Thursday, 12 January 2012

Kalaulah Awak Mengerti... Mungkinkah ??

Awak...
Awak nak tahu tak...
Sejak kali pertama bertentangan mata dengan awak, saya mula rasa ada satu perasaan yang terlahir dalam hati saya ni pada awak. Saya suka dengan perwatakan awak, cara awak bercakap dan cara pemikiran awak. Saya juga tertarik dengan cara awak yang bersistematik. Jujur saya kata tidak mudah bagi saya untuk jatuh cinta pada seseorang walaupun dia mempunyai rupa paras yang macho atau harta yang banyak. Ataupun, siapa dia pada pandangan orang sekelilingnya. Sebab cinta saya bukan kerana nama, bukan kerana rupa dan bukan kerana harta. Cinta saya ikhlas untuk seseorang yang saya rasa saya selesa bersamanya dan selesa dengan perwatakannya yang serupa dengan pemikiran saya. Kerana itu akan memudahkan saya untuk memahaminya… Awak, setiap kali awak panggil saya, awak pandang dengan pandangan yang manis dan mata awak terpaku lama memandang saya. Membuatkan saya tertanya-tanya adakah dalam hati kita ada rasa yang sama..?? Kalau ikutkan hati saya, apa yang terpendam di lubuk hati saya buat awak ni, ingin saya luahkan pada awak agar awak mengerti supaya saya dapat jawapan dari awak… Kerana saya benar-benar cintakan awak kerana ALLAH… tetapi bila saya fikirkan kembali, apa yang kawan-kawan awak katakan pada saya, selalu terngiang-ngiang di telinga ini. Mereka kata, “awak ni bukan calang-calang orang, kalau nak tambat hati awak, tunjukkan dan buktikan pada awak yang saya ni mampu lakukan seperti awak lakukan. Barulah awak akan pandang saya." mereka kata lagi, "kalau awak nak pilih calon kekasih atau isteri, mestilah awak nak yang setanding dengan awak, takkan lah awak nak pilih yang sebarangan." betul ke awak??
umm.. sebab tu la saya jadi was-was tuk luahkan isi hati saya pada awak. Tapi kalau awak kenal saya, awak akan faham bahawa saya adalah seorang yang akan berterus terang bila jatuh cinta pada seseorang yang membuat cinta saya terpendam padanya. Cuma apa yang buat saya berfikir lama adalah, kata-kata yang dilemparkan oleh mereka-mereka terhadap saya. Tak apalah... Saya percaya pada Allah, jika ada jodoh antara kita, takkan lari kemana. Tapi kalau tak ada jodoh antara kita, saya akan terima dan redha... Sesungguhnya Allah lebih tahu mana baik dan buruk buat hambaNya, kan...

Mungkinkah awak akan terima saya kalau saya luahkan isi hati saya pada awak??
Saya mungkin tak de rupa, mungkin juga tiada harta dan nama...
Tetapi saya ada cinta yang setia, tulus dan ikhlas buat awak...
Apa yang pasti, saya akan cintakan awak kerana Allah dan saya akan
jalankan perintah Allah dan laksanakan tanggungjawab saya dengan baik jika saya menjadi milik awak...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terpendam di lubuk hati saya buat awak walaupun awak tak tahu hari ini...

No comments:

Post a Comment