Sunday, 10 June 2012

Cinta Antara Kita...

22hb April 2012 ( Ahad )
Tarikh ini menjadi titik pertemuan dan perkenalan antara kita... Saya tak pernah kenal awak dan awak tak pernah kenal saya. Saya tak pernah nampak awak sepanjang kerja kat KFC Jusco Equine tu sehingga ke hari ni la. hari ni, saya makan kat Pizza Hut Jusco Equine, baru la saya perasan awak. Time ni, saya rehat sorang2... d0k berpusing-pusing satu Jusco, xtaw nak makan ape.. last-last.. teringin nak makan kat Pizza... saya pun singgah la kat Pizza. Saya tanya kawan awak, ade tak meal yang harga bawah RM10? HAHA!! (malu jew..) sebab saya ade ngam2 RM10 time tu... pastu kawan awak tiba-tiba panggil awak... saya perasan ade staff datang ke tempat saya, tapi saya masih mencari apa yang saya selera nak makan... Then tiba-tiba awak cakap, "kita tukar meal nak tak?" saya tengok awak (dengan penuh tanda tanya). Sebab saya tak pernah tukar meal dengan staff-staff kat restoran dalam Jusco ni. Then saya pun tanya awak, "nak tukar dengan ape?" awak cakap, "dengan Pizza Chicken Hawaii..." (sambil awak tunjuk gambar meal tu) saya pun kata, "ok! tapi owg nak makan kat sini. (sebabnye, saya xmo makan dengan budak-budak yang tengah break tu, nanti tak cukup nak share ramai-ramai, cian kat dowang.. HEHE!!) Then awak cakap, "boleh..." pastu saya cakap kat awak, "owang nak air sekali." awak cakap, "boleh" (awak dah nak gerak gi amek air) pastu saya cakap, "tapi owang tak minum air gas" then awak datang balik ke tempat saya, awak tanya..."nak air ape?" saya cakap, "air milo je la..." then awak cakap, "kalau air milo, kat KFC pun ade... order la air yang mahal-mahal ni, nanti saya bagi harga yang murah tu." (sambil awak senyum-senyum tengok saya) saya pun cakap, "umm...xpe ke? nanti manager marah kang..." awak kata, "tak pe...jangan risau... hari ni saya manager.." (HAHA!! awak suka cakap macam tu.. hmm~) pastu saya pun cakap la, "nak air ice blanded milo la." awak cakap, "ok.." pastu awak cakap, "meh dok kat sini." (sambil awak bawa saya pergi kat tempat yang awak suh saya duduk tu.) Tempat tu menghadap ke bar tempat buat air. Saya pun duduk la situ, sambil saya kuarkan satu buku sementara tunggu awak buat air & pizza tu.. :-) Pastu time awak tengah buatkan air tu, saya pun pergi kat tempat awak, saya cakap, "awak, owang gi amekkan meal untuk awak dulu eh?!" awak kata, "ok!" JUJUR saya cakap kat awak, time tu hati saya rasa macam dah dupdap! dupdap! macam ade satu rasa yang muncul dalam hati ni... tapi saya masih tak pasti adakah itu cinta atau perasaan sahaja. Tapi, JUJUR saya katakan, bila saya jatuh cinta, cinta itu adalah TULUS, IKHLAS, SETIA dan JUJUR pada nya. Time awak hantarkan pizza tuk saya tu, tiba-tiba awak cakap, "nak ganggu leh tak?" saya pun jawab la, "duduk la" pastu kita pun bual-bual... awak tanya saya, umur saya berapa, saya cakap 21. awak cakap, sama la... saya tanya awak, asal mane?  awak cakap asal Johor. Saya tengok awak macam ye..ye.. je... dalam hati saya, ke., awak tahu saya asal Johor sebab tu awak saje cakap Johor! umm.. saya tak puas hati, saya tanya lagi, Johor kat area mane? awak cakap, Batu Pahat.. dalam hati saya, aik!! takkan dia tahu aku asal Batu Pahat? nak kata kenal, jumpa pun tak pernah! umm... pastu saya pun tanya lagi, ye ke asal Johor? ye ye je Batu Pahat... bohong aeh??? pastu awak pun jawab, laaa... betul la.. nape? same ker?? pastu awak lak tanya saya, Johor katne? saya cakap la Batu Pahat. awak pun tak caye... awak cakap awak nak tengok IC saya.. HAHA!! macam tak caye, kan.. membesar di daerah dan negeri yang sama, tak pernah bersua, namun bersama akhirnya... HAHA!! pastu saya tunjuk la IC saya... awak pun bawa kua IC awak.. umm.. pastu saya cakap la.. macam tak caye.. kelakar la... HAHA!! saya tanya awak, dah tu kerja kat sini tinggal katne? hostel ke? awak cakap awak dok ngan kakak & abg ipar awak. saya tanya lagi, dah berapa lama kerja kat Pizza ni? awak cakap kerja dengan Pizza dah lama... dari Pizza Sunway, pastu pindah BP, kerja kat Pizza BPMall... pastu datang sini lak.. tu yang kerja kat Pizza sini.. laaa... pastu awak tanya saya, taknak sambung belajar ke? saya cakap tengah tunggu panggilan untuk interview dengan PUNB. Pastu awak tanya, kursus ape tu? tak nak share ke?? saya cakap untuk mohon pinjaman, sebab mak saya ade restoran. Awak tanya, nape tak kerja dengan mak je? saya cakap, saje.. nak cari pengalaman kerja dengan orang & restoran besar. Pastu saya tanya, awak tak sambung study ke? Awak cakap tengah tunggu panggilan sambung study la ni. dalam hati saya time ni da mula rasa sayu.. sebab, baru je kenal awak.. Nanti awak dah nak sambung study... Saya dah mula rasa sedih walaupun saya tak tahu apa perasaan awak pada saya dan walaupun saya belum jadi milik awak... Pastu, awak tanya saya, dah solat? saya cakap saya takleh solat hari ni, awak dah solat ke? awak cakap belum lagi.. Then saya tanya la, nak owang teman ke? awak cakap, boleh gak. then awak suruh saya tunggu sebab awak nak masuk dalam jap. Pastu saya nampak tisu atas meja tepi tangan saya, saya pun lipat-lipat tisu tu, jadi bentuk LOVE... saya tulis atas tisu tu, (Kalau cinta katakanlah tidak aku terus gelisah... Kalau cinta katakanlah tidak aku terus menunggu...) saya tak berniat nak bagi awak pun tisu tu... saya conteng tuk suka-suka je... sebab saya memang suka menconteng... pastu dah nak teman awak gi solat tu.., saya nak gi bayar bil air tu. awak cakap, "takyah bayar, tanda perkenalan kita, owang belanja." (sambil awak senyum-senyum pastu awak pijak kaki saya sikit..) umm.. saya cakap la.. ishh!! susah-susah je.. awak cakap, tak susah pun... umm... then saya pun teman awak gi solat.. saya tunggu kat kerusi luar bilik solat tu... pastu awak dah siap solat, kita pun gerak nak balik nak masuk kerja. Pastu, sambil jalan nak turun tu, awak cakap, "minta tisu yang awak conteng tadi.." saya tanya la, "nak watpe? takyah la.. nak buang lahh... bukan tuk bagi awak pun..." pastu awak cakap nak la.. nak tengok... saya teragak-agak antara nak bagi atau tak.. sebab saya takut awak cakap saya sy0k sendiri.. dan saya pun rasa macam awak rasa apa yang saya rasa... then, saya pun bagi la... saya cakap, pas baca buang taw... sampai bawah, saya pun masuk kerja... ^^, gembira sangat... inilah saat-saat dan detik-detik terindah dalam hidup saya...

27hb April 2012 ( Jumaat )
Hari ni saya off day... Saya tunggu kat hostel sampai lah awak balik kerja... Sebab janji ngan awak nak bawa awak jumpa ummi dan papa saya. Nak belanja awak makan kat restoran ummi... Tiba waktu malam tu, awak pun ambil saya kat hostel. Pastu kita gi restoran ummi... saya kenalkan awak pada ummi dan papa... dah siap makan-makan, jumpa ummi dan papa, kita pun nak gerak balik dah... Saya baru je bangun dari kerusi, tiba-tiba hp awak berbunyi... awak dapat mesej... saya pun buka la... mesej tu dari sorang gurl... saya baca tak abes pun mesej tu... sebab saya tak sanggup nak baca... sebab tengok gaya, gurl tu macam ada hati je pada awak... Awak kata awak takde gf, tu juz kawan je... xde pape hubungan yang special pun ngn dia... Then muka saya dah masam... senyum-senyum pun kerana xmo awak syak saya sedih... pastu masuk dalam kereta, saya diam seribu bahasa sampai la awak bawa saya naik kat Putra Walk... awak pun dah tak tentu arah, kan sebab saya macam tu.. saya tahu awak dalam mencari jawapan hati awak adakah awak benar-benar sayang & cintakan saya atau tidak... saya diam je.. sambil main-main kuku saya.. sambil tu saya berfikir... apakah awak juga ingin mempermainkan cinta saya yang suci dan hanya nak persendakan perasaan saya? awak tanya, pun saya diam je... airmata macam nak mengalir, tapi xmo keluar... sebak sangat hati ni... saya takut awak pun macam lelaki-lelaki yang saya kenal.. yang hanya tahu berseronok memainkan hati dan perasaan perempuan... Tapi saya yakin awak tak macam tu... cume, awak masih tak mampu nak luahkan isi hati awak... pastu time awak bawa saya gi Putra walk, awak cakap, awak dah mula sayangkan saya... saya cakap la... sayang dengan cinta tu lain, kan? pastu awak diam... pastu awak cakap, jangan risau... hati awak takkan berubah, sebab saya dah curi hati awak... Pastu saya pun cakap la, owang takut kehilangan awak... awak cakap, ye... saya tahu... pastu awak bisik kat telinga saya, awak cakap... "saya sayangkan awak... saya cintakan awak...." Saya tanya awak, awak luahkan tu kerana terpaksa atau sebab nak jaga hati saya atau memang dari hati awak? Awak cakap, dari hati awak... awak cakap, mulai jam 11.44pm, saat ni, detik ni, saya milik awak, awak milik saya... takde sape leh amek awak dari saya dan xde sape leh amek saya dari awak.. awak cakap lagi.. semoga pertemuan kita ni, diberkati Allah, Amin... awak buat saya tersenyum... awak... saya sayang awak... sangat-sangat... Semoga hubungan kita ini, kekal berpanjangan... insyaAllah... Amin... Ya Rabbal Alamin... ^^,

