak kat Taman Ria pada masa itu takutkan aku. HAHA !! Tak tahu kenapa, mungkin sebab aku ni banyak idea dan suka bagi arahan. Aku sukakan sesuatu yang teratur, kemas, bersistematik... Tapi mereka tu jenis semberono, tu yang aku tak suka. So, aku atur lah. Dalam masa yang sama, diorang sume ok je.. ikut je apa yang aku cadangkan.. Pada masa tu, aku lah satu-satunya perempuan yang bersifat kelelakian, lasak dan berani di Taman Ria tu. Pantang ada orang buat salah dengan aku, aku gaduh. Ha ! tulah, sape suh cari pasal, tak pasal-pasal kene lah dengan aku. Tapi, kalau diorang baik dengan aku, seribu kali aku baik dengan diorang. So, pandai-pandai lah diorang fikir, kan...
Ha!! panggilan Mak 'O' tu... Abang angkat aku lah yang bagi... pandai-pandai dia jekk. hmm.. Nak tahu nape dia panggil aku Mak 'O' ? Sebab, aku ni kan selalu dikelilingi dengan budak-budak. Asal ada aku, ada lah budak-budak... Asal ada budak-budak, ada lah aku... HUhuu... Diorang ni suka sangat ikut aku nak gi mana-mana. Time aku tengah main bola sepak ke main rondes ke, diorang duduk kat tepi padang tu tengok aku main. Tapi memang seronok lah.. Sampai lah satu masa, tak tahu lah dari mana idea abang angkat aku ni dapat, boleh pulak panggil aku Mak 'O'. Makna Mak 'O' tu ? HAhaa... Makna Mak 'O' tu, Mak 'Orang'... Kenapa dia panggil aku Mak 'Orang' ? Sebab aku selalu jaga budak-budak la... HEhee... Pastu ramai pulakk yang panggil aku Mak 'O'... lebih-lebih lagi kawan-kawan abang angkat aku lah... asal nampak aku je, Mak 'O'... Mak 'O'... Aiyakk!! >.<" ape lah abang angkat aku ni.. Hmm...diorang panggil aku dengan cara gurauan... so, lantak la aku cakap.. janji diorang hepi... Hee... =D
Sebut je una, sape tak kenal... HUhuu... tapi yang paling-paling aku ramah, dengan keluarga Fairuz. Lasak-lasak aku, ganas-ganas aku pun, dalam hati ada taman taw... HAhaa... Nama pun perempuan, kan... Luar dan dalam lain... Ganas, ganas gakk...untuk pertahankan diri. Tapi, kelembutan sebagai seorang wanita tu tetap tersemat di hati ni taw. Aku rapat dengan Mummy sebab aku ada hati dengan Fairuz time tu. Hampir 11 tahun taw aku luahkan perasaan aku pada Fairuz ni, aku tak pernah jemu dan x pernah rasa untuk putus asa. Sebab aku tak ada bukti yang kukuh tuk aku lepaskan dia, macam nampak dia ada girlfriend ke. Aku tahu dia 'playboy', tapi sebab aku ikhlas cintakan dia. Walaupun aku tahu dia teruk, walaupun aku tahu ramai yang tak suka dengan sikap dia yang liar tu. Tapi, aku cintakan dia sebab aku nak nasihatkan dia perlahan-lahan. Tapi, nak wat cane, 11 tahun aku tunggu, jawapan dia tetap sama. Dari darjah 2 sehingga lah aku masuk kolej. Banyak kali aku cuba lupakan dia, tapi tak mampu. Sebab aku terlalu rapat dengan keluarga dia, lebih-lebih lagi dengan anak-anak saudara dia. Tu yang buat aku dekat dengan dia. Masa kat kolej, aku cuba lagi tuk lupakan dia. Tapi masih tak mampu sebab cinta aku terlalu kuat untuknya. Tapi suatu masa, aku dah tak mahu meneruskan cinta yang tak terbalas begitu. Aku pun call kawan baik Fairuz. Aku berbual-bual dengan kawan baik dia, aku tanya "Yin, Jiji dah ada girlfriend ke? cubalah ko cakap kat dia, law tak suka kat aku, jangan lah permainkan cinta aku. Ni tidak, dia layankan aku, nak buat aku ni dalam keadaan tertanya-tanya. Kenapa susah sangat nak dapatkan cinta dia?" Pastu dia cakap, "dah la Na, kau lupakan je dia. Kau ni tak serik-serik ek... Dah bertahun kau tunggu dia, kau tak rasa jemu ke? Kau tak rasa putus asa ke? Dia memang dah ada girlfriend dah Na." Pastu aku cakap kat dia, "Yin.., kalau aku tahu dia dah ada girlfriend, aku tak terhegeh-hegeh kat dia Yin. Masalahnya, dia layankan aku macam dia ada perasaan pada aku. Pastu macam ye-ye suka kat aku. Serabut la aku. Kalau aku ada bukti yang kukuh, aku nampak dengan mata kepala aku yang dia dah ada girlfriend, aku tak hingin nak ganggu dia, Yin. Kau kenal aku dah lama kan? Siapa girlfriend dia? Budak mana?" Yin jawab, "Ye Na, aku kenal kau sangat-sangat.. Camni lah, kau tengok kat fb girlfriend dia. Nanti kau nampak gambar dia dengan girlfriend dia." Aku pun cakap la, "ok Yin, thanx aw.. thanx banyak-banyak ye..."
Haa!! Kalau nak citer, panjang lagi ni... Fail-fail dalam fikiran aku tak tersusun rapi ni. Berserabut kepala aku nak keluarkan satu per satu. HAhaa...
No comments:
Post a Comment