Monday, 30 January 2012

RUKUN IMAN...

Erti meningkatkan batas-batas keimanan dan keyakinan serta kepercayaan kepada Tuhan.

1. PERCAYA KEPADA TUHAN
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan menolak segala bentuk pemujaan selain Allah S.W.T

2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Dengan Iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.

3. PERCAYA KEPADA KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab Al-Qur'an.

4. PERCAYA KEPADA RASUL
Dengan beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.

5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan, iaitu suatu tempat penentuan kedudukan sama ada di syurga atau neraka.

6. PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak dalam kekuasaan-Nya.

Saturday, 21 January 2012

Sahabatku Buah Hatiku...

Nora, seorang perempuan yang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang dianggap baik baginya namun buruk padahnya. Nora baru dimasukkan ke kolej oleh ibu bapanya. Di situ lah Nora mula mengenal dunia sosial. Selama berada dalam jagaan ibu bapanya, dia seorang yang baik, mendengar kata dan pandai memilih kawan. Namun sebenarnya, Nora sangat bertuah kerana di kolej tersebut, dia mempunyai seorang teman yang baik dan sudi menasihati dan memberi pandangan mana baik dan buruk baginya. Iaitu Nana. Nana sangat bimbang akan Nora yang mula berubah dan mudah sangat terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang akan memudaratkan dirinya. Nana selalu mengambil berat akan diri Nora dan sering bertanya ke mana sahaja Nora hendak pergi (jika bukan keluar bersamanya). Namun, Nora sedikit pun tidak mengerti apa yang dilakukan Nana terhadap dirinya itu adalah satu pengorbanan sebagai seorang sahabat yang menyayanginya. Ceritanya bermula begini...

Nora dan Nana berlainan course, tetapi mereka satu hostel. Sejak bertemu, mereka berdua terus menjadi rapat dan mesra. Setiap hari, mereka pergi dan pulang dari kolej bersama-sama. Di kolej disediakan satu bas khas untuk pelajar-pelajar. Tetapi adakala Nora dan Nana terlambat, jadi mereka kenelah berjalan kaki. Hostel mereka dari kolej tidak lah jauh sangat. Tapi kadangkala mereka lebih suka berjalan dari menaiki bas kerana jika berjalan, mereka boleh berbual panjang. Nora dan Nana tidak pernah kehabisan cerita untuk diceritakan, kerana itu mereka semakin mesra dan akrab.

Pada suatu hari, Nora keluar bersama teman yang sama course dengannya. Mereka itu dikalangan lelaki dan perempuan. Apa yang Nana risaukan adalah kerana mereka semua menghisap rokok. Mereka tidak endah batasan antara lelaki dan perempuan. Jadi, sebelum Nora keluar bersama mereka, Nana berpesan pada Nora "jaga diri baik-baik. Jangan terikut-ikut budaya mereka yang kurang sihat. Kalau yang baik kau ikut, takpe." Begitu lah pesanan Nana buat Nora, sahabat yang disayanginya.

Sebaik sahaja Nora pulang, pelbagai soalan yang ditanyakan oleh Nana. Nana tengok, tiada lah perubahan yang berlaku terhadap Nora. Namun selang beberapa hari, Nora pun mula buat perangai. Dia keluar dan tidak beritahu Nana ingin kemana, Nora hanya berdiam diri dan sikapnya sikit berubah. Tanpa Nora sedar, Nana sebenarnya ketahui bahawa dia mula menghisap rokok dan menghisap syisha. Nana menangis  kesedihan... kerana Nana tidak mahu Nora semakin sosial. Nana tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Nora tidak pulang ke hostel. Nana cuba luahkan pada kawan sehostelnya, iaitu Syafie dan Aina. Syafie kata, "Nora jadi begitu kerana dia terpengaruh dengan kawan-kawannya." Aina pula kata, "Kau janganlah kongkong dia sangat, dia bosan. Tu yang dia memberontak, so dia buat je lah apa yang dia suka." Nana sedih... Nana cuba tanyakan pendapat Syafie dan Aina. "Kalau aku bagitaw mak dia yang dia hisap rokok, boleh tak? sebab tu untuk kebaikan dia! Mak dia pun selalu pesan pada aku, jaga-jagakan Nora ni. kalau dia nakal, marah je... Aku jalankan apa yang mak dia pinta. Aku tak nak Nora menyesal suatu hari nanti." Aina kata, "baik kau jangan masuk campur, nanti dia marah kau. Terus dia diamkan diri dari kau." Syafie pula kata, "Aku tak tahu la Na. Kalau kau rasa terbaik untuk dia, buat lah apa yang patut. Nanti aku cuba lah cakap-cakap dengan si Nora tu."

Tiga hari berlalu, Nora masih belum pulang ke hostel. Nana semakin risau. Jadi Nana ceritakan hal tersebut kepada ibunya. Ibu Nana berkata, "Kalau Nana kawan yang baik buat Nora, cakap pada mak dia sebab nanti dia akan jadi lebih teruk. Nana sanggup tengok kawan Nana rosak kerana Nana? Sebab Nana tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang kawan. Di akhirat nanti akan dipersoalkan taw kenapa kita tak nasihat kawan kita apa yang kita tahu baik baginya." Nana kata, "bukan Nana tak nak bagitaw mak dia, Nana tak nak nanti gaduh dengan dia. Nana tak nak kehilangan dia." (dengan nada sedih) Kemudian ibu Nana berkata, "eh!! mari sini nombor mak Nora, biar ibu yang bagitaw. Kalau makin Nana diam, nanti dia makin menjadi. Siapa nak tolong dia kalau bukan Nana? Mari sini nombor mak dia... Bagi ibu cepat..." Nana dengan situasi yang teragak-agak, tak tahu ingin bagi atau tidak nombor mak Nora kepada ibunya. Nana tak mahu nanti bergaduh dengan Nora. Nana sayangkan Nora.

--> Tapi kawan-kawan... Jika kita sayangkan kawan kita, bukan kita harus biarkan dia terus hanyut dengan perbuatan yang kita tahu buruk padahnya bagi dia. Jadi, kita buat apa yang patut. Kalau cara nasihat tak boleh, cuba beritahu dengan orang yang terdekat dengannya yang mungkin dia akan dengar cakap jika orang itu yang beritahu. Fikirkan yang terbaik untuk dia. <--

Lalu, Nana pun berikan nombor mak Nora kepada ibunya. Ibunya terus telefon dan beritahu perkara sebenar kepada mak Nora. Tiba-tiba, Nora balik dan dia marah-marah. Nana cuba menegurnya, tapi dia diam dan marah-marah, menghempas-hempas barang dan bawa beberapa helai baju dan masukkan ke dalam begnya. Syafie lihat ke arah jendela, rupa-rupanya mak dan ayah Nora datang untuk mengambilnya pulang ke rumah pada setiap hujung minggu. Nana cuba meminta maaf dan cuba menerangkan keadaan sebenar dan ingin beritahu bahawa dia sangat risau akan keadaan Nora yang sebegini. Tapi Nora hanya mengeraskan hatinya dan berlalu pergi. Sebaik sahaja Nora keluar, Nana yang berada di dalam bilik, menangis teresak-esak. Syafie terus masuk ke dalam bilik dan menenangkan Nana. "Dah la Nana, Nora tu kejap je dia marah, dia cakap dia marahlah sebab kau beritahu mak dia." kata Syafie. "Tapi, tu semua untuk kebaikan dia, Syafie. Salah ke aku buat apa yang patut untuk kawan aku? Aku sayangkan dia, korang sanggup tengok kawan korang hanyut dengan gejala sosial yang memudaratkan diri dia? Sanggup tengok orang sekeliling hina dia perempuan tak de maruah? Hisap rokok sesuka hati, berlonggok dengan budak-budak yang tak tentu arah... Sanggup eh korang? Aku tak sanggup la, Syafie.. Sebab aku sayangkan dia sangat-sangat." balas Nana.

Cuti telah pun habis. Nora sudah kembali ke hostel, tapi dia sedikit pun tidak menegur Nana. Tiba sahaja waktu malam, Nora terus keluar bersama kawan-kawannya. Nana sedih kerana Nora tidak menegurnya. Apa yang Nana buat pada masa itu, adalah menulis surat buat Nora. Selesai menulis surat, Nana pergi ke The Mines untuk menyendiri. Surat yang telah ditulisnya tadi diserahkan kepada Syafie dan meminta Syafie memberikan surat itu kepada Nora.

Sebaik sahaja Nana balik dari The Mines, Nora telah pun berada di hostel. Nana cuba untuk menegur Nora, tetapi dia teragak-agak. Namun tanpa berlengah, Nana terus menegur Nora. "Nora, kau marahkan aku lagi ke?" tanya Nana. Nora tersenyum-senyum. Nana kelihatan kehairanan... "Kau dah baca surat yang aku bagi tu?" tanya Nana lagi. "Dah..." jawab Nora. Lalu Nana bersuara, "Nora, aku minta maaf, bukan aku sengaja nak cakap pada mak kau, tapi aku terpaksa. Sebab tu untuk kebaikan kau. Kau tahu kan betapa aku sayangkan kau. Kau tak rasa ke? Kau tak nampak?? Aku sayangkan kau lebih dari kawan-kawan kita yang ada dalam hostel ni taw. Kenapa aku ambil berat sangat-sangat pada kau, pernah tak kau fikir?" sambil tersenyum, Nora berkata, "dah la... dah... ye, aku taw kau sayangkan aku." "abes nape kau tak tegur aku? Nape buat aku macam tu? nape marah-marah? aku sedih taw..." kata Nana dengan nada sedikit sedih... "Alaa..baru sikit, dah sedih.. Ha! lain kali jangan buat lagi..." Kata Nora. "Laa... abes kau yang buat hal. Aku dah tak taw nak buat ape kau tahu tak? assignment aku pun tak siap lagi taw sebab fikirkan kau. Kau sahabat aku, kau tahu tak... Aku sayang kau..." kata Nana. "Sape suruh kau fikirkan aku? buat la assignment tu." Jawab Nora. "Kau ni..tak bersyukur eh ade kawan macam aku, sampai hati ek...?!" Kata Nana dengan nada seakan merajuk. Lalu Nora cuba memujuk dengan nada tertawa... "Hahaa!! dah la... dah... nak merajuk pulak kau ni... tak cute arr... Nanti cek abang kau lari... HEhee... ok, sorry k... aku janji tak buat kau risau lagi... Nana, jom keluar jom, kita tak makan malam lagi ni. Perut aku dah karaoke ni... HUhuuu..." "eee...kau ni.. ade-ade je... ok, jom.. kau belanja eh... Kita nak makan ape ni? Masakan Thai ke, Pizza?" Kata Nana sambil mengusik. "ok, NO hal.. Ni tanda aku minta maaf pada kau lah ni, ye... Jom! Pizza..." kata Nora. Sambil mencubit pipi Nana, Nora berkata, "Ha! Tu dah senyum tu... baru lah comey cek Nana kita ni... Hee..."