Friday, 17 February 2012

Kerendahan Hati, Ketulusan Budi Pekerti

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan hamba-hamba al-Rahman ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila disapaoleh orang yang jahil (dengan kata-kata yang kesat) mereka menjawab dengan ucapan yan baik." (Surah al-Furqan 25:63)

Al-Shahid Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilal al-Quran menyatakan bahawa inilah antara ciri pertama ibad al-Rahman atau sifat hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Memberi Rahmat. Mereka berjalan di atas muka bumi dengan penuh rendah hati dan menjaga diri daripada teruja dengan kata-kata yang dilemparkan oleh orang jahil sebagai bukti ketinggian jiwa mereka.
Manakala al-'Allamah Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa antara sifat yang dikehendaki oleh Allah menerusi firmanNya ini adalah supaya menjauhi kesombongan dan keangkuhan, apatah lagi di dunia yang hanya sementara ini.
Menjauhi keangkuhan diri ialah kewajipan bagi setiap hamba. Ia merupakan syarat utama bersama dengan kerendahan hati. Ia seumpama memasukkan keruh ke dalam jernih, maksiat ke dalam taat atau lebih tepat lagi mati ke dalam hidup. Terlalu jelas perbezaannya.

Kerendahan Hati Dua Umar
Ada baiknya penulis menukilankan sebuah kisah bagaimana khalifah Islam kelima, Umar Abdul Aziz menterjemahkan firman Allah ini dalam hidupnya. Ketika seorang tetamu kerajaan mengingatkan kepadanya bahawa api minyak pelita yang digunakan oleh khalifah untuk menulis hampir padam dan seeloknya penjaga mengisinya kembali, Umar menjawab:
"Sekarang, masa bangun bagi penjaga berehat dan tidur."
Kemudian Umar bangun lalu mengisi minyak pelita itu. Perbuatannya itu mengejutkan tetamu tersebut. Kemudian beliau bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, mengapakah tuan sendiri yang melakukannya?"
Dengan perasaan rendah hati, Umar menjawab: "Aku hanyalah Umar walau apa-apa keadaan sekalipun."
Tindakan yang sama diambil oleh Umar al-Khattab.Ketika Urwah bin Zubayr melihat khalifah Islam kedua ini memikul bekas air yang diambil dari kawasan awam, Urwah bertanya: "Mengapakah engkau melakukan pekerjaan sebegini wahai khalifah?"
Umar menjawab: "Ketika para utusan dan delegasi datang kepadaku, mereka tunduk dan patuh terhadap ucapan dan kata-kataku sehingga terkadang muncul benih-benih kesombongan dalam hatiku. Oleh sebab itu, aku ingin menghilangkannya."
Subhanallah! Lihatlah betapa jelasnya kerendahan hati dua Umar ini, walaupun mereka mampu memiliki dunia dan segala isinya. Namun kerana anugerah al-Rahman itulah yang didambakan, maka segala keangkuhan dan kebesaran diri ditundukkan dengan rasa rendah hati.

Perhiasan Akhlak
Lihatlah ketinggian akhlak yang ditunjukkan oleh Ibn Abbas, sepupu Baginda s.a.w. Beliau memegang tali kuda tunggangan Zaid bin Thabit sambil meminta beberapa nasihat buat dirinya. Betapa kerendahan hati beliau terzahir, walaupun kemudiannya Zaid bin Thabit meraih tangannya lalu mengucup untuk memuliakannya. Betapa terserlah pula kerendahan hati Zaid bin Thabit, penulis wahyu Baginda s.a.w. ini.
Renungilah pula sifat rendah hati Abu Hurairah r.a. Bukankah sepanjang menjawat jawatan gebenor Madinah,  umat Islam sentiasa melihat beliau memikul muatan kayu untuk dijual bagi memenuhi keperluan keluarganya?
Bahkan Mu'az bin Jabal yang menerima hadiah baju kiriman daripada Umar al-Khattab hasil daripada harta ghanimah telah menjualnya dan hasil jualan itu digunakan untuk membebaskan enam orang hamba sahaya. Ia dilakukan semata-mata kerana kerendahan hati yang menghiasi akhlaknya, walaupun ketika itu Mu'az menjawat jawatan sebagai gabenor di Yaman.
Al-Sheikh Abu al-Qasim dalam al-Risalah al-Qushairiyyah menukilankan satu kisah sifat rendah hati seorang hamba sahaya. Apabila para bangsawan bersetuju meletakkan harga hamba itu dengan bayaran 1000 dirham, hamba itu berkata: "Tuan, sesungguhnya hargaku tidaklah mahal seperti itu. Cukuplah kamu membayar dengan beberapa dirham sahaja dan ketahuilah bahawa akhlak yang ada padaku inilah yang lebih mahal daripada dirham yang telah engkau tetapkan (hargannya)."
Subhanallah! Betapa kerendahan hati telah menghiasi jiwa mereka sehingga menjadi teladan sepanjang zaman. Ia menghidupkan jiwa dan menyuburkan benih-benih kemuliaan dalam mencapai anugerah Allah s.w.t. yang benar di akhirat yang kekal.
Benarlah kata Sufyan al-Thawri: "Sesungguhnya orang yang paling mulia ialah ilmuwan yang zuhud, ahli fiqah yang sufi, orang kaya yang rendah hati, orang fakir yang bersyukur serta pembesar yang sentiasa senyum kepada golongan yang lemah."
Penulis mendoakan agar kita dianugerahkan kerendahan hati yang hakiki kerana di situlah ketinggian jiwa akan tersemai dalam perjalanan menggapai cintaNya. Amin.

Tegur Menegur Yang Membina...

Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur.
Insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya tidak disedarkan ataupun tiada sesiapa yang menegur kita.

Tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya siapa yang menegur.
Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa agak pelik. Lalu mereka bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"
Sayidina Umar menjawab: "Ya, dia peminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar."
Biasanya, manusia tidak suka pada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyak ego itu bergantung kepada bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi manapun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.
Diriwayatkan daripada Tamim al-Dari r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Agama adalah nasihat." Kami pun bertanya: "Untuk siapakah wahai Rasulullah?" Jawab Baginda: "Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan umat Islam." (Riwayat is Muslim)
Orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan sampai dilabelkan sebagai "cakap tiak serupa bikin". Biasanya, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, takut dikecam bak kata pepatah, "bagai ketam mengajar anak berjalan lurus." Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya.

Sesuai Tempat dan Masanya
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran.
Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa niat buruk. Elakkan "memilih bulu" apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.
Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alasan, tiga faktor berikut harus diambil kira:

1. Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
2. Waktu yang sesuai untuk ditegur.
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur.

Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahan dan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.
Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah al-Nahl 16:125)

Mencegah Sebelum Terlambat
Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika perlakuan buruk yang kita lakukan tiada orang yang mengesan dan menegur? Atas apa juga alasan, kita akan meneruskan perbuatan itu tanpa disedari. Jika hari ini ada orang yang menegur perbuatan itu, mungkin kita dapat mengubah, hasilnya nasib kita juga mungkin berubah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiga perbuatan yang yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi, keadaan saling menyedarkan antara satu sama lain dan menyantuni saudaranya (yang memerlukan)." (Riwayat al-Dailami)
Hidup seorang Mikmin seharusnya menjadi cermin kepada Mukmin yang lain. Jika kita melihat suatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam. Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita harus mencegah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Riwayat al-Bukhari)
Marilah kita tegur-menegur sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat. Terimalah teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturrahim antara Mukmin. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka.

Bagaimana Islam Mengajar Kita Apabila Menghadapi Tekanan

Keimanan : Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hambaNya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

Tadabbur : Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuanNya.

Zikir : Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13:28")

Berimaginasi : Bayangkan keadaan Syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih, dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

Doa : Beza antara orang Mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.'" (Surah al-Mu'min 40:60)

Thursday, 2 February 2012

Tidaklah Sama Wanita Yang Mukmin Dan Wanita Yang Kafir

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG KAMI
DAN DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
dan tiada suatu kesedihan pun dapat
mengembalikan kepadamu sesuatu 
yang telah hilang...

Sesungguhnya anda dapat berbahagia dengan melihat satu fenomena saja, iaitu keadaan wanita muslimah di negeri-negeri Islam dan keadaan wanita kafir di negeri-negeri kafir. Wanita muslimah di negeri-negeri Islam bebas beriman, berinfaq, berpuasa, mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya, takut kepada Allah, baik kepada tetangganya dan berkasih sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dia dan baginya adalah ketenangan, keredhaan dan pahala yang besar dariNya.

Sedangkan wanita di negeri kafir, suka mempamerkan kecantikannya, jahiliyyah, naif, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, yang dijajakan di kebanyakan tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa mempunyai kehormatan dan tidak mempunyai agama.

Jadi, bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut, nescaya anda akan merasakan bahawa anda adalah wanita yang paling bahagia, paling tinggi darjatnya dan paling terhormat kedudukannya. Alhamdulillah.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (bersungguh-sungguh) beriman." (Surah Ali-Imran : Ayat 139)

...Bekalan...
Semua orang, baik yang memiliki istana mahupun
yang memiliki rumah sederhana, pasti menjalani
kehidupannya, tetapi siapakah yang
benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidup?

Cukupilah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah

ALLAH YANG MAHA PENGASIH PASTI
MEMBERIKAN KEMUDAHAN

Jangan kau berputus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan takdirNya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebusan dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadis ini.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadis riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah. Oleh itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan Al-Qur'an dan sunnah NabiNya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, Komunis ataupun agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan Islam. Sedangkan, anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad S.A.W.. Anda juga termasuk orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah - semoga Allah meredhai mereka semua.

Kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramdhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti dan Muhammad S.A.W. sebagai rasul yang diikuti.

