Tuesday, 17 January 2012

Awak, Jangan Cintakan Saya Kalau...

Awak...
Jangan cintakan saya kalau cinta itu lahirnya bukan kerana Allah SWT,
Jangan sayangkan saya kalau sayang itu tak seutuh cinta Nabi kepada Siti Khadijah,
Jangan luahkan pada saya ungkapan itu kalau awak tak tahu apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu,
Jangan pernah katakan, "Saya ingin memiliki awak sebagai permaisuri hidup saya",
Jika awak sebenarnya belum bersedia untuk memikul tanggungjawabnya...
Jangan pernah katakan, "Cinta saya pada awak umpama seluas air di laut",
Jika diri awak tidak dipenuhi dengan IMAN dan TAQWA...
Jangan pernah katakan, "Sayang saya terhadap awak umpama seluas langit yang tersergam indah",
Jika awak tidak pernah bersedia menjadi seorang pemimpin yang baik dalam rumahtangga...
Jangan pernah katakan, "Saya sentiasa rindukan awak, plzz jangan buat saya macam ni",
Jika awak tak pernah renung apa yang perlu awak lakukan bila awak benar-benar inginkan seseorang itu menjadi milik awak...

Awak...
Untuk memiliki seseorang itu supaya menjadi milik awak yang abadi,
Awak wajib tahu, siapa dan apa tanggungjawab awak ketika itu...
Jangan sampai suatu hari nanti, awak lupa dan abaikan kewajipan awak...
Apa yang kita dapat hanya pinjaman dari Allah SWT,
dan kita harus jaga dengan sebaik-baiknya supaya Allah sentiasa meredhai kita,
Bila awak faham dan bersedia untuk hadapi segalanya,
Datanglah untuk bertemu ayah dan bonda agar mereka merestui hubungan kita...
InsyaAllah...berkekalan kebahagiaan yang kita idamkan...

No comments:

Post a Comment