"Kawan-kawan, ingatlah bahawa kawan yang baik adalah kawan yang membawa kita ke arah kebaikan. Bukan kawan yang mengajar kita melakukan keburukan dan bukan kawan yang membiarkan kita hanyut dan sesat dalam hidup. Kawan yang baik selalu menegur kita jika kita ade kesilapan. Kawan yang baik juga tidak akan pernah cemburu akan kelebihan kita dan tidak akan menindas jikka ada kelemahan kita. Ingat tu kawan-kawan. Jangan sampai kita tersalah pilih kawan, nanti kita yang rugi taw... Kalau ada mereka yang berkawan dengan kita dengan ikhlas dan sentiasa mengingatkan kita, hargailah ia, kerana perginya takkan kembali lagi. Sebelum terlambat, haruslah beringat..." =)

Friday, 20 January 2012

Kasih Sayang Dalam Persahabatan...

Sekitar jam 5.30 petang, di sebuah taman permainan...

Nana sedang duduk di atas buaian sambil berbuai perlahan ( sedang berfikir ).
Syafie juga sedang duduk di atas buaian bersebelahan dengan Nana.
Aina pula duduk di hujung gelongsor yang berhadapan dengan Nana dan Syafie.

Nana  : Syafie, Aina... korang ada contact Nora lagi tak? Dia ade tak cakap apa-apa pasal aku?

Syafie : Aku ade gak call si Nora tu, tapi dia tak jawab lah.

Aina   : A'ah..aku call pun dia tak jawab.. tak tahu lah kenapa. Kau ade tak call dia Na?

Nana  : Umm... aku dah tak de call dia dah. Last aku call dia awal tahun baru ni sebab aku beritahu dia aku ade hantar surat untuk dia. Tapi aku cakap jangan bagi Ranie baca, kalau Ranie kecik hati aku tak nak tanggung sebab aku dah beritahu jangan bagi dia baca.

Syafie : Kenapa kau tak bagi Ranie baca? Apa yang kau tulis dalam surat tu, Na?

Nana  : Aku luahkan semua yang terpendam kat hati aku. Aku nak dia faham. Aku nak dia tahu betapa aku sayangkan dia sebagai sahabat aku dan rindukan kemesraan yang pernah terjalin antara kami.

Aina   : Na...Na... kau rasa dia bagi Ranie baca ke tak? Kau bukan tak tahu Nora tu...

Syafie : Isyhh !! Kau ni Aina.. Janganlah cakap macam tu, insyaAllah dia tak bagi la si Ranie tu baca. Sebab dia pun nak jaga gak hati Ranie tu.

Nana  : Umm..ntah la, aku dah cakap ape yang patut, kan. Terpulang pada dia lah. Kalau dia amanah, dia takkan bagi la si Ranie tu baca.

Syafie : Ha! betul tu Na. So sekarang, kau jangan lah risau sangat ye.. Dia pun bukan budak kecik lagi, dah besar panjang dah. 

Nana  : Ye Syafie. Dia dah besar, tapi dia tu bila buat keputusan tak pernah nak fikir panjang. Ikut sedap hati dia je.. Kalau dia rasa benda tu puaskan hati dia, buat dia rasa hepi, dia main buat je...ikut je... Padahal benda tu kadang merosakkan dia, merisaukan parent dia dan juga aku. Sebab tu aku risaukan dia, selalu nasihatkan dia.

Aina  : Alahh Na... Dia tahu lah apa dia buat... Tu lah kau, kau terlalu kerap nasihat dan ambil berat tentang dia. Dia bosan arr tu. Dia rasa terkongkong. Bukan kau tak kenal dia tu. Time kat hostel dulu pun kau perasaan dia macam mana, kan.

Nana  : Tapi Aina, aku terkilan dengan perubahan dia tu. 100% dia berubah dengan sewenang-wenangnya?? Sedih la weii.. Sedih.. Korang tak sedih ke dia lupakan kita macam tu je sedangkan antara kita dengan Ranie tu, kita lebih lama berkawan dengan dia taw.. Susah senang, suka duka dengan kita. Tapi bila kenal je dengan Ranie tu, mula berubah sekelip mata.. 

Syafie : Ye lah Na. Dah Ranie tu scandle dia. Kita ni kawan dia je.. Ye bagi dia si Ranie tu lebih penting. Bukan kitorang tak sedih, bukan kitorang tak risaukan dia tu.. Tapi makin kita nasihatkan dia, makin dia melenting. So, better kitorang diam je. Buat pening kepala je nanti. 

Aina  : Na, orang dah lupakan kita, nak buat macam mana lagi.. Penat cakap pun dia tetap dengan pendirian dia kan.. Bukan kita yang minta dia lupakan kita, Na.. Dia yang dengan rela hati lupakan kita. Lebih-lebih lagi engkau! Sahabat dia yang paling akrab, paling rapat dan paling mesra dengan dia. Sahabat yang selalu ambil berat dan nasihatkan dia. Sahabat yang menjadi tempat dia berkongsi suka dan duka, berkongsi cerita.. Pun dia boleh lupa macam tu je? Jangan katakan engkau, kitorang ni pun makan hati dengan sikap dia tu, Na. Tapi kita takleh paksa dia, kan.. Kita sabar lah.. k... Kita biarkan dia dulu..

Syafie : Betul tu Na. Kau bukan tak kenal dia. Kau lah yang paling kenal si Nora tu. Lagipun bukan salah kau. Sebab kau dah cuba jadi sahabat yang terbaik buat dia, cuma dia tak hargai. Walaupun dia lama mendiamkan diri, kau hantar juga surat, kad..pada dia, kan.. Tapi apa dia balas pada kau? xde kan? Dia dah dapat surat tu pun dia senyap je.. Patut ke?? 

Aina  : Eh...!! tak patut, tak patut... Na, mungkin hari ni dia tak nampak usaha dan kasih sayang kau terhadap dia. Sebab kat mata dia tu nampak si Ranie tu je.. Tapi percayalah, Na.. Suatu hari nanti kalau dia sedar, dia akan kesal dengan sikap dia dan dia akan cari kau.. Dia pun manusia biasa. Ada hati, ada perasaan.. Ada rasa rindu.. Cuma sekarang ni dia tengah dibuai mimpi... Kau bagi dia masa, k... Sabar je.. Kau doakan dia, insyaAllah suatu hari nanti Allah akan buka pintu hati dia.. Kan doa seorang sahabat yang tidak diketahui sahabatnya itu akan mudah termakbul... InsyaAllah.. Kau banyak-banyak doakan dia k...

Syafie : A'ah Na... Kau bagi dia masa. Biar dia fikir sejauh mana sangatlah hubungan dia dengan Ranie tu akan kekal. Ranie tu pun perempuan gak macam kita. Kau tengokkan je.. Aku percaya dia pun rindukan kau. Cuma dia dalam keadaan yang tak tahu nak jaga hati siapa dan tak tahu nak lebihkan siapa. Kau kena faham tu..

Nana  : Ye...aku taw... Cuma aku terkilan la... Sebab selama aku berkawan dengan dia, bergurau mesra dengan dia. Bercerita dan meluahkan isi hati aku pada dia. Dengar cerita-cerita dia, isi hati dia. Aku selalu tanya dia, "Nora, kau sayang aku tak? Selama aku kawan dengan kau, ada tak kata-kata aku yang menyakiti hati kau? Ada tak sikap-sikap aku yang wat kau marah? Kalau ada bagitaw aku taw. Jangan kau diam je.. Nanti aku tak tahu. kau kena bagitaw aku sebab apa yang aku cakap dan buat tak semuanya aku sedar, kadang-kadang dalam tak sengaja. Aku tak nak persahabatan kita hilang nanti dan aku tak nak kehilangan kau, kau taw, kan.. banyak kali dah aku cakap pada kau... Aku tak nak lah nanti tiba-tiba kau tak kawan aku." Aku selalu cakap dengan Nora macam tu Syafie, Aina... Tapi korang taw ape yang dia cakap? Dia cakap aku merepek... Dia cakap ngan aku "jangan fikir bukan-bukanlah kau ni... mana ada, tak de lah..." pastu dia ketawa-ketawa korang taw.. aku serius aku cakap.. dia boleh ketawa-ketawa... Last-last korang tengok?? Apa yang jadi?? Mana aku tak terkilan, mana aku tak sedih???

Aina  : umm.. ntah la Na... Tak taw aku nak cakap cane lagi... Si Nora ni memang, aku serius pun dia boleh ketawa-ketawakan.. Sakit je hati kadang cakap dengan dia tu. Tapi dah dia memang jenis macam tu, nak wat cane... kan... 

( Nana melihat ke arah Syafie dengan penuh tanda tanya )

Syafie : Eh! Nape?? Aku lagi lah tak taw nak buat ape wey... Yang terbaik, kita doakan dia je lah... Aku dah penat dah cakap dengan dia... Dia tak makan saman arr... Hehee.. =D

Nana  : Engkau ni Syafie... abes aku nak buat ape? aku pening lah, tolong arr aku... (dengan nada lemah)

Syafie : Buat bodo sudaa Na~ (sambil tersenyum memandang Nana) Makin kau fikir, kau yang stress.. Betul tak? Yang dia kat sana, hepi je... tak pernah pun fikirkan kau. Kalau dia fikirkan kau, dia taw apa yang patut dia lakukan selama ni. Kalau betul dia ikhlas kawan dengan kau dan kalau dia masih sayangkan kau, percayalah...satu hari nanti dia akan cari kau balik. Dia akan sedar suatu hari nanti siapa lebih penting. Ranie ke engkau. Selama dia berkawan dengan kau dan selama dia "couple" (kononnye) dengan si Ranie tu, dia boleh menilai siapa yang terbaik tatkala berada disamping dia, siapa yang menjadi pendengar yang baik untuk dia, siapa yang paling sabar dengan kerenah dia tatkala dia lakukan kesilapan, siapakah teman yang paling setia bersama dia tatkala dia susah dan senang dan siapa teman yang sentiasa cuba membetulkan kesilapan dia dan menasihati dia atas segala kesalahan dia. Siapa yang tak pernah bosan berkawan dengan dia walaupun dia bersikap macam tu... dia akan sedar suatu hari nanti.. kau sabar k... 