...Bekalan...
Bukan emas permata yang mempercantikkan
anda, melainkan yang mempercantikkan
anda adalah akhlak anda dan kekayaan
anda adalah etika anda.

Anda Mempunyai Segudang Nikmat

SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN
ADA KEMUDAHAN

Kelembutan Allah betapa pun lama masanya
terasa bagaikan kerdipan mata
bila mata terpejam

Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman dan setelah malam pasti ada akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam, pelayan dan penolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud dan dalam malam-malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia.

Dan puteri Wahab telah menghadiahkan
kepada umat manusia "Tangan Putih"
(Nabi Muhammad S.A.W.)
yang merangkul bahu semua manusia

Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da'iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berbincang. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan RasulNya yang mulia. Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikuti pembelajaran.

Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, jihab, akhlak yang baik, baik pada tetangga dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakan orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.

...Bekalan...
Esok akan merekah bunga yang harum
baunya mengusir segala kesedihan dan
menjadi penghibur hati.

Wanita Yang Melawan Penindasan

TIADA DAYA UNTUK MENGHINDARI DARI
KEDERHAKAAN DAN TIADA KEKUATAN UNTUK 
MELAKUKAN KETAATAN KECUALI DENGAN
PERTOLONGAN ALLAH S.W.T

Apa yang berlalu biarlah berlalu,
cita-cita adalah harapan yang belum pasti,
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.

Perhatikanlah nas-nas syari'at yang terkandung  dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang mukmin (berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim." (Surah At-Tahrim : Ayat 11)

Jadi, renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini (Asiyah R.A.) sebagai contoh atau ikutan bagi orang mukmin atau mukminah? Kenapa Allah menjadikannya sebagai model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin mendapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan RasulNya dalam kehidupan?

Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, kerana ternyata dia lebih memilih tinggi di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mengutamakan berdamping (dengan Allah) daripada menempati tempat tinggalnya. Untuk itu, ia rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya, Fir'aun yang berdosa, melampaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dalam istananya yang mewah penuh dengan perhiasan duniawi dan banyaknya para pelayan yang siap melayani semua keperluannya. Dia lebih memilih tempat tinggal yang lebih kekal, lebih indah dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tempat yang telah dijanjikan di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.

Sesungguhnya dia adalah wanita yang agung, di mana keteguhan dan kejujurannya telah mendorongnya untuk menyeru secara terang-terangan kepada suaminya - seorang diktator zalim - dengan kalimah kebenaran dan keimanan. Maka akhirnya, dia pun diseksa kerana mempertahankan keimanannya itu. Kemudian Allah menjadikannya sebagai wanita teladan bagi setiap mukminah hingga hari kiamat. Allah juga mencatat dan memuji namanya dalam Al-Qur'an, serta menyanjung perbuatannya dan menghinakan suaminya yang telah menyimpang dari jalan Allah S.W.T. 

...Bekalan...
Di sana ada suatu tempat di barisan terdepan
tetapi menuntut anda untuk menambah peningkatan dan 
kesempurnaan dalam setiap perkara yang anda amalkan.

Wednesday, 1 February 2012

NASIHAT AL-GHAZALI : AKTIVITI HARIAN

Di antara kira-kira 100 buah buku karangan Imam Al-Ghazali Hujjatul-Islam, terdapat sebuah buku yang berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Melalui buku ini Imam Al-Ghazali menerangkan amalan-amalan atau apakah aktiviti harian yang patut dibuat oleh setiap orang Islam, pada setiap hari dan malam, sepanjang hidupnya. Mengikut Imam Al-Ghazali, inilah satu panduan atau jadual hidup harian yang lengkap, yang patut diamalkan oleh orang setiap orang Islam. Berikut ini disalinkan nasihat Imam Al-Ghazali mengenai aktiviti yang patut dibuat di waktu pagi, selepas solat sunat Dhuha, hingga menjelang waktu gelincir matahari, iaitu masuknya waktu untuk solat fardhu Zuhur:

Ada empat perkara yang boleh dibuat, kata Imam Al-Ghazali.

Pertama, yang terlebih afdal, bahawa engkau habiskan waktumu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat,  bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati orang sekrang ini, yang mereka namakannya ilmu manfaat (padahal ia bukan ilmu yang bermanfaat). Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah, dan menambah penglihatanmu terhadap 'aib dirimu, dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadat kepada Allah, dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia, dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat, dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.

Dan ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya, sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia menggoda ulama su' dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah, kerana mereka telah membeli dunia dengan agama, dan menjadikan ilmu sebagai alat untuk mengambil harta sultan, memakan harta wakaf, harta anak yatim, harta orang miskin dan harta orang Islam. Si sepanjang hari mereka hanya menghabiskan masa untuk mencari pangkat dan kedudukan di hati manusia. Untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan memperlihatkan kafasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang...

Apabila engkau telah cuba mengamalkan wirid-wirid dan ibadah (yang telah kami sebutkan) dan engkau dapati akan dirimu tidak merasakan sebarang keberatan dan tidak merasa malas melaksanakannya, bahkan nampak pada dirimu minat yang sangat mendorong engkau untuk mencari lagi ilmu yang bermanfaat, dan engkau tidak menghendaki dengan mencari ilmu itu kecuali hanya keredhaan Allah dan negeri akhirat, maka menuntut ilmu ketika itu lebih afdal daripada ibadat-ibadat sunat. Dan yang paling penting hendaklah engkau memastikan keikhlasan niatmu (kerana niatlah yang menentukan nilai amalnmu). Apabila niatmu tidak ikhlas maka di sinilah tempat terpedayanya orang-orang yang jahil dan di sini pula tempat tergelincirnya kaki orang-orang yang cerdik pandai.

Kedua, bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa berbuat ibadat seperti zikir, membaca al-Qur'an, bertasbih dan sembahyang. Maka ini adalah darjat orang yang 'abid dan cara hidup orang yang soleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalam kumpulan orang yang beruntung.

Ketiga, bahawa engkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang Islam dan menggembirakan hati orang-orang yang beriman, atau engkau menolong orang yang soleh di dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dan ahli-ahli agama dan berulang-alik dalam menunaikan hajat mereka, atau berusaha untuk memberi makanan kepada fakir miskin, atau menziarahi orang sakit, atau menghantar jenazah, maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadat sunat sahaja, kerana amalan yang seperti ini selain sebagai satu ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.

Keempat, jikalau engkau tidak dapat membuat salah satu daripada tiga perkara yang tersebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu, sedangkan orang ramai selamat daripada sebarang gangguanmu, dan mereka juga selamat dari bahaya lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan. Maka dengan itu engkau akan dapat mencapai darjat Ash-habul Yamin, sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As-Sabiqin.

(Imam Al-Ghazali, Badayatul Hidayah, (Terj. Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi))

Monday, 30 January 2012

RUKUN IMAN...

Erti meningkatkan batas-batas keimanan dan keyakinan serta kepercayaan kepada Tuhan.

1. PERCAYA KEPADA TUHAN
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan menolak segala bentuk pemujaan selain Allah S.W.T

2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Dengan Iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.

3. PERCAYA KEPADA KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab Al-Qur'an.

4. PERCAYA KEPADA RASUL
Dengan beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.

5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan, iaitu suatu tempat penentuan kedudukan sama ada di syurga atau neraka.

6. PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak dalam kekuasaan-Nya.

Saturday, 21 January 2012

Sahabatku Buah Hatiku...

Nora, seorang perempuan yang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang dianggap baik baginya namun buruk padahnya. Nora baru dimasukkan ke kolej oleh ibu bapanya. Di situ lah Nora mula mengenal dunia sosial. Selama berada dalam jagaan ibu bapanya, dia seorang yang baik, mendengar kata dan pandai memilih kawan. Namun sebenarnya, Nora sangat bertuah kerana di kolej tersebut, dia mempunyai seorang teman yang baik dan sudi menasihati dan memberi pandangan mana baik dan buruk baginya. Iaitu Nana. Nana sangat bimbang akan Nora yang mula berubah dan mudah sangat terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang akan memudaratkan dirinya. Nana selalu mengambil berat akan diri Nora dan sering bertanya ke mana sahaja Nora hendak pergi (jika bukan keluar bersamanya). Namun, Nora sedikit pun tidak mengerti apa yang dilakukan Nana terhadap dirinya itu adalah satu pengorbanan sebagai seorang sahabat yang menyayanginya. Ceritanya bermula begini...

Nora dan Nana berlainan course, tetapi mereka satu hostel. Sejak bertemu, mereka berdua terus menjadi rapat dan mesra. Setiap hari, mereka pergi dan pulang dari kolej bersama-sama. Di kolej disediakan satu bas khas untuk pelajar-pelajar. Tetapi adakala Nora dan Nana terlambat, jadi mereka kenelah berjalan kaki. Hostel mereka dari kolej tidak lah jauh sangat. Tapi kadangkala mereka lebih suka berjalan dari menaiki bas kerana jika berjalan, mereka boleh berbual panjang. Nora dan Nana tidak pernah kehabisan cerita untuk diceritakan, kerana itu mereka semakin mesra dan akrab.

Pada suatu hari, Nora keluar bersama teman yang sama course dengannya. Mereka itu dikalangan lelaki dan perempuan. Apa yang Nana risaukan adalah kerana mereka semua menghisap rokok. Mereka tidak endah batasan antara lelaki dan perempuan. Jadi, sebelum Nora keluar bersama mereka, Nana berpesan pada Nora "jaga diri baik-baik. Jangan terikut-ikut budaya mereka yang kurang sihat. Kalau yang baik kau ikut, takpe." Begitu lah pesanan Nana buat Nora, sahabat yang disayanginya.

