Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan hamba-hamba al-Rahman ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila disapaoleh orang yang jahil (dengan kata-kata yang kesat) mereka menjawab dengan ucapan yan baik." (Surah al-Furqan 25:63)
Al-Shahid Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilal al-Quran menyatakan bahawa inilah antara ciri pertama ibad al-Rahman atau sifat hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Memberi Rahmat. Mereka berjalan di atas muka bumi dengan penuh rendah hati dan menjaga diri daripada teruja dengan kata-kata yang dilemparkan oleh orang jahil sebagai bukti ketinggian jiwa mereka.
Manakala al-'Allamah Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa antara sifat yang dikehendaki oleh Allah menerusi firmanNya ini adalah supaya menjauhi kesombongan dan keangkuhan, apatah lagi di dunia yang hanya sementara ini.
Menjauhi keangkuhan diri ialah kewajipan bagi setiap hamba. Ia merupakan syarat utama bersama dengan kerendahan hati. Ia seumpama memasukkan keruh ke dalam jernih, maksiat ke dalam taat atau lebih tepat lagi mati ke dalam hidup. Terlalu jelas perbezaannya.
Kerendahan Hati Dua Umar
Ada baiknya penulis menukilankan sebuah kisah bagaimana khalifah Islam kelima, Umar Abdul Aziz menterjemahkan firman Allah ini dalam hidupnya. Ketika seorang tetamu kerajaan mengingatkan kepadanya bahawa api minyak pelita yang digunakan oleh khalifah untuk menulis hampir padam dan seeloknya penjaga mengisinya kembali, Umar menjawab:
"Sekarang, masa bangun bagi penjaga berehat dan tidur."
Kemudian Umar bangun lalu mengisi minyak pelita itu. Perbuatannya itu mengejutkan tetamu tersebut. Kemudian beliau bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, mengapakah tuan sendiri yang melakukannya?"
Dengan perasaan rendah hati, Umar menjawab: "Aku hanyalah Umar walau apa-apa keadaan sekalipun."
Tindakan yang sama diambil oleh Umar al-Khattab.Ketika Urwah bin Zubayr melihat khalifah Islam kedua ini memikul bekas air yang diambil dari kawasan awam, Urwah bertanya: "Mengapakah engkau melakukan pekerjaan sebegini wahai khalifah?"
Umar menjawab: "Ketika para utusan dan delegasi datang kepadaku, mereka tunduk dan patuh terhadap ucapan dan kata-kataku sehingga terkadang muncul benih-benih kesombongan dalam hatiku. Oleh sebab itu, aku ingin menghilangkannya."
Subhanallah! Lihatlah betapa jelasnya kerendahan hati dua Umar ini, walaupun mereka mampu memiliki dunia dan segala isinya. Namun kerana anugerah al-Rahman itulah yang didambakan, maka segala keangkuhan dan kebesaran diri ditundukkan dengan rasa rendah hati.
Perhiasan Akhlak
Lihatlah ketinggian akhlak yang ditunjukkan oleh Ibn Abbas, sepupu Baginda s.a.w. Beliau memegang tali kuda tunggangan Zaid bin Thabit sambil meminta beberapa nasihat buat dirinya. Betapa kerendahan hati beliau terzahir, walaupun kemudiannya Zaid bin Thabit meraih tangannya lalu mengucup untuk memuliakannya. Betapa terserlah pula kerendahan hati Zaid bin Thabit, penulis wahyu Baginda s.a.w. ini.
Renungilah pula sifat rendah hati Abu Hurairah r.a. Bukankah sepanjang menjawat jawatan gebenor Madinah, umat Islam sentiasa melihat beliau memikul muatan kayu untuk dijual bagi memenuhi keperluan keluarganya?
Bahkan Mu'az bin Jabal yang menerima hadiah baju kiriman daripada Umar al-Khattab hasil daripada harta ghanimah telah menjualnya dan hasil jualan itu digunakan untuk membebaskan enam orang hamba sahaya. Ia dilakukan semata-mata kerana kerendahan hati yang menghiasi akhlaknya, walaupun ketika itu Mu'az menjawat jawatan sebagai gabenor di Yaman.