Aina  : Dah la, Na... buat pe nak sedih-sedih... hepi-hepikan diri tu... Nanti kesihatan kau terjejas. Nora tak de time ni, kitorangkan ade.. kan2...?? (sambil tersengeh) Kau suka karaoke kan? Nanti de masa kita gi karaoke, nak? 

Syafie : Wo!! lama tak karaoke... best ni.. jom2... Jom Na.. Kat karaoke nanti kau boleh la jerit sekuat-kuat hati kau ye... Legakan hati kau yang gelisah tu...

Nana  : hmm... ade2 je korang ni kan kalau nak amek hati aku... Karaoke lah.. Itu lah, ini lah... Yelah-yelah.. Nanti aku pertimbangkan.. HAHAHAHAA!!!

Aina  : Oitt!! Nak pertimbangkan pulak... kau jangan nak pertimbangkan sangat lah... =P

Nana  : HUHUHUHUUU.... Isyhh..mesti arr aku nak gi... karaoke tu, mane boleh kalau aku tak pergi, kan.. nanti korang bosan.. HAHAHAHAAA!!! >.< 
Eh, korang... da nak maghrib arr... jom balik! Jap lagi ada citer "Perman" arr.. HEHEEE~

Syafie : Adoiii... Perman kau tengok Na? Macam budak-budak lah kau ni...

Nana  : Oii..mesti arr.. aku x pernah missed kot tengok Perman. Best tu... =P

Aina  : Biar lah, Syafie.. Tak lah kawan kita ni muka dia muncung je nanti, kan...

Mereka pun mula beredar dari taman permainan itu... 
Nana hanya mampu bersabar dan mendoakan yang terbaik buat Nora, sahabat yang paling dia sayangi. Semoga Nora akan sedar suatu hari nanti dan semoga persahabatan antara Nana dan Nora akan kembali mesra seperti dahulu...insyaAllah... 

Tuesday, 17 January 2012

Awak, Jangan Cintakan Saya Kalau...

Awak...
Jangan cintakan saya kalau cinta itu lahirnya bukan kerana Allah SWT,
Jangan sayangkan saya kalau sayang itu tak seutuh cinta Nabi kepada Siti Khadijah,
Jangan luahkan pada saya ungkapan itu kalau awak tak tahu apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu,
Jangan pernah katakan, "Saya ingin memiliki awak sebagai permaisuri hidup saya",
Jika awak sebenarnya belum bersedia untuk memikul tanggungjawabnya...
Jangan pernah katakan, "Cinta saya pada awak umpama seluas air di laut",
Jika diri awak tidak dipenuhi dengan IMAN dan TAQWA...
Jangan pernah katakan, "Sayang saya terhadap awak umpama seluas langit yang tersergam indah",
Jika awak tidak pernah bersedia menjadi seorang pemimpin yang baik dalam rumahtangga...
Jangan pernah katakan, "Saya sentiasa rindukan awak, plzz jangan buat saya macam ni",
Jika awak tak pernah renung apa yang perlu awak lakukan bila awak benar-benar inginkan seseorang itu menjadi milik awak...

Awak...
Untuk memiliki seseorang itu supaya menjadi milik awak yang abadi,
Awak wajib tahu, siapa dan apa tanggungjawab awak ketika itu...
Jangan sampai suatu hari nanti, awak lupa dan abaikan kewajipan awak...
Apa yang kita dapat hanya pinjaman dari Allah SWT,
dan kita harus jaga dengan sebaik-baiknya supaya Allah sentiasa meredhai kita,
Bila awak faham dan bersedia untuk hadapi segalanya,
Datanglah untuk bertemu ayah dan bonda agar mereka merestui hubungan kita...
InsyaAllah...berkekalan kebahagiaan yang kita idamkan...

Kisahku... Suatu Masa Dahulu...

Una... Kak Una... Mak 'O'...

Nama yang cukup dikenali di Taman Ria pada masa itu. Dari kalangan budak-budak sehinggalah kalangan dewasa, semua kenal... Tapi, tak hairan lah kenapa ramai yang kenal... sebab, habis semua orang aku tegur tak kira budak ke dewasa. Lebih-lebih lagi, budak-budak...aku pantang nampak budak-budak sebab aku suka nak bermain dengan mereka, bercerita dengan mereka dan mengajar mereka. Bila mereka merajuk, aku lah yang pujuk.. aku belanja diorang makanan ringan. Mungkin sebab tu diorang cerita kat parent diorang. Sampai satu taman kenal aku.. =) Setiap petang, aku akan keluar untuk bermain bersama kawan-kawan. Kadang-kadang main bola sepak, kadang-kadang main rondes, kadang-kadang main kejar-kejar. Bila aku keluar je dari rumah... "kak una..kak una nak gi mana?" "kak una..kak una... nak ikut" "hai kak una..." macam-macam, kan? sume tu budak-budak la... budak-budak yang selalu aku layankan. Semua kawan-kawan aku lelaki, tapi di kalangan semua, aku lah ketua. Boleh di katakan semua budak-budak kat Taman Ria pada masa itu takutkan aku. HAHA !! Tak tahu kenapa, mungkin sebab aku ni banyak idea dan suka bagi arahan. Aku sukakan sesuatu yang teratur, kemas, bersistematik... Tapi mereka tu jenis semberono, tu yang aku tak suka. So, aku atur lah. Dalam masa yang sama, diorang sume ok je.. ikut je apa yang aku cadangkan.. Pada masa tu, aku lah satu-satunya perempuan yang bersifat kelelakian, lasak dan berani di Taman Ria tu. Pantang ada orang buat salah dengan aku, aku gaduh. Ha ! tulah, sape suh cari pasal, tak pasal-pasal kene lah dengan aku. Tapi, kalau diorang baik dengan aku, seribu kali aku baik dengan diorang. So, pandai-pandai lah diorang fikir, kan...

Ha!! panggilan Mak 'O' tu... Abang angkat aku lah yang bagi... pandai-pandai dia jekk. hmm.. Nak tahu nape dia panggil aku Mak 'O' ? Sebab, aku ni kan selalu dikelilingi dengan budak-budak. Asal ada aku, ada lah budak-budak... Asal ada budak-budak, ada lah aku... HUhuu... Diorang ni suka sangat ikut aku nak gi mana-mana. Time aku tengah main bola sepak ke main rondes ke, diorang duduk kat tepi padang tu tengok aku main. Tapi memang seronok lah.. Sampai lah satu masa, tak tahu lah dari mana idea abang angkat aku ni dapat, boleh pulak panggil aku Mak 'O'. Makna Mak 'O' tu ? HAhaa... Makna Mak 'O' tu, Mak 'Orang'... Kenapa dia panggil aku Mak 'Orang' ? Sebab aku selalu jaga budak-budak la... HEhee... Pastu ramai pulakk yang panggil aku Mak 'O'... lebih-lebih lagi kawan-kawan abang angkat aku lah... asal nampak aku je, Mak 'O'... Mak 'O'... Aiyakk!! >.<" ape lah abang angkat aku ni.. Hmm...diorang panggil aku dengan cara gurauan... so, lantak la aku cakap.. janji diorang hepi... Hee... =D

Sebut je una, sape tak kenal... HUhuu... tapi yang paling-paling aku ramah, dengan keluarga Fairuz. Lasak-lasak aku, ganas-ganas aku pun, dalam hati ada taman taw... HAhaa... Nama pun perempuan, kan... Luar dan dalam lain... Ganas, ganas gakk...untuk pertahankan diri. Tapi, kelembutan sebagai seorang wanita tu tetap tersemat di hati ni taw. Aku rapat dengan Mummy sebab aku ada hati dengan Fairuz time tu. Hampir 11 tahun taw aku luahkan perasaan aku pada Fairuz ni, aku tak pernah jemu dan x pernah rasa untuk putus asa. Sebab aku tak ada bukti yang kukuh tuk aku lepaskan dia, macam nampak dia ada girlfriend ke. Aku tahu dia 'playboy', tapi sebab aku ikhlas cintakan dia. Walaupun aku tahu dia teruk, walaupun aku tahu ramai yang tak suka dengan sikap dia yang liar tu. Tapi, aku cintakan dia sebab aku nak nasihatkan dia perlahan-lahan. Tapi, nak wat cane, 11 tahun aku tunggu, jawapan dia tetap sama. Dari darjah 2 sehingga lah aku masuk kolej. Banyak kali aku cuba lupakan dia, tapi tak mampu. Sebab aku terlalu rapat dengan keluarga dia, lebih-lebih lagi dengan anak-anak saudara dia. Tu yang buat aku dekat dengan dia. Masa kat kolej, aku cuba lagi tuk lupakan dia. Tapi masih tak mampu sebab cinta aku terlalu kuat untuknya. Tapi suatu masa, aku dah tak mahu meneruskan cinta yang tak terbalas begitu. Aku pun call kawan baik Fairuz. Aku berbual-bual dengan kawan baik dia, aku tanya "Yin, Jiji dah ada girlfriend ke? cubalah ko cakap kat dia, law tak suka kat aku, jangan lah permainkan cinta aku. Ni tidak, dia layankan aku, nak buat aku ni dalam keadaan tertanya-tanya. Kenapa susah sangat nak dapatkan cinta dia?" Pastu dia cakap, "dah la Na, kau lupakan je dia. Kau ni tak serik-serik ek... Dah bertahun kau tunggu dia, kau tak rasa jemu ke? Kau tak rasa putus asa ke? Dia memang dah ada girlfriend dah Na." Pastu aku cakap kat dia, "Yin.., kalau aku tahu dia dah ada girlfriend, aku tak terhegeh-hegeh kat dia Yin. Masalahnya, dia layankan aku macam dia ada perasaan pada aku. Pastu macam ye-ye suka kat aku. Serabut la aku. Kalau aku ada bukti yang kukuh, aku nampak dengan mata kepala aku yang dia dah ada girlfriend, aku tak hingin nak ganggu dia, Yin. Kau kenal aku dah lama kan? Siapa girlfriend dia? Budak mana?" Yin jawab, "Ye Na, aku kenal kau sangat-sangat.. Camni lah, kau tengok kat fb girlfriend dia. Nanti kau nampak gambar dia dengan girlfriend dia." Aku pun cakap la, "ok Yin, thanx aw.. thanx banyak-banyak ye..."