Sebaik sahaja Nora pulang, pelbagai soalan yang ditanyakan oleh Nana. Nana tengok, tiada lah perubahan yang berlaku terhadap Nora. Namun selang beberapa hari, Nora pun mula buat perangai. Dia keluar dan tidak beritahu Nana ingin kemana, Nora hanya berdiam diri dan sikapnya sikit berubah. Tanpa Nora sedar, Nana sebenarnya ketahui bahawa dia mula menghisap rokok dan menghisap syisha. Nana menangis  kesedihan... kerana Nana tidak mahu Nora semakin sosial. Nana tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Nora tidak pulang ke hostel. Nana cuba luahkan pada kawan sehostelnya, iaitu Syafie dan Aina. Syafie kata, "Nora jadi begitu kerana dia terpengaruh dengan kawan-kawannya." Aina pula kata, "Kau janganlah kongkong dia sangat, dia bosan. Tu yang dia memberontak, so dia buat je lah apa yang dia suka." Nana sedih... Nana cuba tanyakan pendapat Syafie dan Aina. "Kalau aku bagitaw mak dia yang dia hisap rokok, boleh tak? sebab tu untuk kebaikan dia! Mak dia pun selalu pesan pada aku, jaga-jagakan Nora ni. kalau dia nakal, marah je... Aku jalankan apa yang mak dia pinta. Aku tak nak Nora menyesal suatu hari nanti." Aina kata, "baik kau jangan masuk campur, nanti dia marah kau. Terus dia diamkan diri dari kau." Syafie pula kata, "Aku tak tahu la Na. Kalau kau rasa terbaik untuk dia, buat lah apa yang patut. Nanti aku cuba lah cakap-cakap dengan si Nora tu."

Tiga hari berlalu, Nora masih belum pulang ke hostel. Nana semakin risau. Jadi Nana ceritakan hal tersebut kepada ibunya. Ibu Nana berkata, "Kalau Nana kawan yang baik buat Nora, cakap pada mak dia sebab nanti dia akan jadi lebih teruk. Nana sanggup tengok kawan Nana rosak kerana Nana? Sebab Nana tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang kawan. Di akhirat nanti akan dipersoalkan taw kenapa kita tak nasihat kawan kita apa yang kita tahu baik baginya." Nana kata, "bukan Nana tak nak bagitaw mak dia, Nana tak nak nanti gaduh dengan dia. Nana tak nak kehilangan dia." (dengan nada sedih) Kemudian ibu Nana berkata, "eh!! mari sini nombor mak Nora, biar ibu yang bagitaw. Kalau makin Nana diam, nanti dia makin menjadi. Siapa nak tolong dia kalau bukan Nana? Mari sini nombor mak dia... Bagi ibu cepat..." Nana dengan situasi yang teragak-agak, tak tahu ingin bagi atau tidak nombor mak Nora kepada ibunya. Nana tak mahu nanti bergaduh dengan Nora. Nana sayangkan Nora.

--> Tapi kawan-kawan... Jika kita sayangkan kawan kita, bukan kita harus biarkan dia terus hanyut dengan perbuatan yang kita tahu buruk padahnya bagi dia. Jadi, kita buat apa yang patut. Kalau cara nasihat tak boleh, cuba beritahu dengan orang yang terdekat dengannya yang mungkin dia akan dengar cakap jika orang itu yang beritahu. Fikirkan yang terbaik untuk dia. <--

Lalu, Nana pun berikan nombor mak Nora kepada ibunya. Ibunya terus telefon dan beritahu perkara sebenar kepada mak Nora. Tiba-tiba, Nora balik dan dia marah-marah. Nana cuba menegurnya, tapi dia diam dan marah-marah, menghempas-hempas barang dan bawa beberapa helai baju dan masukkan ke dalam begnya. Syafie lihat ke arah jendela, rupa-rupanya mak dan ayah Nora datang untuk mengambilnya pulang ke rumah pada setiap hujung minggu. Nana cuba meminta maaf dan cuba menerangkan keadaan sebenar dan ingin beritahu bahawa dia sangat risau akan keadaan Nora yang sebegini. Tapi Nora hanya mengeraskan hatinya dan berlalu pergi. Sebaik sahaja Nora keluar, Nana yang berada di dalam bilik, menangis teresak-esak. Syafie terus masuk ke dalam bilik dan menenangkan Nana. "Dah la Nana, Nora tu kejap je dia marah, dia cakap dia marahlah sebab kau beritahu mak dia." kata Syafie. "Tapi, tu semua untuk kebaikan dia, Syafie. Salah ke aku buat apa yang patut untuk kawan aku? Aku sayangkan dia, korang sanggup tengok kawan korang hanyut dengan gejala sosial yang memudaratkan diri dia? Sanggup tengok orang sekeliling hina dia perempuan tak de maruah? Hisap rokok sesuka hati, berlonggok dengan budak-budak yang tak tentu arah... Sanggup eh korang? Aku tak sanggup la, Syafie.. Sebab aku sayangkan dia sangat-sangat." balas Nana.

Cuti telah pun habis. Nora sudah kembali ke hostel, tapi dia sedikit pun tidak menegur Nana. Tiba sahaja waktu malam, Nora terus keluar bersama kawan-kawannya. Nana sedih kerana Nora tidak menegurnya. Apa yang Nana buat pada masa itu, adalah menulis surat buat Nora. Selesai menulis surat, Nana pergi ke The Mines untuk menyendiri. Surat yang telah ditulisnya tadi diserahkan kepada Syafie dan meminta Syafie memberikan surat itu kepada Nora.

Sebaik sahaja Nana balik dari The Mines, Nora telah pun berada di hostel. Nana cuba untuk menegur Nora, tetapi dia teragak-agak. Namun tanpa berlengah, Nana terus menegur Nora. "Nora, kau marahkan aku lagi ke?" tanya Nana. Nora tersenyum-senyum. Nana kelihatan kehairanan... "Kau dah baca surat yang aku bagi tu?" tanya Nana lagi. "Dah..." jawab Nora. Lalu Nana bersuara, "Nora, aku minta maaf, bukan aku sengaja nak cakap pada mak kau, tapi aku terpaksa. Sebab tu untuk kebaikan kau. Kau tahu kan betapa aku sayangkan kau. Kau tak rasa ke? Kau tak nampak?? Aku sayangkan kau lebih dari kawan-kawan kita yang ada dalam hostel ni taw. Kenapa aku ambil berat sangat-sangat pada kau, pernah tak kau fikir?" sambil tersenyum, Nora berkata, "dah la... dah... ye, aku taw kau sayangkan aku." "abes nape kau tak tegur aku? Nape buat aku macam tu? nape marah-marah? aku sedih taw..." kata Nana dengan nada sedikit sedih... "Alaa..baru sikit, dah sedih.. Ha! lain kali jangan buat lagi..." Kata Nora. "Laa... abes kau yang buat hal. Aku dah tak taw nak buat ape kau tahu tak? assignment aku pun tak siap lagi taw sebab fikirkan kau. Kau sahabat aku, kau tahu tak... Aku sayang kau..." kata Nana. "Sape suruh kau fikirkan aku? buat la assignment tu." Jawab Nora. "Kau ni..tak bersyukur eh ade kawan macam aku, sampai hati ek...?!" Kata Nana dengan nada seakan merajuk. Lalu Nora cuba memujuk dengan nada tertawa... "Hahaa!! dah la... dah... nak merajuk pulak kau ni... tak cute arr... Nanti cek abang kau lari... HEhee... ok, sorry k... aku janji tak buat kau risau lagi... Nana, jom keluar jom, kita tak makan malam lagi ni. Perut aku dah karaoke ni... HUhuuu..." "eee...kau ni.. ade-ade je... ok, jom.. kau belanja eh... Kita nak makan ape ni? Masakan Thai ke, Pizza?" Kata Nana sambil mengusik. "ok, NO hal.. Ni tanda aku minta maaf pada kau lah ni, ye... Jom! Pizza..." kata Nora. Sambil mencubit pipi Nana, Nora berkata, "Ha! Tu dah senyum tu... baru lah comey cek Nana kita ni... Hee..."

"Kawan-kawan, ingatlah bahawa kawan yang baik adalah kawan yang membawa kita ke arah kebaikan. Bukan kawan yang mengajar kita melakukan keburukan dan bukan kawan yang membiarkan kita hanyut dan sesat dalam hidup. Kawan yang baik selalu menegur kita jika kita ade kesilapan. Kawan yang baik juga tidak akan pernah cemburu akan kelebihan kita dan tidak akan menindas jikka ada kelemahan kita. Ingat tu kawan-kawan. Jangan sampai kita tersalah pilih kawan, nanti kita yang rugi taw... Kalau ada mereka yang berkawan dengan kita dengan ikhlas dan sentiasa mengingatkan kita, hargailah ia, kerana perginya takkan kembali lagi. Sebelum terlambat, haruslah beringat..." =)

Friday, 20 January 2012

Kasih Sayang Dalam Persahabatan...

Sekitar jam 5.30 petang, di sebuah taman permainan...

Nana sedang duduk di atas buaian sambil berbuai perlahan ( sedang berfikir ).
Syafie juga sedang duduk di atas buaian bersebelahan dengan Nana.
Aina pula duduk di hujung gelongsor yang berhadapan dengan Nana dan Syafie.

Nana  : Syafie, Aina... korang ada contact Nora lagi tak? Dia ade tak cakap apa-apa pasal aku?

Syafie : Aku ade gak call si Nora tu, tapi dia tak jawab lah.

Aina   : A'ah..aku call pun dia tak jawab.. tak tahu lah kenapa. Kau ade tak call dia Na?

Nana  : Umm... aku dah tak de call dia dah. Last aku call dia awal tahun baru ni sebab aku beritahu dia aku ade hantar surat untuk dia. Tapi aku cakap jangan bagi Ranie baca, kalau Ranie kecik hati aku tak nak tanggung sebab aku dah beritahu jangan bagi dia baca.

Syafie : Kenapa kau tak bagi Ranie baca? Apa yang kau tulis dalam surat tu, Na?

Nana  : Aku luahkan semua yang terpendam kat hati aku. Aku nak dia faham. Aku nak dia tahu betapa aku sayangkan dia sebagai sahabat aku dan rindukan kemesraan yang pernah terjalin antara kami.

Aina   : Na...Na... kau rasa dia bagi Ranie baca ke tak? Kau bukan tak tahu Nora tu...

Syafie : Isyhh !! Kau ni Aina.. Janganlah cakap macam tu, insyaAllah dia tak bagi la si Ranie tu baca. Sebab dia pun nak jaga gak hati Ranie tu.