Al-Sheikh Abu al-Qasim dalam al-Risalah al-Qushairiyyah menukilankan satu kisah sifat rendah hati seorang hamba sahaya. Apabila para bangsawan bersetuju meletakkan harga hamba itu dengan bayaran 1000 dirham, hamba itu berkata: "Tuan, sesungguhnya hargaku tidaklah mahal seperti itu. Cukuplah kamu membayar dengan beberapa dirham sahaja dan ketahuilah bahawa akhlak yang ada padaku inilah yang lebih mahal daripada dirham yang telah engkau tetapkan (hargannya)."
Subhanallah! Betapa kerendahan hati telah menghiasi jiwa mereka sehingga menjadi teladan sepanjang zaman. Ia menghidupkan jiwa dan menyuburkan benih-benih kemuliaan dalam mencapai anugerah Allah s.w.t. yang benar di akhirat yang kekal.
Benarlah kata Sufyan al-Thawri: "Sesungguhnya orang yang paling mulia ialah ilmuwan yang zuhud, ahli fiqah yang sufi, orang kaya yang rendah hati, orang fakir yang bersyukur serta pembesar yang sentiasa senyum kepada golongan yang lemah."
Penulis mendoakan agar kita dianugerahkan kerendahan hati yang hakiki kerana di situlah ketinggian jiwa akan tersemai dalam perjalanan menggapai cintaNya. Amin.
Apa yang terkandung di laman blog ini adalah mengisahkan kehidupan. Iaitu mengenai CINTA, AGAMA, MOTIVASI dan PERSAHABATAN. Apa yang saya kongsikan kepada kawan-kawan adalah apa yang saya perolehi daripada pelbagai sumber. Harap dapat dimanfaatkan bersama. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Selamat membaca...
Friday, 17 February 2012
Tegur Menegur Yang Membina...
Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur.
Insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya tidak disedarkan ataupun tiada sesiapa yang menegur kita.Tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya siapa yang menegur.
Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa agak pelik. Lalu mereka bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"
Sayidina Umar menjawab: "Ya, dia peminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar."
Biasanya, manusia tidak suka pada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyak ego itu bergantung kepada bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi manapun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.
Diriwayatkan daripada Tamim al-Dari r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Agama adalah nasihat." Kami pun bertanya: "Untuk siapakah wahai Rasulullah?" Jawab Baginda: "Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan umat Islam." (Riwayat is Muslim)
Orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan sampai dilabelkan sebagai "cakap tiak serupa bikin". Biasanya, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, takut dikecam bak kata pepatah, "bagai ketam mengajar anak berjalan lurus." Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya.
Sesuai Tempat dan Masanya
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran.
Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa niat buruk. Elakkan "memilih bulu" apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.
Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alasan, tiga faktor berikut harus diambil kira:
1. Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
2. Waktu yang sesuai untuk ditegur.
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur.
Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahan dan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.
Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah al-Nahl 16:125)
Mencegah Sebelum Terlambat
Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika perlakuan buruk yang kita lakukan tiada orang yang mengesan dan menegur? Atas apa juga alasan, kita akan meneruskan perbuatan itu tanpa disedari. Jika hari ini ada orang yang menegur perbuatan itu, mungkin kita dapat mengubah, hasilnya nasib kita juga mungkin berubah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiga perbuatan yang yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi, keadaan saling menyedarkan antara satu sama lain dan menyantuni saudaranya (yang memerlukan)." (Riwayat al-Dailami)
Hidup seorang Mikmin seharusnya menjadi cermin kepada Mukmin yang lain. Jika kita melihat suatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam. Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita harus mencegah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Riwayat al-Bukhari)
Marilah kita tegur-menegur sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat. Terimalah teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturrahim antara Mukmin. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka.