Haa!! Kalau nak citer, panjang lagi ni... Fail-fail dalam fikiran aku tak tersusun rapi ni. Berserabut kepala aku nak keluarkan satu per satu. HAhaa...

Ya Allah... dengarkanlah bisikan hatiku...

Ya Allah...
Sesungguhnya cinta itu kurniaan dariMu...
Bukan pintaan dari setiap hambaMu,
Bukan juga paksaan yang terlahir dengan sendiri
dari hati dan perasaan setiap hambaMu,
Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang
bermain di benak fikiran dan hati setiap hambaMu...

Ya Allah...
Diri ini telah jatuh cinta...
Dan cinta ini terlahirnya dari hati yang tulus dan ikhlas hanya kerana-Mu,
Engkau tahu Ya Allah siapa dia yang aku maksudkan,
Aku tidak mendambakan kemewahan juga tidak mengharapkan
hadirnya seseorang yang mempunyai nama untuk aku jatuh cinta,
Apa yang ku damba hanyalah keikhlasan dan ketulusan,
Tidak lupa kesetiaan, keimanan juga ketaqwaan,
Kerana itu lebih utama daripada kebendaan duniawi...

Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau lebih tahu bahawa setiap kata-kataku bukan
sekadar manis di bibir untuk sedap didengar di telinga,
Tetapi apa yang tersirat di sebalik kata-kataku adalah apa yang
bermain di hati dan benak fikiranku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya biarpun
hamba-hambaMu tidak mengetahuinya...

Ya Allah...
Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu mana yang baik dan mana yang buruk bagi setiap hambaMu... Dengarlah wahai Tuhanku... jika dia terbaik buat diriku, maka dekatkan ia dengan diriku... Jika dirinya bukan terbaik buat diriku, maka Engkau jauhkanlah ia dari hidupku agar tidak aku diselubungi kekecewaan suatu hari nanti... Hilangkanlah ia dari fikiranku agar tidak aku dihimpiti kesengsaraan suatu hari nanti...Lenyapkanlah bayangannya dari mimpi-mimpiku agar tidak aku diliputi khayalan yang tidak nyata... Hanya padaMu Ya Allah aku memohon... Bantulah hambaMu ini dalam meraih cinta sejati, cinta abadi, cinta hanya kerana Illahi...

Thursday, 12 January 2012

Hakikatnya...

Saat aku mengenalimu,
Terasa bagai ada 1 perasaan yang amat dalam terhadapmu
Bagai ada rasa ingin mengenalimu dengan lebih mesra
Perasaan ini wujud tiba-tiba tanpa dipaksa...

Ketika aku ada berhampiran denganmu,
Aku sering memerhatikan gerak-gerimu
Bukan niat untuk menarik perhatianmu
Tetapi semakin lama perasaan ini
semakin menikam kalbu...

Tatkala aku jauh darimu,
Aku umpama dilamun rindu padamu
Semakin aku cuba untuk melupakan
Semakin kuat perasaan ini terhadapmu
Rindu dan sayang terhadapmu ini semakin
lahir dalam jiwaku...

Andai hari ini kau tahu,
Bahawa cinta yang terlahir dari hatiku hanya buatmu,
Agar dapat engkau mengerti hati dan perasaanku ini,
Ketahuilah sesungguhnya aku tulus mencintaimu,
Sesungguhnya aku ikhlas menyayangimu sepenuh jiwa ragaku...

Ketahuilah sayangku,
Sesungguhnya aku benar-benar menyayangimu,
Sesungguhnya di hatiku hanya dikau aku cintai,
Sesungguhnya aku sentiasa merinduimu,
Sesungguhnya diri ini ingin memiliki dirimu, sayangku...

Kalaulah Awak Mengerti... Mungkinkah ??

Awak...
Awak nak tahu tak...
Sejak kali pertama bertentangan mata dengan awak, saya mula rasa ada satu perasaan yang terlahir dalam hati saya ni pada awak. Saya suka dengan perwatakan awak, cara awak bercakap dan cara pemikiran awak. Saya juga tertarik dengan cara awak yang bersistematik. Jujur saya kata tidak mudah bagi saya untuk jatuh cinta pada seseorang walaupun dia mempunyai rupa paras yang macho atau harta yang banyak. Ataupun, siapa dia pada pandangan orang sekelilingnya. Sebab cinta saya bukan kerana nama, bukan kerana rupa dan bukan kerana harta. Cinta saya ikhlas untuk seseorang yang saya rasa saya selesa bersamanya dan selesa dengan perwatakannya yang serupa dengan pemikiran saya. Kerana itu akan memudahkan saya untuk memahaminya… Awak, setiap kali awak panggil saya, awak pandang dengan pandangan yang manis dan mata awak terpaku lama memandang saya. Membuatkan saya tertanya-tanya adakah dalam hati kita ada rasa yang sama..?? Kalau ikutkan hati saya, apa yang terpendam di lubuk hati saya buat awak ni, ingin saya luahkan pada awak agar awak mengerti supaya saya dapat jawapan dari awak… Kerana saya benar-benar cintakan awak kerana ALLAH… tetapi bila saya fikirkan kembali, apa yang kawan-kawan awak katakan pada saya, selalu terngiang-ngiang di telinga ini. Mereka kata, “awak ni bukan calang-calang orang, kalau nak tambat hati awak, tunjukkan dan buktikan pada awak yang saya ni mampu lakukan seperti awak lakukan. Barulah awak akan pandang saya." mereka kata lagi, "kalau awak nak pilih calon kekasih atau isteri, mestilah awak nak yang setanding dengan awak, takkan lah awak nak pilih yang sebarangan." betul ke awak??
umm.. sebab tu la saya jadi was-was tuk luahkan isi hati saya pada awak. Tapi kalau awak kenal saya, awak akan faham bahawa saya adalah seorang yang akan berterus terang bila jatuh cinta pada seseorang yang membuat cinta saya terpendam padanya. Cuma apa yang buat saya berfikir lama adalah, kata-kata yang dilemparkan oleh mereka-mereka terhadap saya. Tak apalah... Saya percaya pada Allah, jika ada jodoh antara kita, takkan lari kemana. Tapi kalau tak ada jodoh antara kita, saya akan terima dan redha... Sesungguhnya Allah lebih tahu mana baik dan buruk buat hambaNya, kan...

Mungkinkah awak akan terima saya kalau saya luahkan isi hati saya pada awak??
Saya mungkin tak de rupa, mungkin juga tiada harta dan nama...
Tetapi saya ada cinta yang setia, tulus dan ikhlas buat awak...
Apa yang pasti, saya akan cintakan awak kerana Allah dan saya akan
jalankan perintah Allah dan laksanakan tanggungjawab saya dengan baik jika saya menjadi milik awak...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terpendam di lubuk hati saya buat awak walaupun awak tak tahu hari ini...

Wednesday, 11 January 2012

Kawan Atau Lawan

Tatkala aku gembira dan bahagia,
Engkaulah orang yang pertama aku temui
untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan itu,
Namun engkau tidak pernah menghargainya,
Malah engkau lupa dengan sekelip mata...

Tatkala aku berduka dan derita,
Engkau hadir membawa keceriaan untukku,
Namun engkau tidak pernah tulus dan ikhlas
memberi kerana dengan bangga engkau mengungkit semula...

Tatkala aku memerlukan teman untuk bercerita dan
meluahkan segala yang terpendam di lubuk hati ini,
Dengan ceria engkau datang menemuiku,
Namun di sebalik itu, dengan senang hati dan tanpa
rasa bersalah engkau bercerita tentangku kepada orang
lain yang sepatutnya engkau rahsiakan hal demikian...

Sungguh tidak ku sangka engkau sanggup berbuat begitu...
Apakah engkau lupa persahabatan antara kita selama ini
yang membuahkan kemesraan sehingga kita tidak mempedulikan
orang sekeliling yang mengganggu persahabatan itu...
Hari ini, kau kenal seseorang yang kau anggap sebagai kekasih,
namun kau tidak akan dapat memiliki cintanya pun kelak,
tetapi engkau rela merosakkan persahabatan antara kita
yang telah terbina lama...

Mengapakah begitu senang kau melupakan???
Sungguh tidak ku rela dengan perubahan dan
pemergiaanmu, sahabatku...

Antara Impian Dan Ujian...

"Apakah impian kamu?"
"Sudah tercapai ke impian kamu?"

Setiap insan di muka bumi ini mempunyai pelbagai impian dan harapan yang tersendiri. Sedar atau tidak, impian ini lah yang kadang kala memandu kita untuk mencapai apa yang kita mahu dan memberi semangat untuk seseorang itu meneruskan perjalanan sebagai hamba Allah.

Impian yang sering kali kita harapkan kadang kala susah untuk kita laksanakan apatah lagi untuk dicapai. Sedangkan kita telah memiliki satu strategi dan pelan perlaksanaan yang begitu terperinci. Tetapi, mengapa kita masih gagal melaksanakannya? Cuba kita renung kembali, di mana kesilapan kita. Adakah kegagalan ini berpunca daripada Kerapuhan strategi kita ataupun kerana diri kita sendiri?