Nana  : Umm..ntah la, aku dah cakap ape yang patut, kan. Terpulang pada dia lah. Kalau dia amanah, dia takkan bagi la si Ranie tu baca.

Syafie : Ha! betul tu Na. So sekarang, kau jangan lah risau sangat ye.. Dia pun bukan budak kecik lagi, dah besar panjang dah. 

Nana  : Ye Syafie. Dia dah besar, tapi dia tu bila buat keputusan tak pernah nak fikir panjang. Ikut sedap hati dia je.. Kalau dia rasa benda tu puaskan hati dia, buat dia rasa hepi, dia main buat je...ikut je... Padahal benda tu kadang merosakkan dia, merisaukan parent dia dan juga aku. Sebab tu aku risaukan dia, selalu nasihatkan dia.

Aina  : Alahh Na... Dia tahu lah apa dia buat... Tu lah kau, kau terlalu kerap nasihat dan ambil berat tentang dia. Dia bosan arr tu. Dia rasa terkongkong. Bukan kau tak kenal dia tu. Time kat hostel dulu pun kau perasaan dia macam mana, kan.

Nana  : Tapi Aina, aku terkilan dengan perubahan dia tu. 100% dia berubah dengan sewenang-wenangnya?? Sedih la weii.. Sedih.. Korang tak sedih ke dia lupakan kita macam tu je sedangkan antara kita dengan Ranie tu, kita lebih lama berkawan dengan dia taw.. Susah senang, suka duka dengan kita. Tapi bila kenal je dengan Ranie tu, mula berubah sekelip mata.. 

Syafie : Ye lah Na. Dah Ranie tu scandle dia. Kita ni kawan dia je.. Ye bagi dia si Ranie tu lebih penting. Bukan kitorang tak sedih, bukan kitorang tak risaukan dia tu.. Tapi makin kita nasihatkan dia, makin dia melenting. So, better kitorang diam je. Buat pening kepala je nanti. 

Aina  : Na, orang dah lupakan kita, nak buat macam mana lagi.. Penat cakap pun dia tetap dengan pendirian dia kan.. Bukan kita yang minta dia lupakan kita, Na.. Dia yang dengan rela hati lupakan kita. Lebih-lebih lagi engkau! Sahabat dia yang paling akrab, paling rapat dan paling mesra dengan dia. Sahabat yang selalu ambil berat dan nasihatkan dia. Sahabat yang menjadi tempat dia berkongsi suka dan duka, berkongsi cerita.. Pun dia boleh lupa macam tu je? Jangan katakan engkau, kitorang ni pun makan hati dengan sikap dia tu, Na. Tapi kita takleh paksa dia, kan.. Kita sabar lah.. k... Kita biarkan dia dulu..

Syafie : Betul tu Na. Kau bukan tak kenal dia. Kau lah yang paling kenal si Nora tu. Lagipun bukan salah kau. Sebab kau dah cuba jadi sahabat yang terbaik buat dia, cuma dia tak hargai. Walaupun dia lama mendiamkan diri, kau hantar juga surat, kad..pada dia, kan.. Tapi apa dia balas pada kau? xde kan? Dia dah dapat surat tu pun dia senyap je.. Patut ke?? 

Aina  : Eh...!! tak patut, tak patut... Na, mungkin hari ni dia tak nampak usaha dan kasih sayang kau terhadap dia. Sebab kat mata dia tu nampak si Ranie tu je.. Tapi percayalah, Na.. Suatu hari nanti kalau dia sedar, dia akan kesal dengan sikap dia dan dia akan cari kau.. Dia pun manusia biasa. Ada hati, ada perasaan.. Ada rasa rindu.. Cuma sekarang ni dia tengah dibuai mimpi... Kau bagi dia masa, k... Sabar je.. Kau doakan dia, insyaAllah suatu hari nanti Allah akan buka pintu hati dia.. Kan doa seorang sahabat yang tidak diketahui sahabatnya itu akan mudah termakbul... InsyaAllah.. Kau banyak-banyak doakan dia k...

Syafie : A'ah Na... Kau bagi dia masa. Biar dia fikir sejauh mana sangatlah hubungan dia dengan Ranie tu akan kekal. Ranie tu pun perempuan gak macam kita. Kau tengokkan je.. Aku percaya dia pun rindukan kau. Cuma dia dalam keadaan yang tak tahu nak jaga hati siapa dan tak tahu nak lebihkan siapa. Kau kena faham tu..

Nana  : Ye...aku taw... Cuma aku terkilan la... Sebab selama aku berkawan dengan dia, bergurau mesra dengan dia. Bercerita dan meluahkan isi hati aku pada dia. Dengar cerita-cerita dia, isi hati dia. Aku selalu tanya dia, "Nora, kau sayang aku tak? Selama aku kawan dengan kau, ada tak kata-kata aku yang menyakiti hati kau? Ada tak sikap-sikap aku yang wat kau marah? Kalau ada bagitaw aku taw. Jangan kau diam je.. Nanti aku tak tahu. kau kena bagitaw aku sebab apa yang aku cakap dan buat tak semuanya aku sedar, kadang-kadang dalam tak sengaja. Aku tak nak persahabatan kita hilang nanti dan aku tak nak kehilangan kau, kau taw, kan.. banyak kali dah aku cakap pada kau... Aku tak nak lah nanti tiba-tiba kau tak kawan aku." Aku selalu cakap dengan Nora macam tu Syafie, Aina... Tapi korang taw ape yang dia cakap? Dia cakap aku merepek... Dia cakap ngan aku "jangan fikir bukan-bukanlah kau ni... mana ada, tak de lah..." pastu dia ketawa-ketawa korang taw.. aku serius aku cakap.. dia boleh ketawa-ketawa... Last-last korang tengok?? Apa yang jadi?? Mana aku tak terkilan, mana aku tak sedih???

Aina  : umm.. ntah la Na... Tak taw aku nak cakap cane lagi... Si Nora ni memang, aku serius pun dia boleh ketawa-ketawakan.. Sakit je hati kadang cakap dengan dia tu. Tapi dah dia memang jenis macam tu, nak wat cane... kan... 

( Nana melihat ke arah Syafie dengan penuh tanda tanya )

Syafie : Eh! Nape?? Aku lagi lah tak taw nak buat ape wey... Yang terbaik, kita doakan dia je lah... Aku dah penat dah cakap dengan dia... Dia tak makan saman arr... Hehee.. =D

Nana  : Engkau ni Syafie... abes aku nak buat ape? aku pening lah, tolong arr aku... (dengan nada lemah)

Syafie : Buat bodo sudaa Na~ (sambil tersenyum memandang Nana) Makin kau fikir, kau yang stress.. Betul tak? Yang dia kat sana, hepi je... tak pernah pun fikirkan kau. Kalau dia fikirkan kau, dia taw apa yang patut dia lakukan selama ni. Kalau betul dia ikhlas kawan dengan kau dan kalau dia masih sayangkan kau, percayalah...satu hari nanti dia akan cari kau balik. Dia akan sedar suatu hari nanti siapa lebih penting. Ranie ke engkau. Selama dia berkawan dengan kau dan selama dia "couple" (kononnye) dengan si Ranie tu, dia boleh menilai siapa yang terbaik tatkala berada disamping dia, siapa yang menjadi pendengar yang baik untuk dia, siapa yang paling sabar dengan kerenah dia tatkala dia lakukan kesilapan, siapakah teman yang paling setia bersama dia tatkala dia susah dan senang dan siapa teman yang sentiasa cuba membetulkan kesilapan dia dan menasihati dia atas segala kesalahan dia. Siapa yang tak pernah bosan berkawan dengan dia walaupun dia bersikap macam tu... dia akan sedar suatu hari nanti.. kau sabar k... 

Aina  : Dah la, Na... buat pe nak sedih-sedih... hepi-hepikan diri tu... Nanti kesihatan kau terjejas. Nora tak de time ni, kitorangkan ade.. kan2...?? (sambil tersengeh) Kau suka karaoke kan? Nanti de masa kita gi karaoke, nak? 

Syafie : Wo!! lama tak karaoke... best ni.. jom2... Jom Na.. Kat karaoke nanti kau boleh la jerit sekuat-kuat hati kau ye... Legakan hati kau yang gelisah tu...

Nana  : hmm... ade2 je korang ni kan kalau nak amek hati aku... Karaoke lah.. Itu lah, ini lah... Yelah-yelah.. Nanti aku pertimbangkan.. HAHAHAHAA!!!

Aina  : Oitt!! Nak pertimbangkan pulak... kau jangan nak pertimbangkan sangat lah... =P

Nana  : HUHUHUHUUU.... Isyhh..mesti arr aku nak gi... karaoke tu, mane boleh kalau aku tak pergi, kan.. nanti korang bosan.. HAHAHAHAAA!!! >.< 
Eh, korang... da nak maghrib arr... jom balik! Jap lagi ada citer "Perman" arr.. HEHEEE~

Syafie : Adoiii... Perman kau tengok Na? Macam budak-budak lah kau ni...

Nana  : Oii..mesti arr.. aku x pernah missed kot tengok Perman. Best tu... =P

Aina  : Biar lah, Syafie.. Tak lah kawan kita ni muka dia muncung je nanti, kan...

Mereka pun mula beredar dari taman permainan itu... 
Nana hanya mampu bersabar dan mendoakan yang terbaik buat Nora, sahabat yang paling dia sayangi. Semoga Nora akan sedar suatu hari nanti dan semoga persahabatan antara Nana dan Nora akan kembali mesra seperti dahulu...insyaAllah... 

Tuesday, 17 January 2012

Awak, Jangan Cintakan Saya Kalau...