Bagaimana Islam Mengajar Kita Apabila Menghadapi Tekanan
Keimanan : Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hambaNya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.
Tadabbur : Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuanNya.
Zikir : Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13:28")
Berimaginasi : Bayangkan keadaan Syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih, dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.
Doa : Beza antara orang Mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.'" (Surah al-Mu'min 40:60)

Thursday, 2 February 2012
Tidaklah Sama Wanita Yang Mukmin Dan Wanita Yang Kafir
CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG KAMI
DAN DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG
Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
dan tiada suatu kesedihan pun dapat
mengembalikan kepadamu sesuatu
yang telah hilang...
Sesungguhnya anda dapat berbahagia dengan melihat satu fenomena saja, iaitu keadaan wanita muslimah di negeri-negeri Islam dan keadaan wanita kafir di negeri-negeri kafir. Wanita muslimah di negeri-negeri Islam bebas beriman, berinfaq, berpuasa, mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya, takut kepada Allah, baik kepada tetangganya dan berkasih sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dia dan baginya adalah ketenangan, keredhaan dan pahala yang besar dariNya.
Sedangkan wanita di negeri kafir, suka mempamerkan kecantikannya, jahiliyyah, naif, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, yang dijajakan di kebanyakan tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa mempunyai kehormatan dan tidak mempunyai agama.
Jadi, bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut, nescaya anda akan merasakan bahawa anda adalah wanita yang paling bahagia, paling tinggi darjatnya dan paling terhormat kedudukannya. Alhamdulillah.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (bersungguh-sungguh) beriman." (Surah Ali-Imran : Ayat 139)
...Bekalan...
Semua orang, baik yang memiliki istana mahupun
yang memiliki rumah sederhana, pasti menjalani
kehidupannya, tetapi siapakah yang
benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidup?
Cukupilah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah
ALLAH YANG MAHA PENGASIH PASTI
MEMBERIKAN KEMUDAHAN
MEMBERIKAN KEMUDAHAN
Jangan kau berputus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan takdirNya?
Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebusan dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadis ini.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadis riwayat Ahmad)
Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah. Oleh itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan Al-Qur'an dan sunnah NabiNya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.
Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, Komunis ataupun agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan Islam. Sedangkan, anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad S.A.W.. Anda juga termasuk orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah - semoga Allah meredhai mereka semua.
Kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramdhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti dan Muhammad S.A.W. sebagai rasul yang diikuti.
...Bekalan...
Bukan emas permata yang mempercantikkan
anda, melainkan yang mempercantikkan
anda adalah akhlak anda dan kekayaan
anda adalah etika anda.
Anda Mempunyai Segudang Nikmat
SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN
ADA KEMUDAHAN
Kelembutan Allah betapa pun lama masanya
terasa bagaikan kerdipan mata
bila mata terpejam
Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman dan setelah malam pasti ada akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam, pelayan dan penolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud dan dalam malam-malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia.
Dan puteri Wahab telah menghadiahkan
kepada umat manusia "Tangan Putih"
(Nabi Muhammad S.A.W.)
(Nabi Muhammad S.A.W.)
yang merangkul bahu semua manusia
Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da'iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berbincang. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan RasulNya yang mulia. Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikuti pembelajaran.
Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, jihab, akhlak yang baik, baik pada tetangga dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakan orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.
...Bekalan...
Esok akan merekah bunga yang harum
baunya mengusir segala kesedihan dan
menjadi penghibur hati.
Wanita Yang Melawan Penindasan
TIADA DAYA UNTUK MENGHINDARI DARI
KEDERHAKAAN DAN TIADA KEKUATAN UNTUK
MELAKUKAN KETAATAN KECUALI DENGAN
PERTOLONGAN ALLAH S.W.T
Apa yang berlalu biarlah berlalu,
cita-cita adalah harapan yang belum pasti,
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.