Namun pada hakikatnya, sebaik manapun strategi yang telah kita susun, seampuh manapun kekuatan yang kita kumpul, sekiranya kita masih gagal kembali kepada Allah, selagi itulah kita akan berada di takuk yang lama. Dalam kita merancang pelbagai impian pada masa hadapan, kita kadang kala terlupa landasan yang sepatutnya kita pilih dalam merealisasikan impian tersebut. Sekiranya kita mempunyai impian untuk menjadi kaya, jalan apa yang perlu dipilih? Adakah jalan pintas yang memberikan kebahagiaan yang singkat atau jalan yang jauh namun membei satu kepuasan? Semua ini adalah pilihan yang Allah telah berikan kepada kita. Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia tetapi Allah turunkan hikmah serta keadilan terhadap sesuatu yang terjadi. Seperti mana firman Allah :

"Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab api neraka."  ( Surah Shad: 27 )


Impian yang tidak dirancang dengan begitu rapi itu sering kali gagal untuk dilaksanakan juga. Ikhtiar demi ikhtiar telah kita cuba namun hakikatnya, usaha itu masih belum membuahkan hasil. Allah tidak akan memakbulkan sesuatu permintaan hambaNya dengan mudah tetapi Allah turunkan pelbagai ujian kepada hambaNya untuk menguji sejauh mana mereka bersama Allah. Ayuh kita renung kembali sirah Rasulullah suatu ketika dahulu. Baginda amat mengimpikan agar Islam terus tersebar ke seluruh pelusuk dunia ini. Tetapi, sepanjang Baginda memperjuangkan Islam, Allah menurunkan pelbagai ujian demi ujian terhadap Baginda sepanjang merealisasikan impiannya untuk melihat Islam terus berkembang ke serata dunia. Allah telah berfirman di dalam Al-Qur'an ;

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka ( dengan ujian yang demikian ), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"   ( Surah Al 'Ankabut : 3 )


Allah menurunkan ujian terhadap hambaNya bukan untuk menggagalkan impian setiap hambaNya tetapi Allah curahkan ujian demi ujian ini untuk melihat sejauh mana pergantungan kita terhadap Allah. Ini adalah tanda bagaimana Allah begitu kasih terhadap kita. Ujian inilah merupakan penghubung yang sangat kuat antara kita denganNya. Kita telah diberikan satu formula yang amat berkesan iaitu "Usaha + Doa + Tawakkal". Ini adalah formula yang terbaik dalam kita memastikan impian kita dapat terlaksana. Adakah kita mempraktikkan ataupun tidak? Lihat kembali diri kita...

Secara konklusinya, setiap insan di muka bumi ini mempunyai 1001 impian dan harapan tetapi impian itu tidak akan dapat dikecapi sekiranya kita tidak kembali kepada Maha Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Setiap impian yang diimpikan itu pastinya akan disulami dengan pelbagai warna ujian daripadaNya dalam memastikan impian yang bakal kita kecapi suatu masa nanti adalah impian yang benar-benar memberikan kenikmatan dan kepuasan yang tidak terhingga. Dan ingatlah, impian yang seharusnya ditanam dan disemai dalam diri kita adalah untuk menjadi seorang muslim / mukmin atau muslimah / mukinah yang baik dan bakal menjadi tetamu Syurga yang kekal abadi kelak. InsyaALLAH ~

Tuesday, 10 January 2012

DUIT atau CINTA ???


Orang kata "Duit bukan segala-galanya,
tetapi segala-galanya memerlukan duit."
Tanpa duit, rumah tangga boleh huru hara,
Tak de duit, adik beradik boleh jadi musuh,
Tanpa duit, kawan semua nak di jadikan lawan,
Tak de duit, hilang keyakinan ???


Tapi, adakah cinta itu setanding dengan duit?
Adakah iman dan taqwa juga boleh digadai
dengan wang ringgit semata-mata untuk
mendapatkan cinta seseorang??
Boleh ke nak beli cinta dengan duit?
Semahal mana cinta korang nak digantikan
dengan wang ringgit?
Adakah sebegitu kecil nilai cinta korang??
Pernahkah korang terfikir sejauh mana
akan kekalnya hubungan cinta itu jika hanya
kerna duit??
Bukankah cinta itu patut di semai dengan kasih sayang?
Bukankah cinta itu seharusnya di beri hanya kerana Allah?

Aku dahagakan kasih sayang yang akan membawa
kepada kebahagiaan dunia sampai akhirat,
Bukan dahagakan wang ringgit sehingga terabai
kasih sayang yang sepatutnya disemaikan bersama...
Tidak berguna duit yang banyak pun jika cinta yang disemai
tidak seikhlas hati...
Tanpa iman di dada, tidak mungkin cinta itu akan kekal
untuk selamanya...

Kadang Kala... Tetapi...

Kadang kala kita terasa dekat dengan seseorang
Tetapi tak tercapai tangan kita untuk menggenggam tangannya
Ada ketika kita terbayang wajahnya di depan mata kita
Pabila kita tersedar rupanya itu hanya lamunan semata-mata...

Kadang kala kita terasa rindu akan seseorang
Rindu yang sangat dalam sehingga ke dasar hati
Tetapi hati kita selalu berkata-kata
Aku takut untuk meluahkan segalanya...

Kadang kala hati kita teringin sangat untuk bersamanya
Untuk sama-sama membina perhubungan yang terindah
Tetapi diri kita takut untuk mendekatinya
Kerana akal kita selalu memberi isyarat yang di sampaikan 
ke dalam hati bahawa kita tidak layak buat dirinya...

Kadang kala hati kita ingin mengambil berat terhadap
orang yang kita sayang walaupun dia tidak menjadi milik kita
Tetapi hati kita selalu berpesan tuk disampaikan pada akal
Kita takut jika perbuatan itu disalah ertikan...

Kadang kala kita rasa dia dekat dengan dirikita
Kerana kita yakin dia tercipta buat diri kita
Tetapi kita lupa, rupa-rupanya kita tidak akan pernah
dekat dengannya malah sering berjauhan darinya
Yang tak mungkin tercapai tangan kita tuk
menggenggam erat tangannya...

Kini, kita hanya mampu kirimkan hati kita
Sabagaipengganti diri kita
Agar ia sentiasa dekat dalam hati kita
Walaupun diri kita tidak muncul di hadapannya...

Monday, 9 January 2012

Sahabatku...dengarkanlah kata hatiku...

Sahabat...
Kau hadir dalam hidupku memberi semangat untuk ku teruskan hidup ini...
Setiap hari yang ku jalani, lalui, harungi, sentiasa bersemangat kerana adanya kamu...
Pernahkah kau terasa apa yang ku rasa terhadap persahabatan kita???

Sahabat...
Aku sangat menyayangi dirimu,
Aku sangat memerlukan dirimu sebagai sahabatku,
Tidak pernah ku benci dirimu, walau aku sentiasa menasihatimu,
Tidak sesekali ku bosan dengan sikapmu walaupun kadangkala kau menyinggung perasaanku,
Tidak akan ku melupakan dirimu walaupun jika persahabatan ini kau anggap remeh...

Sahabat...
Maafkan aku jika diri ini ada menyakiti hatimu,
Maafkan diri ini kerana diri ini selalu sangat menasihatimu tanpa berfikir mungkin engkau akan bosan,
Maafkan diri ini kerana diri ini terlalu kerap mengambil berat akan dirimu tanpa memikirkan mungkin engkau lebih selesa jika "si dia" yang mengambil berat,
Maafkan diri ini kerana diri ini tidak mampu melupakan persahabatan yang terbina antara kita,
Kerana diri ini menyayangi dirimu setulus dan seikhlas hati ini,
Bagiku kau lah satu-satunya sahabat yang memahami, boleh bersama-sama bersamaku tatkala aku susah dan senang bagaimana aku sentiasa bersamamu tatkala kau susah mahupun senang dan kau lah sahabatku...

Sahabat...
Tetapi ternyata sangkaanku selama ini hanya khayalanku belaka,
Kerana engkau tidak pernah memikirkan tentang persahabatan ini seperti mana yang aku fikirkan,
Kerana engkau tidak pernah menyayangi diri ini seperti mana diri ini menyayangi dirimu sebagai sahabatku selama ini...

Maafkan aku, sahabat...
Terima kasih atas pengorbanan kau bersahabat denganku selama ini...
Terima kasih kerana singgah dalam hidup ku dan membina persahabatan yang mesra dan indah selama ini bersama ku...
Terima kasih kerana engkau melupakanku...
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringimu ke mana sahaja engkau pergi...

Aku tetap menyayangimu, sahabatku... :')

Lima 'JANGAN' Dalam Hadapi Masalah

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi
pertolongan dari tempat yang tak terduga, danbarangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya akan
diucukupi segala kebutuhannya (QS Ath-Thalaq: 2-3)

Fitnah, musibah, kekurangan harta, penyakit, penghinaan, adalah sebagian masalah yang akan selalu
menghampiri kita. Ke mana pun kita pergi dan di mana pun kita berada, ia akan selalu turut serta.
Masalahnya, bagaimana sikap kita terhadap masalah tersebut? Inilah yang akan menentukan sukses
tidaknya hidup kita, bahagia atau nestapanya perasaan kita.

Kenyataan pun memperlihatkan ada yang hancur oleh masalah, namun tak sedikit yang berubah menjadi
manusia terhormat, berkah dari masalah yang menimpa. Karena itu, kita harus memiliki pemahaman bahwa
masalah yang menimpa bukan sebagai beban apalagi bencana, namun anggaplah sebagai karunia untuk
meningkatkan ilmu, amal, wawasan, ganjaran, dan kemuliaan di sisi Allah.

Bukankah selama bertahun-tahun sekolah, kita harus menghadapi berbagai macam ujian hingga akhirnya kita
lulus dan dihormati sebagai orang berpendidikan? Kuncinya, bila ingin mendapatkan nilai terbaik, kita harus
mempersiapkan diri dengan belajar dan berlatih terus menerus.

Setelah itu hadapi ujian dengan niat dan cara terbaik agar lulus dengan nilai terbaik. Nah, ketika dihadapkan
pada sebuah masalah, sikap seperti apa yang harus kita ambil? Kuncinya adalah 5 “Jangan” yang akan
membantu mengatasinya:

1. Jangan panik

Saat tertimpa suatu masalah, langkah pertama yang harus kita ambil adalah jangan panik. Kepanikan hanya
akan menambah masalah daripada menyelesaikan masalah. Maka latih diri dan keluarga untuk tenang dan
tidak panik menghadapi situasi segawat apapun.

2. Jangan emosional

Jangan terpancing untuk marah dan bertindak emosional ketika kita dihadapkan pada suatu masalah.
Marah hanya akan memuaskan nafsu, sedangkan nafsu yang tidak terkendali bukan jalan meraih kebenaran
dan kemuliaan hidup. Bukan tidak boleh kita bertindak, yang tidak tidak boleh adalah bertindak secara
emosional.

3. Jangan tergesa-gesa

Tergesa-gesa itu berasal dari setan. Tindakan tergesa-gesa hanya akan menuai penyesalan. Maka
kendalikan diri, jangan ingin cepat-cepat menyelesaikan suatu aktivitas tanpa perhitungan matang. Saat kita
dihadapkan pada masalah yang rumit, segera petakan masalah tersebut, kumpulkan informasi secara BAL
(benar, akurat, dan lengkap). Setelah informasi terkumpul baru kita membuat keputusan dan segera bertindak.