Awak...
Jangan cintakan saya kalau cinta itu lahirnya bukan kerana Allah SWT,
Jangan sayangkan saya kalau sayang itu tak seutuh cinta Nabi kepada Siti Khadijah,
Jangan luahkan pada saya ungkapan itu kalau awak tak tahu apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu,
Jangan pernah katakan, "Saya ingin memiliki awak sebagai permaisuri hidup saya",
Jika awak sebenarnya belum bersedia untuk memikul tanggungjawabnya...
Jangan pernah katakan, "Cinta saya pada awak umpama seluas air di laut",
Jika diri awak tidak dipenuhi dengan IMAN dan TAQWA...
Jangan pernah katakan, "Sayang saya terhadap awak umpama seluas langit yang tersergam indah",
Jika awak tidak pernah bersedia menjadi seorang pemimpin yang baik dalam rumahtangga...
Jangan pernah katakan, "Saya sentiasa rindukan awak, plzz jangan buat saya macam ni",
Jika awak tak pernah renung apa yang perlu awak lakukan bila awak benar-benar inginkan seseorang itu menjadi milik awak...

Awak...
Untuk memiliki seseorang itu supaya menjadi milik awak yang abadi,
Awak wajib tahu, siapa dan apa tanggungjawab awak ketika itu...
Jangan sampai suatu hari nanti, awak lupa dan abaikan kewajipan awak...
Apa yang kita dapat hanya pinjaman dari Allah SWT,
dan kita harus jaga dengan sebaik-baiknya supaya Allah sentiasa meredhai kita,
Bila awak faham dan bersedia untuk hadapi segalanya,
Datanglah untuk bertemu ayah dan bonda agar mereka merestui hubungan kita...
InsyaAllah...berkekalan kebahagiaan yang kita idamkan...

Kisahku... Suatu Masa Dahulu...

Una... Kak Una... Mak 'O'...

Nama yang cukup dikenali di Taman Ria pada masa itu. Dari kalangan budak-budak sehinggalah kalangan dewasa, semua kenal... Tapi, tak hairan lah kenapa ramai yang kenal... sebab, habis semua orang aku tegur tak kira budak ke dewasa. Lebih-lebih lagi, budak-budak...aku pantang nampak budak-budak sebab aku suka nak bermain dengan mereka, bercerita dengan mereka dan mengajar mereka. Bila mereka merajuk, aku lah yang pujuk.. aku belanja diorang makanan ringan. Mungkin sebab tu diorang cerita kat parent diorang. Sampai satu taman kenal aku.. =) Setiap petang, aku akan keluar untuk bermain bersama kawan-kawan. Kadang-kadang main bola sepak, kadang-kadang main rondes, kadang-kadang main kejar-kejar. Bila aku keluar je dari rumah... "kak una..kak una nak gi mana?" "kak una..kak una... nak ikut" "hai kak una..." macam-macam, kan? sume tu budak-budak la... budak-budak yang selalu aku layankan. Semua kawan-kawan aku lelaki, tapi di kalangan semua, aku lah ketua. Boleh di katakan semua budak-budak kat Taman Ria pada masa itu takutkan aku. HAHA !! Tak tahu kenapa, mungkin sebab aku ni banyak idea dan suka bagi arahan. Aku sukakan sesuatu yang teratur, kemas, bersistematik... Tapi mereka tu jenis semberono, tu yang aku tak suka. So, aku atur lah. Dalam masa yang sama, diorang sume ok je.. ikut je apa yang aku cadangkan.. Pada masa tu, aku lah satu-satunya perempuan yang bersifat kelelakian, lasak dan berani di Taman Ria tu. Pantang ada orang buat salah dengan aku, aku gaduh. Ha ! tulah, sape suh cari pasal, tak pasal-pasal kene lah dengan aku. Tapi, kalau diorang baik dengan aku, seribu kali aku baik dengan diorang. So, pandai-pandai lah diorang fikir, kan...

Ha!! panggilan Mak 'O' tu... Abang angkat aku lah yang bagi... pandai-pandai dia jekk. hmm.. Nak tahu nape dia panggil aku Mak 'O' ? Sebab, aku ni kan selalu dikelilingi dengan budak-budak. Asal ada aku, ada lah budak-budak... Asal ada budak-budak, ada lah aku... HUhuu... Diorang ni suka sangat ikut aku nak gi mana-mana. Time aku tengah main bola sepak ke main rondes ke, diorang duduk kat tepi padang tu tengok aku main. Tapi memang seronok lah.. Sampai lah satu masa, tak tahu lah dari mana idea abang angkat aku ni dapat, boleh pulak panggil aku Mak 'O'. Makna Mak 'O' tu ? HAhaa... Makna Mak 'O' tu, Mak 'Orang'... Kenapa dia panggil aku Mak 'Orang' ? Sebab aku selalu jaga budak-budak la... HEhee... Pastu ramai pulakk yang panggil aku Mak 'O'... lebih-lebih lagi kawan-kawan abang angkat aku lah... asal nampak aku je, Mak 'O'... Mak 'O'... Aiyakk!! >.<" ape lah abang angkat aku ni.. Hmm...diorang panggil aku dengan cara gurauan... so, lantak la aku cakap.. janji diorang hepi... Hee... =D

Sebut je una, sape tak kenal... HUhuu... tapi yang paling-paling aku ramah, dengan keluarga Fairuz. Lasak-lasak aku, ganas-ganas aku pun, dalam hati ada taman taw... HAhaa... Nama pun perempuan, kan... Luar dan dalam lain... Ganas, ganas gakk...untuk pertahankan diri. Tapi, kelembutan sebagai seorang wanita tu tetap tersemat di hati ni taw. Aku rapat dengan Mummy sebab aku ada hati dengan Fairuz time tu. Hampir 11 tahun taw aku luahkan perasaan aku pada Fairuz ni, aku tak pernah jemu dan x pernah rasa untuk putus asa. Sebab aku tak ada bukti yang kukuh tuk aku lepaskan dia, macam nampak dia ada girlfriend ke. Aku tahu dia 'playboy', tapi sebab aku ikhlas cintakan dia. Walaupun aku tahu dia teruk, walaupun aku tahu ramai yang tak suka dengan sikap dia yang liar tu. Tapi, aku cintakan dia sebab aku nak nasihatkan dia perlahan-lahan. Tapi, nak wat cane, 11 tahun aku tunggu, jawapan dia tetap sama. Dari darjah 2 sehingga lah aku masuk kolej. Banyak kali aku cuba lupakan dia, tapi tak mampu. Sebab aku terlalu rapat dengan keluarga dia, lebih-lebih lagi dengan anak-anak saudara dia. Tu yang buat aku dekat dengan dia. Masa kat kolej, aku cuba lagi tuk lupakan dia. Tapi masih tak mampu sebab cinta aku terlalu kuat untuknya. Tapi suatu masa, aku dah tak mahu meneruskan cinta yang tak terbalas begitu. Aku pun call kawan baik Fairuz. Aku berbual-bual dengan kawan baik dia, aku tanya "Yin, Jiji dah ada girlfriend ke? cubalah ko cakap kat dia, law tak suka kat aku, jangan lah permainkan cinta aku. Ni tidak, dia layankan aku, nak buat aku ni dalam keadaan tertanya-tanya. Kenapa susah sangat nak dapatkan cinta dia?" Pastu dia cakap, "dah la Na, kau lupakan je dia. Kau ni tak serik-serik ek... Dah bertahun kau tunggu dia, kau tak rasa jemu ke? Kau tak rasa putus asa ke? Dia memang dah ada girlfriend dah Na." Pastu aku cakap kat dia, "Yin.., kalau aku tahu dia dah ada girlfriend, aku tak terhegeh-hegeh kat dia Yin. Masalahnya, dia layankan aku macam dia ada perasaan pada aku. Pastu macam ye-ye suka kat aku. Serabut la aku. Kalau aku ada bukti yang kukuh, aku nampak dengan mata kepala aku yang dia dah ada girlfriend, aku tak hingin nak ganggu dia, Yin. Kau kenal aku dah lama kan? Siapa girlfriend dia? Budak mana?" Yin jawab, "Ye Na, aku kenal kau sangat-sangat.. Camni lah, kau tengok kat fb girlfriend dia. Nanti kau nampak gambar dia dengan girlfriend dia." Aku pun cakap la, "ok Yin, thanx aw.. thanx banyak-banyak ye..."

Haa!! Kalau nak citer, panjang lagi ni... Fail-fail dalam fikiran aku tak tersusun rapi ni. Berserabut kepala aku nak keluarkan satu per satu. HAhaa...

Ya Allah... dengarkanlah bisikan hatiku...

Ya Allah...
Sesungguhnya cinta itu kurniaan dariMu...
Bukan pintaan dari setiap hambaMu,
Bukan juga paksaan yang terlahir dengan sendiri
dari hati dan perasaan setiap hambaMu,
Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang
bermain di benak fikiran dan hati setiap hambaMu...

Ya Allah...
Diri ini telah jatuh cinta...
Dan cinta ini terlahirnya dari hati yang tulus dan ikhlas hanya kerana-Mu,
Engkau tahu Ya Allah siapa dia yang aku maksudkan,
Aku tidak mendambakan kemewahan juga tidak mengharapkan
hadirnya seseorang yang mempunyai nama untuk aku jatuh cinta,
Apa yang ku damba hanyalah keikhlasan dan ketulusan,
Tidak lupa kesetiaan, keimanan juga ketaqwaan,
Kerana itu lebih utama daripada kebendaan duniawi...

Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau lebih tahu bahawa setiap kata-kataku bukan
sekadar manis di bibir untuk sedap didengar di telinga,
Tetapi apa yang tersirat di sebalik kata-kataku adalah apa yang
bermain di hati dan benak fikiranku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya biarpun
hamba-hambaMu tidak mengetahuinya...

Ya Allah...
Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu mana yang baik dan mana yang buruk bagi setiap hambaMu... Dengarlah wahai Tuhanku... jika dia terbaik buat diriku, maka dekatkan ia dengan diriku... Jika dirinya bukan terbaik buat diriku, maka Engkau jauhkanlah ia dari hidupku agar tidak aku diselubungi kekecewaan suatu hari nanti... Hilangkanlah ia dari fikiranku agar tidak aku dihimpiti kesengsaraan suatu hari nanti...Lenyapkanlah bayangannya dari mimpi-mimpiku agar tidak aku diliputi khayalan yang tidak nyata... Hanya padaMu Ya Allah aku memohon... Bantulah hambaMu ini dalam meraih cinta sejati, cinta abadi, cinta hanya kerana Illahi...

Thursday, 12 January 2012

Hakikatnya...

