Awak...
Ketahuilah,
Sesungguhnya hati ini telah jatuh cinta pada awak
Mungkin awak akan cakap, "kita baru je kenal, berbual pun tak pernah apa lagi mengenali hati masing-masing." Ye awak... kita baru kenal, tapi tak bermakna cinta tu tak boleh lahir walaupun belum kenal hati budi masing-masing, kan? Mungkin awak akan cakap, "ke awak ni pantang nampak lelaki ek?" atau "awak tiba-tiba jatuh hati pada saya sebab saya hensem dan kaya, kan?" Tidak, awak... saya bukan jenis macam tu. Saya tak pandang semua tu. Saya cuma luahkan apa yang terpendam di lubuk hati saya ni. Apa yang terlahir dalam hati saya ni adalah cinta... cinta yang tulus dan ikhlas buat awak seorang... Saya cuba luahkan pada awak sebab saya sedar bahawa cinta yang lahir dalam hati saya ni kerana Allah SWT dan saya akan cintakan awak kerana Allah... Bukan kerana siapa awak, bukan kerana apa pangkat awak, bukan kerana berapa banyak harta dunia awak dan bukan kerana rupa paras awak...
Awak...
Ketahuilah...
Cinta saya adalah cinta yang tulus dan ikhlas buat seseorang yang benar-benar saya cintakan dia kerana Allah dan bila saya cintakan dia, saya tak nak bercinta untuk suka-suka, tetapi saya nakkan cinta yang terjalin antara saya dan dia itu adalah cinta kerana Allah SWT dan saya nak dirikan rumahtangga bersama dia.
Saya nak bina keluarga yang bahagia bersama dia, nak jaga dan didik anak-anak bersama dia, nak hidup bersama dia bukan sekadar di dunia, namun sehingga ke akhirat.
Dan ketahuilah...
Bila saya benar-benar cintakan seseorang itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan dia, awak. Tak kira apa cara sekalipun, apa halangan sekalipun, selagi tidak bertentangan dengan agama, saya akan lakukan dan usaha untuk dapatkan cintanya. Saya tidak pernah akan berputus asa dalam mengejar cinta seseorang yang benar-benar saya cinta. Selagi dia belum bergelar "SUAMI" orang, saya takkan pernah menyerah untuk berusaha miliki dirinya. Dan jika ditakdirkan oleh Allah SWT dia menjadi milik saya,
saya akan menjaga dia sebaik-baiknya dan saya akan lakukan yang terbaik buat dirinya kerana saya cintakan dia. Saya bukan setakat bermadah je di sini awak, tapi itulah diri saya, itulah saya... Saya akan buktikan, bukan sekadar sembang kosong... Percayalah awak, luahan saya adalah untuk kebaikan saya dan dia yang saya cinta, kerana Allah SWT...
No comments:
Post a Comment