4. Jangan larut mendramatisasi

Sebagian penderitaan yang dialami adalah hasil dramatisasi pikiran kita sendiri. Akibatnya persoalan jadi
tampak gawat, darurat, dan mencekam. Padahal boleh jadi setelah dijalani, masalah tersebut tidak segawat
dan semencekam yang diperkirakan.

5. Jangan putus asa

Masalah akan membuat kita terpuruk dan menjadi hina, bila kita putus asa menghadapinya. Putus asa
terlarang bagi seorang Muslim. Putus asa lahir dari lemahnya ilmu dan keyakinan pada Allah SWT. Ingatlah,
bersama kesulitan pasti ada kemudahan. Dalam QS Al-Insyirah ayat 5-6 diungkapkan bahwa satu kesulitan
selalu diapit oleh dua kemudahan. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan .

Saudaraku, sekali lagi, kita tidak mungkin lepas dari masalah. Maka, amalkan prinsip “LIMA JANGAN” saat
masalah menimpa. Lalu terima dan hadapi masalah ersebut dengan lapang dada, setelah itu jalani sebagai
sebuah proses pembelajaran, kemudian hayati ikmah di balik masalah itu, hingga akhirnya kita bisa
menikmatinya sebagai karunia dari Allah SWT. Wallahu alam.

TEGURAN ITU PENTING…


ORANG yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.”
                Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku dalam pemerintahan kerajaan, dalam syarikat-syarikat, dalam persatuan-persatuan, di sekolah dan di antara kawan-kawan mahupun orang sekeliling. Dalam rumah tangga juga berlaku bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
                Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina, yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak suka ditegur. Sifat manusia yang diketahui ialah hanya bersedia ditegur apabila dia membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B didengari dengan berlapang dada.
                Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya sesetengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut. Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati. Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak atau sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat truly dan hidup.
                Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting di tepi longkang dalam kotak. Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
                Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang oarng lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
                Kata Hukama, “Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita.” Manusia memerlukan ‘cermin’ bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?
                Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai tang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri
                Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya anda telah menuding jari kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Monday, 2 January 2012

DAKWAH BUKAN HOBI

 
Adik : Kak, dakwah tu wajib ke?

Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat Islam. Seperti hadis Nabi SAW "Sampaikanlah dakwah walau satu ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?

 Adik : Mestilah seronok kak. Saya seronok sangat dapat berpuasa di bulan Ramadhan, beraya di bulan Aidilfitri, seronok dengar nasyid, fesyen busana muslimah pun cantik-cantik malah orang-orang Islam banyak yang baik hati. Hehe.

Kakak : Kalau mahu seronok, kenalah berkorban untuk Islam,dik.  Komited dalam pengorbanan. Tak bolehlah seronok untuk dapatkan kepuasan nafsu kita sahaja, tapi dakwah ala kadar. Macam sikap orang Melayu "senang aku buat, susah aku tinggalkan". Menyembah Allah janganlah hanya di tepi.

"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata." - Surah Al-Hajj (Ayat 11)

Adik : Tapi kan kak, kite kan 'busy'. Macam-macam benda nak kena buat.

Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut keutamaanlah,dik. Mana satu yang lebih utama?

Adik : Antara 'study' dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar satu pengisian, study no.1 tapi dakwah bukan no.2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila 'free' je?

Kakak : Haa..cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?

Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.

Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksanakan.Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?

Adik : Err...adik suka menulis blog,kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.

Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.

Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.

Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun men'ciplak' teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.


Sungguh, tidak ada dakwah tanpa kasih sayang. Kalau kita tidak dapat mengasihi manusia itu, kita tidak akan mampu men'dakwah'nya membawanya kepada Allah. Hinggakan, kerana kasih sayang ini, kita tidak akan fikir dua kali pun untuk mengorbankan wang, tenaga dan masa kita demi membawanya kepada Allah Taala. Apa sahaja. Mintalah masa ini untuk ummah.

Dakwah itu satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci 'Laailahaillallah Muhammadurrasulullah'.

"Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah? Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak."

Dakwah : Antara amanah dan hobi? Apa pilihan anda?

"Sesungguhnya bai'ah (sumpah setia) dalam perjuangan bukan sekadar pada lafaz yang disaksikan. Bukan hanya tandatangan dan mengisi borang. Namun yang paling penting, bila mana kita berbai'ah, diri kita bukan lagi diri kita yang sebelumnya. Diri kita bukan lagi milik diri kita sepenuhnya, tetapi diri kita milik sepenuhnya kepada perjuangan Islam, di mana ada tuntutan Jihad, di situlah kita akan berada dan bekerja hingga ke akhir hayat kita dengan meletakkan sepenuhnya Al-Jihad Fi Sabiluna"

Komited dalam pengorbanan.

Katakan, YA ATAU TIDAK...

 Mudahnya diri ini jikalau ada alat pengesan cinta Tak perlulah aku meneka-neka adakah senyuman yang tersurat di bibir mu itu punya jiwa madah berbeza Atau tersirat sebaliknya... Tapi pabila ku tunggu, Undangan ku disambut namun kau dingin tidak mahu ataupun malu ?? Aku keliru dan terus keliru... Kerana membaca apa yang tersirat dalam isi hati hatimu Menyangkal perasaan aku teragak-agak.. Aku takut aku tersilap langkah bahawasanya kau sekadar insan yang ramah.. Jangan biarkan aku terus bermain dengan teka-teki... Aku perlukan jawapan darimu, Katakan ya atau tidak.. itu sahaja yang ku tunggu dan ingin tahu... Bila ku fikir, baik ku hentikan sahaja lamunan, Tapi hati ini tidak bisa menipu diri sendiri... Apakah maksud jelinganmu itu, Bagai ada yang ingin kau beritahu, Mungkin isyarat ingin bersama ku di sini.. Ku menanti dengan penuh debaran, Kau di sana mengorak langkah, Jangan nanti baru kau menyesal tak sudah.. Tapi bila aku menunggu, Pintu hati ini terbuka ruang untukmu, Namun kau dingin dan hanya kaku membisu.. Aku tidak mengerti apakah yang kau mahu... Jika ku ikutkan kata hati, Ingin saja ku luahkan segala, Untuk jadikan bukti dalam diri, Tapi nanti apa pula yang engkau sangka, Usahlah kau permainkan hati ini, Tak usah terus bermain teka-teki dengan diriku, Jika benar aku yang engkau mahukan, Tolonglah berikan jawapanmu, Kerana aku sentiasa menantikan luahan darimu... Ku tunggu dan tertunggu, Tanda sama-sama setuju Untuk mempertaruhkan cinta dikalbu... Jangan buat aku keliru dengan sikapmu, Jangan buat aku terus tertanya-tanya apakah maksud jelingan dan senyumanmu begitu, Mungkinkah kau sekkadar insan yang ramah, Atau ada yang tersirat di sebaliknya.. Jika benar diriku yang kau mahu, Ruang pintu hati terbuka untukmu, Aku perlukan jawapan darimu, Katakan saja adakah ya ataupun tidak...

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW


Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah. Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang. Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Hidup Ini...

Hidup ini penuh dengan pancaroba. Kita sentiasa didatangi ujian dan rintangan dari Allah. Allah tahu bahawa kita mampu atasi ujian dan rintangan yang diberiNya kerana itu kita terpilih untuk hadapi semuanya. Syukur ke hadrat Allah kerana memilih kita untuk hadapi ujianNya kerana itu adalah salah satu nikmat dariNya. Bersabar dan Ingat selalu pada Allah yang MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG DIA TENTUKAN...

Kala ini, aku dibelenggu rasa tak tentu dan aku tak tahu apa yang patut aku lakukan kerana aku masih kebingungan. Apa yang aku fikirkan, aku hanya mampu berserah pada Allah yang MAHA ESA...

ANTARA


IBU BAPA
Aku masih mempunyai ibu bapa, dan aku tahu tanggungjawab aku terhadap dua orang tua ku masih belum berakhir kerana aku masih bawah tanggungan mereka. Aku tidak sanggup melukakan hati mereka yang secara sengaja dan aku tak sanggup melihat ibu ku sedih gara-gara perbuatan aku yang tidak mengikuti perintah ibu ku dan aku tidak sanggup melihat ibu ku menangis kerana aku tidak menghiraukan kata-katanya walaupun tatkala aku lakukan sesuatu itu telah mengingkari kata-katanya, namun akan ku turuti kehendaknya kerana aku berpegang pada kata-kata nenek, makcik dan ibu bapaku... "Bahawa restu ibu itu penting, redha Allah terletak pada redha ibu bapa, jangan sesekali lupa pada jasa ibu bapa sebab mereka telah membesarkan kita dan jangan sesekali buat tak endah atas apa yang mereka turutkan selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama." aku selalu ingat itu... jadi aku takut untuk lakukan sesuatu yang hanya untuk kepentingan aku...
Nak dijadikan cerita, suatu hari, aku bertemu dengan sesuatu yang selama ini aku inginkan, untuk masa depan aku dan kehidupan yang aku idam-idamkan... Namun, apa yang aku lakukan tidak direstui oleh ibu bapa ku. Ibu bapa ku tidak membenarkan aku meneruskan hajatku, kerana mereka inginkan aku berada bersama mereka untuk menguruskan restoran bersamanya. Ibu ku amat memerlukan aku kerana bagi ibu ku, aku lebih senang di suruh dan aku masih tiada bebanan keluarga sendiri. Pada suatu hari aku membantah katanya kerana aku ingin meneruskan kehidupan bersama apa yang kutemu, tapi ibu ku selalu berkata, "tolong ibu bapa itu lebih berkat daripada ikut kawan-kawan. Lebih baik tolong ummi dekat restoran sebab tak de sape2   yang boleh ummi harapkan. Kalau nak juga buat bende tu pergi la.. jangan cari ummi lagi." ibu ku berkata begitu... waalupun aku berjumpa kawan-kawan ku setiap hari, hati aku tidak pernah tenteram dan tenang kerana aku tahu ibu aku sentiasa risaukan aku dan sentiasa mengharapkan aku agar membantunya...