Saat aku mengenalimu,
Terasa bagai ada 1 perasaan yang amat dalam terhadapmu
Bagai ada rasa ingin mengenalimu dengan lebih mesra
Perasaan ini wujud tiba-tiba tanpa dipaksa...

Ketika aku ada berhampiran denganmu,
Aku sering memerhatikan gerak-gerimu
Bukan niat untuk menarik perhatianmu
Tetapi semakin lama perasaan ini
semakin menikam kalbu...

Tatkala aku jauh darimu,
Aku umpama dilamun rindu padamu
Semakin aku cuba untuk melupakan
Semakin kuat perasaan ini terhadapmu
Rindu dan sayang terhadapmu ini semakin
lahir dalam jiwaku...

Andai hari ini kau tahu,
Bahawa cinta yang terlahir dari hatiku hanya buatmu,
Agar dapat engkau mengerti hati dan perasaanku ini,
Ketahuilah sesungguhnya aku tulus mencintaimu,
Sesungguhnya aku ikhlas menyayangimu sepenuh jiwa ragaku...

Ketahuilah sayangku,
Sesungguhnya aku benar-benar menyayangimu,
Sesungguhnya di hatiku hanya dikau aku cintai,
Sesungguhnya aku sentiasa merinduimu,
Sesungguhnya diri ini ingin memiliki dirimu, sayangku...

Kalaulah Awak Mengerti... Mungkinkah ??

Awak...
Awak nak tahu tak...
Sejak kali pertama bertentangan mata dengan awak, saya mula rasa ada satu perasaan yang terlahir dalam hati saya ni pada awak. Saya suka dengan perwatakan awak, cara awak bercakap dan cara pemikiran awak. Saya juga tertarik dengan cara awak yang bersistematik. Jujur saya kata tidak mudah bagi saya untuk jatuh cinta pada seseorang walaupun dia mempunyai rupa paras yang macho atau harta yang banyak. Ataupun, siapa dia pada pandangan orang sekelilingnya. Sebab cinta saya bukan kerana nama, bukan kerana rupa dan bukan kerana harta. Cinta saya ikhlas untuk seseorang yang saya rasa saya selesa bersamanya dan selesa dengan perwatakannya yang serupa dengan pemikiran saya. Kerana itu akan memudahkan saya untuk memahaminya… Awak, setiap kali awak panggil saya, awak pandang dengan pandangan yang manis dan mata awak terpaku lama memandang saya. Membuatkan saya tertanya-tanya adakah dalam hati kita ada rasa yang sama..?? Kalau ikutkan hati saya, apa yang terpendam di lubuk hati saya buat awak ni, ingin saya luahkan pada awak agar awak mengerti supaya saya dapat jawapan dari awak… Kerana saya benar-benar cintakan awak kerana ALLAH… tetapi bila saya fikirkan kembali, apa yang kawan-kawan awak katakan pada saya, selalu terngiang-ngiang di telinga ini. Mereka kata, “awak ni bukan calang-calang orang, kalau nak tambat hati awak, tunjukkan dan buktikan pada awak yang saya ni mampu lakukan seperti awak lakukan. Barulah awak akan pandang saya." mereka kata lagi, "kalau awak nak pilih calon kekasih atau isteri, mestilah awak nak yang setanding dengan awak, takkan lah awak nak pilih yang sebarangan." betul ke awak??
umm.. sebab tu la saya jadi was-was tuk luahkan isi hati saya pada awak. Tapi kalau awak kenal saya, awak akan faham bahawa saya adalah seorang yang akan berterus terang bila jatuh cinta pada seseorang yang membuat cinta saya terpendam padanya. Cuma apa yang buat saya berfikir lama adalah, kata-kata yang dilemparkan oleh mereka-mereka terhadap saya. Tak apalah... Saya percaya pada Allah, jika ada jodoh antara kita, takkan lari kemana. Tapi kalau tak ada jodoh antara kita, saya akan terima dan redha... Sesungguhnya Allah lebih tahu mana baik dan buruk buat hambaNya, kan...

Mungkinkah awak akan terima saya kalau saya luahkan isi hati saya pada awak??
Saya mungkin tak de rupa, mungkin juga tiada harta dan nama...
Tetapi saya ada cinta yang setia, tulus dan ikhlas buat awak...
Apa yang pasti, saya akan cintakan awak kerana Allah dan saya akan
jalankan perintah Allah dan laksanakan tanggungjawab saya dengan baik jika saya menjadi milik awak...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terpendam di lubuk hati saya buat awak walaupun awak tak tahu hari ini...

Wednesday, 11 January 2012

Kawan Atau Lawan

Tatkala aku gembira dan bahagia,
Engkaulah orang yang pertama aku temui
untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan itu,
Namun engkau tidak pernah menghargainya,
Malah engkau lupa dengan sekelip mata...

Tatkala aku berduka dan derita,
Engkau hadir membawa keceriaan untukku,
Namun engkau tidak pernah tulus dan ikhlas
memberi kerana dengan bangga engkau mengungkit semula...

Tatkala aku memerlukan teman untuk bercerita dan
meluahkan segala yang terpendam di lubuk hati ini,
Dengan ceria engkau datang menemuiku,
Namun di sebalik itu, dengan senang hati dan tanpa
rasa bersalah engkau bercerita tentangku kepada orang
lain yang sepatutnya engkau rahsiakan hal demikian...

Sungguh tidak ku sangka engkau sanggup berbuat begitu...
Apakah engkau lupa persahabatan antara kita selama ini
yang membuahkan kemesraan sehingga kita tidak mempedulikan
orang sekeliling yang mengganggu persahabatan itu...
Hari ini, kau kenal seseorang yang kau anggap sebagai kekasih,
namun kau tidak akan dapat memiliki cintanya pun kelak,
tetapi engkau rela merosakkan persahabatan antara kita
yang telah terbina lama...

Mengapakah begitu senang kau melupakan???
Sungguh tidak ku rela dengan perubahan dan
pemergiaanmu, sahabatku...

Antara Impian Dan Ujian...

"Apakah impian kamu?"
"Sudah tercapai ke impian kamu?"

Setiap insan di muka bumi ini mempunyai pelbagai impian dan harapan yang tersendiri. Sedar atau tidak, impian ini lah yang kadang kala memandu kita untuk mencapai apa yang kita mahu dan memberi semangat untuk seseorang itu meneruskan perjalanan sebagai hamba Allah.

Impian yang sering kali kita harapkan kadang kala susah untuk kita laksanakan apatah lagi untuk dicapai. Sedangkan kita telah memiliki satu strategi dan pelan perlaksanaan yang begitu terperinci. Tetapi, mengapa kita masih gagal melaksanakannya? Cuba kita renung kembali, di mana kesilapan kita. Adakah kegagalan ini berpunca daripada Kerapuhan strategi kita ataupun kerana diri kita sendiri?


Namun pada hakikatnya, sebaik manapun strategi yang telah kita susun, seampuh manapun kekuatan yang kita kumpul, sekiranya kita masih gagal kembali kepada Allah, selagi itulah kita akan berada di takuk yang lama. Dalam kita merancang pelbagai impian pada masa hadapan, kita kadang kala terlupa landasan yang sepatutnya kita pilih dalam merealisasikan impian tersebut. Sekiranya kita mempunyai impian untuk menjadi kaya, jalan apa yang perlu dipilih? Adakah jalan pintas yang memberikan kebahagiaan yang singkat atau jalan yang jauh namun membei satu kepuasan? Semua ini adalah pilihan yang Allah telah berikan kepada kita. Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia tetapi Allah turunkan hikmah serta keadilan terhadap sesuatu yang terjadi. Seperti mana firman Allah :

"Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab api neraka."  ( Surah Shad: 27 )


Impian yang tidak dirancang dengan begitu rapi itu sering kali gagal untuk dilaksanakan juga. Ikhtiar demi ikhtiar telah kita cuba namun hakikatnya, usaha itu masih belum membuahkan hasil. Allah tidak akan memakbulkan sesuatu permintaan hambaNya dengan mudah tetapi Allah turunkan pelbagai ujian kepada hambaNya untuk menguji sejauh mana mereka bersama Allah. Ayuh kita renung kembali sirah Rasulullah suatu ketika dahulu. Baginda amat mengimpikan agar Islam terus tersebar ke seluruh pelusuk dunia ini. Tetapi, sepanjang Baginda memperjuangkan Islam, Allah menurunkan pelbagai ujian demi ujian terhadap Baginda sepanjang merealisasikan impiannya untuk melihat Islam terus berkembang ke serata dunia. Allah telah berfirman di dalam Al-Qur'an ;

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka ( dengan ujian yang demikian ), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"   ( Surah Al 'Ankabut : 3 )


Allah menurunkan ujian terhadap hambaNya bukan untuk menggagalkan impian setiap hambaNya tetapi Allah curahkan ujian demi ujian ini untuk melihat sejauh mana pergantungan kita terhadap Allah. Ini adalah tanda bagaimana Allah begitu kasih terhadap kita. Ujian inilah merupakan penghubung yang sangat kuat antara kita denganNya. Kita telah diberikan satu formula yang amat berkesan iaitu "Usaha + Doa + Tawakkal". Ini adalah formula yang terbaik dalam kita memastikan impian kita dapat terlaksana. Adakah kita mempraktikkan ataupun tidak? Lihat kembali diri kita...

Secara konklusinya, setiap insan di muka bumi ini mempunyai 1001 impian dan harapan tetapi impian itu tidak akan dapat dikecapi sekiranya kita tidak kembali kepada Maha Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Setiap impian yang diimpikan itu pastinya akan disulami dengan pelbagai warna ujian daripadaNya dalam memastikan impian yang bakal kita kecapi suatu masa nanti adalah impian yang benar-benar memberikan kenikmatan dan kepuasan yang tidak terhingga. Dan ingatlah, impian yang seharusnya ditanam dan disemai dalam diri kita adalah untuk menjadi seorang muslim / mukmin atau muslimah / mukinah yang baik dan bakal menjadi tetamu Syurga yang kekal abadi kelak. InsyaALLAH ~

Tuesday, 10 January 2012

DUIT atau CINTA ???


