Thursday, 2 February 2012

Cukupilah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah

ALLAH YANG MAHA PENGASIH PASTI
MEMBERIKAN KEMUDAHAN

Jangan kau berputus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan takdirNya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebusan dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadis ini.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadis riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah. Oleh itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan Al-Qur'an dan sunnah NabiNya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, Komunis ataupun agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan Islam. Sedangkan, anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad S.A.W.. Anda juga termasuk orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah - semoga Allah meredhai mereka semua.

Kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramdhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti dan Muhammad S.A.W. sebagai rasul yang diikuti.

...Bekalan...
Bukan emas permata yang mempercantikkan
anda, melainkan yang mempercantikkan
anda adalah akhlak anda dan kekayaan
anda adalah etika anda.

No comments:

Post a Comment