ATAU


KAWAN-KAWAN
Aku mempunyai kawan-kawan yang sangat-sangat positif dan sapport apa yang aku lakukan. Selama aku hidup, mereka lah kawan-kawan yang sangat baik bagi aku... Kerana selama hidupku, kawan-kawan disekeliling aku adalah mereka-mereka yang sentiasa memandang negatif terhadap kawan-kawan dan sentiasa ingin menjatuhkan kawan-kawan. Jadi, bila aku bertemu dengan mereka, aku tidak mahu lepaskan peluang itu, aku sangat menyayangi mereka. Mereka bukan sahaja sebagai kawan, tetapi mereka juga sebagai partner bisnez. Tapi mereka sangat ramah, mereka ada sikap saling membantu dan sentiasa memberi kata-kata semangat pada partner-partner bisnez. Itu yang aku sukakan, dan itu yang aku mahukan.. Mereka tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk-buruk, menyakitkan hati kawan-kawan atau pun mengutuk dan juga tidak mempunyai pengaruh negatif. Cuma aku terkilan apabila mereka memberitahu bahawa bisenz ini untuk masa depan aku dan untuk menolong ibu bapa aku juga. Ye, tapi ibu bapa aku lebih penting dari bisnez ni. Takkan aku nak biarkan ibu bapa aku terkontang-kanting sendirian sedangkan aku menjalankan bisnez aku dengan bersuka ria bersama kawan-kawan aku... Bukan aku tidak mahu, namun ketika ini Allah tidak mengizinkan aku lakukan bisnez itu. Aku harus redha dan bersabar. Kerana aku masih ade tanggungjawab terhadap ibu bapa aku...

--> Semestinya ibu bapa ku yang akan aku dahulukan kerana mereka telah mendewasakan aku dan Allah akan lebih memberkati apa yang aku lakukan yang menggembirakan hati ibu bapa aku.. Namun, fikiran ini masih memikirkan, hati ini masih kuat untuk mendapatkan.. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI MEMERLUKAN KEREDHAANMU, MEMERLUKAN RESTUMU, REDHA DAN RESTUILAH APA YANG AKU INGIN LAKUKAN YANG ALLAH.. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN... <--

Awak, fahamilah...

Awak...
Jangan cintakan saya kalau cinta itu bukan kerana ALLAH,
Jangan sayangkan saya kalau sayang itu tak seutuh cinta Nabi kepada
Siti Khadijah,
Jangan luahkan pada saya ungkapan itu kalau awak tak tahu apa yang
tersirat di sebalik kata-kata itu...
Jangan pernah katakan "saya ingin memiliki awak sebagai permaisuri
hidup saya",
Jika awak belum bersedia memikul tanggungjawabnya...
Jangan pernah katakan "cinta saya pada awak seluas air di lautan",
Jika diri awak tidak dipenuhi IMAN dan TAKWA...
Jangan pernah katakan "sayang saya pada awak seluas langit yang
tersergam indah",
Jika awak tak pernah bersedia menjadi seorang pemimpin yang baik
dalam rumahtangga...
Jangan pernah katakan "saya sentiasa merindui awak, plzzz jangan
buat saya macam ni",
Jika awak tak pernah renung apa yang perlu awak lakukan bila
awak benar-benar inginkan seseorang itu menjadi milik awak...

Awak...
Untuk memiliki seseorang itu sebagai milik awak yang abadi,
Awak wajib tahu, siapa dan apa tanggungjawab awak ketika itu...
Jangan sampai suatu hari nanti, awak lupa dan abaikan kewajiban awak...
Apa yang kita dapat hanya pinjaman dari Allah,
dan kita harus jaga sebaik-baiknya supaya Allah sentiasa meredhai kita...
Bila awak faham dan telah bersedia untuk hadapi segalanya,
Datanglah untuk bertemu ayah dan bonda agar mereka merestui hubungan kita,
InsyaAllah...berkekalan hendaknya kebahagiaan yang kita idamkan... =)

Wahai Sahabatku... dengarkanlah...

Sahabat...
Seberat apa pun masalahmu,
Sekelam mana pun beban hidupmu,
Jangan pernah kau lari darinya
atau pun bersembunyi darinya,
Agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa terhindar darinya...


Kerana sahabat...
Seberapa jauh pun kau berlari,
Dan sedalam mana pun kau bersembunyi,
Masalah itu pasti akan kau temui,
Dalam sebuah episod kehidupanmu,
Sahabatku...


Alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang,
Persilakan ia masuk dalam bersihnya rumah hati,
Dan mengilapnya lantai nuranimu,
Hadapinya dengan senyuman seterang mentari pagi,
Jemputlah ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran,

Ditambah sedikit penangan keteguhan...


Sahabat...
Dengan begitu,
Sepulangnya ia dari rumahmu,
Akan kau dapati,
Dirimu menjadi seorang yang tegar,
Untuk menghadapi apa jua rintangan dan dugaan,
Dalam semua keadaan yang melanda dirimu,
Dan kau pun akan mampu dan lebih berani,
Untuk melewati lagi deraan kehidupan,
Dan yakinlah sahabat..,
Kau pun akan bisa bertahan,
Kala badai cobaan itu melanda hidupmu...

Suami Isteri Idaman Hati Sanubari

Dalam hidup ini, amat sukar untuk kita temui cinta yang seperti kita idamkan. Sukar untuk kita temui seseorang yang sudi menikahi kita kerana dia cintakan kita kerana Allah dan dia akan menjalankan tanggungjawab dia dengan baik sebagai seorang isteri atau suami yang soleh atau solehah. Seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah dan benar-benar ingin menjadikan kita sebagai permaisuri / raja hidup mereka, mereka akan menjaga batasan-batasan sebelum bergelar suami / isteri kepada kita. Kerana mereka tulus dan ikhlas mencintai kita kerana Allah. Mereka akan menjadi orang yang paling rindukan kita tatkala kita berjauhan dengan mereka, mereka akan menjadi orang yang paling mengambil berat terhadap kita tatkala kita dalam keadaan apa sekalipun dan mereka akan menjadi orang yang sentiasa menasihati, berpesan-pesan dan mengingatkan kita tatkala kita terlupa akan perintah Allah kepada kita... Kerana mereka sentiasa ingin menjadi isteri / suami yang bertanggungjawab dan terbaik untuk suami / isterinya... Sesungguhnya mereka sentiasa menyedari bahawa kita adalah pemberian dari Allah yang mereka bertanggungjawab untuk menguruskan bila bergelar isteri / suami kepada mereka... Semoga kita memperolehi suami / isteri yang beriman, tahu tanggungjawab sebagai seorang suami, bapa / isteri, ibu dan dapat membimbing kita dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT...

Bataskan Diri dalam Gurau Senda...

Bergurau senda mampu merapatkan hubungan silaturrahim dan dapat menghiburkan jiwa, tetapi jika tidak menjaga batasannya, gurauan boleh membawa bencana.

          Kita senang bersama-sama dengan orang yang suka berjenaka dan bergurau senda. Jiwa yang tertekan boleh terhibur dengan gurauan bersahaja. Gurauan melalui perbuatan, perkataan dan sebagainya dapat menggembirakan dan menggelikan hati orang lain. Perbuatan membuat orang lain berasa senang hati itu termasuk dalam amal kebajikan.
          Baginda Rasulullah s.a.w. turut berjenakadan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat. Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian, kegembiraan, keharmonian, belaian jiwa dan penuh kemesraan jika dibuat dengan cara yang betul.
          Suasana dan perhubungan akan lebih mesra dengan adanya gurau senda.
          Suasana yang tegang boleh menjadi kendur, hubungan yang serius boleh menjadi mesra, fikiran yang kusut dapat diuraikan, masalah yang dipendam dapat diluahkan dan hubungan yang renggang dapat dirapatkan. Pendek kata gurauan boleh menimbulkan kebaikan secara tidak formal dan bersahaja.

Had Batasan Bergurau Senda
Harus diingat, gurau senda itu ada batas-batasnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam, antaranya:

1. Tempat dan Waktu yang Sesuai
    Kadangkala terdapat orang yang amat suka bergurau sehingga tidak mengira waktu dan tempat. Seeloknya bersederhana dalam gurauan dan harus kena pada tempatnya. Sebagai contoh, tidak wajar bergurau semasa berada bersama orang yang sedang sakit, ketika kematian atau dengan orang yang sedang dilanda musibah.

2. Elakkan Menggunakan Perkataan Yang Buruk
    Tabiat menggunakan perkataan buruk, seperti mencarut dan lucah ini seolah-olah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana ia dianggap sebagai hiburan dan gurauan. Perkataan kesat dan kasar telah menjadi budaya orang yang suka bergurau. Kadangkala untukk menyeronokkan cerita, mereka sanggup berbohong dengan menambah fakta palsu hanya supaya orang yang mendengar seronok dan ketawa.
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Celakalah orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang lain ketawa, maka celakalah baginya, maka celakalah baginya." (Riwayat Abu Daud)

3. Elakkan Memperolok-Olok Agama
    Aspek agama tidak boleh dijadikan bahan gurauan seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w., perbuatan yang memesongkan akidah, berlawanan dengan syariat dan menjatuhkan akhlak. Terkadang kita juga ada mendengar pelbagai gurauan yang memperolokkan agama dan sunnah seperti janggut nabi, jubah, poligami, talak, penceraian dan sebagainya.

4. Utamakan Menjaga Perasaan
    Jangan kerana terlampau seronok bergurau sehingga perkataan yang keluar itu menjadi cacian dan cemuhan seperti memperlekehkan orang lain, mengumpat, merendah-rendahkan individu tertentu, menyebut kekurangan, kecacatan dan seumpamanya. Gurauan sedemikian hanya akan menyakiti perasaan orang lain. Gurauan bertukar menjadi ejekan. Akibatnya akan menimbulkan permusuhan, kecil hati, tuduh-menuduh, perkataan kotor dan pelbagai perkataan negatif yang lain akan timbul.

5. Sesuai dengan Orangnya
    Kita tidak boleh bergurau senda dengan semua orang. Sebagai contoh, orang yang lebih tua dan lebih alim kerana mesti dihormati dan disegani. Mereka bukan setaraf dengan kita untuk dibuat gurauan kerana mereka merupakan tempat rujukan dan panduan berdasarkan pengalaman dan kealiman mereka dalam kehidupan mahupun ilmunya.
    Tidak boleh juga bergurau senda tanpa batasan dengan orang yang diharamkan bergaul bebas, seperti dengan perempuan ataupun lelaki yang bukan mahram.