Orang kata "Duit bukan segala-galanya,
tetapi segala-galanya memerlukan duit."
Tanpa duit, rumah tangga boleh huru hara,
Tak de duit, adik beradik boleh jadi musuh,
Tanpa duit, kawan semua nak di jadikan lawan,
Tak de duit, hilang keyakinan ???


Tapi, adakah cinta itu setanding dengan duit?
Adakah iman dan taqwa juga boleh digadai
dengan wang ringgit semata-mata untuk
mendapatkan cinta seseorang??
Boleh ke nak beli cinta dengan duit?
Semahal mana cinta korang nak digantikan
dengan wang ringgit?
Adakah sebegitu kecil nilai cinta korang??
Pernahkah korang terfikir sejauh mana
akan kekalnya hubungan cinta itu jika hanya
kerna duit??
Bukankah cinta itu patut di semai dengan kasih sayang?
Bukankah cinta itu seharusnya di beri hanya kerana Allah?

Aku dahagakan kasih sayang yang akan membawa
kepada kebahagiaan dunia sampai akhirat,
Bukan dahagakan wang ringgit sehingga terabai
kasih sayang yang sepatutnya disemaikan bersama...
Tidak berguna duit yang banyak pun jika cinta yang disemai
tidak seikhlas hati...
Tanpa iman di dada, tidak mungkin cinta itu akan kekal
untuk selamanya...

Kadang Kala... Tetapi...

Kadang kala kita terasa dekat dengan seseorang
Tetapi tak tercapai tangan kita untuk menggenggam tangannya
Ada ketika kita terbayang wajahnya di depan mata kita
Pabila kita tersedar rupanya itu hanya lamunan semata-mata...

Kadang kala kita terasa rindu akan seseorang
Rindu yang sangat dalam sehingga ke dasar hati
Tetapi hati kita selalu berkata-kata
Aku takut untuk meluahkan segalanya...

Kadang kala hati kita teringin sangat untuk bersamanya
Untuk sama-sama membina perhubungan yang terindah
Tetapi diri kita takut untuk mendekatinya
Kerana akal kita selalu memberi isyarat yang di sampaikan 
ke dalam hati bahawa kita tidak layak buat dirinya...

Kadang kala hati kita ingin mengambil berat terhadap
orang yang kita sayang walaupun dia tidak menjadi milik kita
Tetapi hati kita selalu berpesan tuk disampaikan pada akal
Kita takut jika perbuatan itu disalah ertikan...

Kadang kala kita rasa dia dekat dengan dirikita
Kerana kita yakin dia tercipta buat diri kita
Tetapi kita lupa, rupa-rupanya kita tidak akan pernah
dekat dengannya malah sering berjauhan darinya
Yang tak mungkin tercapai tangan kita tuk
menggenggam erat tangannya...

Kini, kita hanya mampu kirimkan hati kita
Sabagaipengganti diri kita
Agar ia sentiasa dekat dalam hati kita
Walaupun diri kita tidak muncul di hadapannya...

Monday, 9 January 2012

Sahabatku...dengarkanlah kata hatiku...

Sahabat...
Kau hadir dalam hidupku memberi semangat untuk ku teruskan hidup ini...
Setiap hari yang ku jalani, lalui, harungi, sentiasa bersemangat kerana adanya kamu...
Pernahkah kau terasa apa yang ku rasa terhadap persahabatan kita???

Sahabat...
Aku sangat menyayangi dirimu,
Aku sangat memerlukan dirimu sebagai sahabatku,
Tidak pernah ku benci dirimu, walau aku sentiasa menasihatimu,
Tidak sesekali ku bosan dengan sikapmu walaupun kadangkala kau menyinggung perasaanku,
Tidak akan ku melupakan dirimu walaupun jika persahabatan ini kau anggap remeh...

Sahabat...
Maafkan aku jika diri ini ada menyakiti hatimu,
Maafkan diri ini kerana diri ini selalu sangat menasihatimu tanpa berfikir mungkin engkau akan bosan,
Maafkan diri ini kerana diri ini terlalu kerap mengambil berat akan dirimu tanpa memikirkan mungkin engkau lebih selesa jika "si dia" yang mengambil berat,
Maafkan diri ini kerana diri ini tidak mampu melupakan persahabatan yang terbina antara kita,
Kerana diri ini menyayangi dirimu setulus dan seikhlas hati ini,
Bagiku kau lah satu-satunya sahabat yang memahami, boleh bersama-sama bersamaku tatkala aku susah dan senang bagaimana aku sentiasa bersamamu tatkala kau susah mahupun senang dan kau lah sahabatku...

Sahabat...
Tetapi ternyata sangkaanku selama ini hanya khayalanku belaka,
Kerana engkau tidak pernah memikirkan tentang persahabatan ini seperti mana yang aku fikirkan,
Kerana engkau tidak pernah menyayangi diri ini seperti mana diri ini menyayangi dirimu sebagai sahabatku selama ini...

Maafkan aku, sahabat...
Terima kasih atas pengorbanan kau bersahabat denganku selama ini...
Terima kasih kerana singgah dalam hidup ku dan membina persahabatan yang mesra dan indah selama ini bersama ku...
Terima kasih kerana engkau melupakanku...
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringimu ke mana sahaja engkau pergi...

Aku tetap menyayangimu, sahabatku... :')

Lima 'JANGAN' Dalam Hadapi Masalah

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi
pertolongan dari tempat yang tak terduga, danbarangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya akan
diucukupi segala kebutuhannya (QS Ath-Thalaq: 2-3)

Fitnah, musibah, kekurangan harta, penyakit, penghinaan, adalah sebagian masalah yang akan selalu
menghampiri kita. Ke mana pun kita pergi dan di mana pun kita berada, ia akan selalu turut serta.
Masalahnya, bagaimana sikap kita terhadap masalah tersebut? Inilah yang akan menentukan sukses
tidaknya hidup kita, bahagia atau nestapanya perasaan kita.

Kenyataan pun memperlihatkan ada yang hancur oleh masalah, namun tak sedikit yang berubah menjadi
manusia terhormat, berkah dari masalah yang menimpa. Karena itu, kita harus memiliki pemahaman bahwa
masalah yang menimpa bukan sebagai beban apalagi bencana, namun anggaplah sebagai karunia untuk
meningkatkan ilmu, amal, wawasan, ganjaran, dan kemuliaan di sisi Allah.

Bukankah selama bertahun-tahun sekolah, kita harus menghadapi berbagai macam ujian hingga akhirnya kita
lulus dan dihormati sebagai orang berpendidikan? Kuncinya, bila ingin mendapatkan nilai terbaik, kita harus
mempersiapkan diri dengan belajar dan berlatih terus menerus.

Setelah itu hadapi ujian dengan niat dan cara terbaik agar lulus dengan nilai terbaik. Nah, ketika dihadapkan
pada sebuah masalah, sikap seperti apa yang harus kita ambil? Kuncinya adalah 5 “Jangan” yang akan
membantu mengatasinya:

1. Jangan panik

Saat tertimpa suatu masalah, langkah pertama yang harus kita ambil adalah jangan panik. Kepanikan hanya
akan menambah masalah daripada menyelesaikan masalah. Maka latih diri dan keluarga untuk tenang dan
tidak panik menghadapi situasi segawat apapun.

2. Jangan emosional

Jangan terpancing untuk marah dan bertindak emosional ketika kita dihadapkan pada suatu masalah.
Marah hanya akan memuaskan nafsu, sedangkan nafsu yang tidak terkendali bukan jalan meraih kebenaran
dan kemuliaan hidup. Bukan tidak boleh kita bertindak, yang tidak tidak boleh adalah bertindak secara
emosional.

3. Jangan tergesa-gesa

Tergesa-gesa itu berasal dari setan. Tindakan tergesa-gesa hanya akan menuai penyesalan. Maka
kendalikan diri, jangan ingin cepat-cepat menyelesaikan suatu aktivitas tanpa perhitungan matang. Saat kita
dihadapkan pada masalah yang rumit, segera petakan masalah tersebut, kumpulkan informasi secara BAL
(benar, akurat, dan lengkap). Setelah informasi terkumpul baru kita membuat keputusan dan segera bertindak.

4. Jangan larut mendramatisasi

Sebagian penderitaan yang dialami adalah hasil dramatisasi pikiran kita sendiri. Akibatnya persoalan jadi
tampak gawat, darurat, dan mencekam. Padahal boleh jadi setelah dijalani, masalah tersebut tidak segawat
dan semencekam yang diperkirakan.

5. Jangan putus asa

Masalah akan membuat kita terpuruk dan menjadi hina, bila kita putus asa menghadapinya. Putus asa
terlarang bagi seorang Muslim. Putus asa lahir dari lemahnya ilmu dan keyakinan pada Allah SWT. Ingatlah,
bersama kesulitan pasti ada kemudahan. Dalam QS Al-Insyirah ayat 5-6 diungkapkan bahwa satu kesulitan
selalu diapit oleh dua kemudahan. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan .

Saudaraku, sekali lagi, kita tidak mungkin lepas dari masalah. Maka, amalkan prinsip “LIMA JANGAN” saat
masalah menimpa. Lalu terima dan hadapi masalah ersebut dengan lapang dada, setelah itu jalani sebagai
sebuah proses pembelajaran, kemudian hayati ikmah di balik masalah itu, hingga akhirnya kita bisa
menikmatinya sebagai karunia dari Allah SWT. Wallahu alam.

TEGURAN ITU PENTING…


ORANG yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.”
                Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku dalam pemerintahan kerajaan, dalam syarikat-syarikat, dalam persatuan-persatuan, di sekolah dan di antara kawan-kawan mahupun orang sekeliling. Dalam rumah tangga juga berlaku bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
                Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina, yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak suka ditegur. Sifat manusia yang diketahui ialah hanya bersedia ditegur apabila dia membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B didengari dengan berlapang dada.
                Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya sesetengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut. Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati. Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak atau sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat truly dan hidup.
                Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting di tepi longkang dalam kotak. Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
                Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang oarng lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
                Kata Hukama, “Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita.” Manusia memerlukan ‘cermin’ bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?
                Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai tang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri
                Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya anda telah menuding jari kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.