6. Tidak Ketawa Yang Berlebihan
    Islam melarang kita terlampau banyak bergurau senda sehingga ketawa tanpa batasan. Ia boleh membentuk peribadi yang menjatuhkan harga diri.
    Diceritakan bahawa Nabi s.a.w. duduk dalam majlis bersama para sahabatnya. Mereka menceritakan sesuatu yang lucu dan Rasulullah s.a.w. hanya tersenyum sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan al-Tarmizi)
    Bergurau senda membawa bahagia tetapi tidak kurang juga membawa bencana. Oleh sebab itu, berwaspadalah kita dalam bergurau senda supaya tidak berlebihan dan melampaui batas. Bersederhana dalam setiap hal itu adalah lebih baik. Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal diri mereka dan bukannya orang yang mampu mengawal orang lain.

Sabar Itu Indah...

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala tadbir...


Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar...


Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah...


Ujian itu penebus dosa
Meningkatan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang ESA
Bagai ombak...
Panghias samudera!

Pahala Dalam Kesabaran

Dalam hadith Qudsi Allah berfirman yang maksudnya:

"Bila telah aku timpakan bencana kepada salah seorang dari
hambaKu pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian
ia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa
enggan untuk menegakkan timbangan atau membuka buku
catatan amalnya pada hari kiamat."
(HR. Dailami, al-Hakim dan Tarmizi)

          Sabar adalah menahan diri dan membawa seseorang kepada yang dituntut oleh syarak dan akal fikiran yang sihat serta menghindarkannya dari apa yang dibenci oleh keduanya. Jadi sabar adalah suatu kekuatan yang mendorong yang menghalangi seseorang dari melakukan kejahatan.

          Hujjatul Islam Imam Ghazali mengatakan; sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama pada diri seseorang ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorongan agama ialah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenalNya, RasulNya serta mengetahui dan mengamalkan ajaranNya dan perkara-perkara yang berkenaan dengan akibat-akibatnya.

          Sabar iaitu sifat yang membezakan antara manusia dengan haiwan dalam perkara menundukkan hawa nafsu. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang minta dilaksanakan.

          Bagi orang yang tetap tegak bertahan sehingga ia dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara terus-menerus, maka orang tersebut termasuk ke dalam golongan orang-orang yang sabar.

          Sedangkan yang dimaksud dengan sabar yang sempurna iaitu sabar yang tidak memperlihatkan keluhan. Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apa dan bagaimanakah sabar yang sempurna itu? Baginda menjelaskan bahawa sabar yang sempurna itu ialah sabar yang tidak disertai dengan keluh kesah dan pengaduan.
(HR. Ibn Abi Hibalah)

          Untuk kita ketahui, bahawa Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam berbagai bentuk, di antaranya seperti:
  1. Cubaan yang bersifat jasmani dan rohani yang berupa penyakit, luka, cacat pada salah satu anggota badan, digigit binatang, perasaan susah, gelisah, dukacita, rasa takut dan lain-lain.
  2. Cubaan melalui harta kekayaan, berupa kehilangan, kebakaran, kerosakan dan lain-lain.
  3. Cubaan melalui sanak keluarga dan keturunan, seperti kematian, cacat mental, lumpuh dan lain-lain.
          Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:
  • Merupakan undangan dari hasil kederhakaan manusia sendiri hasil perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia ini oleh Allah sebagai balasan secara langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayang Allah untuk menghapuskan dosa kederhakaannya di dunia ini, dan orang tersebut akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci bersih. Sedangkan kemungkinan lainnya adalah untuk mengangkat martabat seseorang, baik di dunia mahupun di akhirat, bila ia tidak mempunyai kederhakaan lainnya yang patut dihukum.
  • Takdir Allah sendiri untuk menguji hambaNya secara terus-menerus, dan kelak pada hari akhirat akan diganti dengan rahmat dan keredhaanNya.
          Bila seseorang yang menghadapi cubaan dan penderitaan itu dengan redha, ikhlas serta mencari jalan keluar dengan cara yang baik, tidak mengeluh, mengaduh dan sebagainya, maka Allah SWT pasti akan memudahkan baginya hisabnya pada hari kiamat. Allah akan menyegerakan balasan pahalanya memberkati kehidupannya sehingga timbangan amalnya tidak berat kepada kejahatan, yang disudahi dengan masuk ke dalam syurga yang penuh dengan seribu satu kenikmatan.

          Semuanya ini melukiskan secara kiasan bahawa Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan soleh dengan sambutan yang baik dan memberi kurnia keredhaan atasnya.

         Hadith di atas juga menjelaskan kepada kita bahawa manusia itu disebut hamba dengan alasan:
  • Untuk menunjukkan kekuasaan Allah terhadap manusia, baik ilmu mahupun hikmah dan rahsiaNya.
  • Untuk menunjukkan bahawa manusia itu harus tunduk dan wajib merendahkan diri terhadap Penciptanya dengan penuh kehambaan. Sebab menghambakan diri kepada Allah pada hakikatnya ada kemuliaan dan ketinggian.
          Berkenaan dengan sabar, sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, bahawa Allah telah menyebut di dalam Al-Qur'an tidak kurang dari sembilan puluh kali, dalam berbagai bentuk dan keadaan, untuk menunjukkan betapa tinggi nilainya dan keutamaannya.

          Kebanyakan orang menyangka bahawa sabar bererti merendahkan diri dan menyerah kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan tersebut, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik.

          Pengertian seperti ini tidaklah tepat, sebab yang dikatakan seabar ialah menghadapi cubaan dan ujian dengan cara yang baik, berikhtiar untuk mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula, dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang soleh dan usaha yang terpuji, sambil menjadikan pengalamannya itu sebagai dorongan untuk mempunyai kemahuan yang keras disertai dengan keimanan dan keyakinan yang penuh istiqamah.

          Dalam kajian falsafah Islam sikap sabar itu ada lima macam, iaitu:
  1. Sabar dalam beribadah, ialah sentiasa tekun mengendalikan diri untuk melaksanakan segala syarat, rukun dan sebagainya di dala ibadah.
  2. Sabar ketika ditimpa malapetaka atau musibah, ialah keteguhan hati ketika mendapat ujian atau cubaan baik yang berupa kemiskinan, kematian, diserang penyakit dan sebagainya.
  3. Sabar terhadap kehidupan dunia, ialah sabar terhadap tipu daya dunia, tidak terpaut kepada kenikmatan hidup dunia, dan tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai tujuan, akan tetapi hanya sebagai alat untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi kehidupan yang kekal dan abadi.
  4. Sabar terhadap maksiat, ialah mengendalikan diri supaya tidak melakukan perbuatan maksiat. Sabar dalam hal ini bukan saja berkenaan dengan diri sendiri, akan tetapi juga berkenaan dengan diri orang lain. Iaitu kita harus berusaha supaya orang lain juga jangan sampai terjerumus ke jurang kemaksiatan, dengan cara melakukan amak makruf nahi mungkar.
  5. Sabar dalam perjuangan, ialah menyedari sepenuhnya bahawa setiap perjuangan mengalami masa pasang dan masa surut, masa menang dan masa kalah.

          Jika dilihat dari bentuk kegiatannya, maka sabar itu ada dua macam, iaitu:
  1. Sabar dalam menghadapi cubaan yang bersifat jasmani, iaitu sentiasa tabah dalam memikul beban yang berat, tabah ditimpa kemiskinan ataupun menderita kesakitan.
  2. Sabar dalam menghadapi cubaan yang bersifat rohani yang terbahagi kepada beberapa macam:
  • Iffah, iaitu sabar menahan hawa nafsu termasuk di dalamnya nafsu seks.
  • Keteguhan hati dalam menghadapi musibah atau bencana yang menimpa, tidak menyesal, tidak gelisah, mengeluh, tidak mengumpat dan sebagainya.
  • Menahan diri dari kehidupan mewah pada waktu kaya.
  • Sabar dalam perjuangan atau peperangan.
  • Menahan diri dari kemarahan.
  • Menahan diri dan berlapang dada dalam menghadapi lawan.
  • Menahan diri dan memelihara rahsia, baik rahsia sendiri mahupun rahsia orang lain apa lagi apa lagi rahsia negara.
  • Menahan diri dari tarikan kehidupan duniawi dalam usaha untuk memperoleh kebahagiaan di akhirat.
  • Menahan diri dari hidup berlebih-lebihan dan merasa puas dengan kehidupan yang ada sesuai dengan hasil usaha.
          Mengenai sifat sabar ini, sepatutnya kita mengambil contoh dari umat dahulu, bagaimana mereka menghiasi diri mereka dengan kesabaran, sabar yang penuh keindahan yang tidak keluh kesah mahupun rasa gelisah. Mereka menganggap bahawa sifat sabar itu adalah satu kekuatan yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan yang baik dan merupakan benteng dari melakukan perbuatan jahat.

          Mereka juga berkeyakinan bahawa mengekalkan diri dalam ketaatan kepada Allah adalah termasuk sabar. Menjauhi perbuatan-perbuatan dosa atau derhaka juga termasuk sabar. Demikian juga menahan diri dan tahan menderita kesusahan termasuk sabar. Juga menjaga dan memelihara rahsia, menunaikan amanah, menjaga lidah dalam berkata-kata, termasuk sabar.

          Jika kita membalik lembaran sejarah, di sana akan kita temukan, bagaimana penderitaan Nabi Ayub as, Nabi Ibrahim ketika dibakar hidup-hidup dan dimusuhi umatnya. Kesabaran Nabi kita Muhammad SAW berserta para sahabatnya, dalam menyampaikan dan mengembangkan serta mempertahankan ajaran Islam. Semuanya itu dapat kita jadikan contoh dan teladan dalam kehidupan sehari-hari.

          Sebagai  seorang Muslim, hendaklah dalam menghadapi setiap permasalahan, menjadi sabar sebagai pegangan untuk mencapai kemenangan. Sebagaimana firman Allah SWT:

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah berjaga-jaga dan bertawallak kepada Allah supaya kamu beruntung."
(Al-Imran: 200)

          Ayat di atas menjelaskan kepada kita, bahawa ada empat sifat yang akan menghasilkan kemenangan iaitu; sabar, saling menyabarkan, berhati-hati dan takwa.

          Kemenangan yang bermaksud oleh ayat di atas, tentulah kemenangan hidup di dunia mahupun kemenangan yang abadi di hari akhirat nanti.