Perhatikanlah nas-nas syari'at yang terkandung dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang mukmin (berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim." (Surah At-Tahrim : Ayat 11)
Jadi, renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini (Asiyah R.A.) sebagai contoh atau ikutan bagi orang mukmin atau mukminah? Kenapa Allah menjadikannya sebagai model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin mendapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan RasulNya dalam kehidupan?
Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, kerana ternyata dia lebih memilih tinggi di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mengutamakan berdamping (dengan Allah) daripada menempati tempat tinggalnya. Untuk itu, ia rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya, Fir'aun yang berdosa, melampaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dalam istananya yang mewah penuh dengan perhiasan duniawi dan banyaknya para pelayan yang siap melayani semua keperluannya. Dia lebih memilih tempat tinggal yang lebih kekal, lebih indah dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tempat yang telah dijanjikan di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.
Sesungguhnya dia adalah wanita yang agung, di mana keteguhan dan kejujurannya telah mendorongnya untuk menyeru secara terang-terangan kepada suaminya - seorang diktator zalim - dengan kalimah kebenaran dan keimanan. Maka akhirnya, dia pun diseksa kerana mempertahankan keimanannya itu. Kemudian Allah menjadikannya sebagai wanita teladan bagi setiap mukminah hingga hari kiamat. Allah juga mencatat dan memuji namanya dalam Al-Qur'an, serta menyanjung perbuatannya dan menghinakan suaminya yang telah menyimpang dari jalan Allah S.W.T.
...Bekalan...
Di sana ada suatu tempat di barisan terdepan
tetapi menuntut anda untuk menambah peningkatan dan
kesempurnaan dalam setiap perkara yang anda amalkan.
tetapi menuntut anda untuk menambah peningkatan dan
kesempurnaan dalam setiap perkara yang anda amalkan.
Wednesday, 1 February 2012
NASIHAT AL-GHAZALI : AKTIVITI HARIAN
Di antara kira-kira 100 buah buku karangan Imam Al-Ghazali Hujjatul-Islam, terdapat sebuah buku yang berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Melalui buku ini Imam Al-Ghazali menerangkan amalan-amalan atau apakah aktiviti harian yang patut dibuat oleh setiap orang Islam, pada setiap hari dan malam, sepanjang hidupnya. Mengikut Imam Al-Ghazali, inilah satu panduan atau jadual hidup harian yang lengkap, yang patut diamalkan oleh orang setiap orang Islam. Berikut ini disalinkan nasihat Imam Al-Ghazali mengenai aktiviti yang patut dibuat di waktu pagi, selepas solat sunat Dhuha, hingga menjelang waktu gelincir matahari, iaitu masuknya waktu untuk solat fardhu Zuhur:
Ada empat perkara yang boleh dibuat, kata Imam Al-Ghazali.
Pertama, yang terlebih afdal, bahawa engkau habiskan waktumu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat, bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati orang sekrang ini, yang mereka namakannya ilmu manfaat (padahal ia bukan ilmu yang bermanfaat). Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah, dan menambah penglihatanmu terhadap 'aib dirimu, dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadat kepada Allah, dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia, dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat, dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
Dan ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya, sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia menggoda ulama su' dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah, kerana mereka telah membeli dunia dengan agama, dan menjadikan ilmu sebagai alat untuk mengambil harta sultan, memakan harta wakaf, harta anak yatim, harta orang miskin dan harta orang Islam. Si sepanjang hari mereka hanya menghabiskan masa untuk mencari pangkat dan kedudukan di hati manusia. Untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan memperlihatkan kafasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang...
Apabila engkau telah cuba mengamalkan wirid-wirid dan ibadah (yang telah kami sebutkan) dan engkau dapati akan dirimu tidak merasakan sebarang keberatan dan tidak merasa malas melaksanakannya, bahkan nampak pada dirimu minat yang sangat mendorong engkau untuk mencari lagi ilmu yang bermanfaat, dan engkau tidak menghendaki dengan mencari ilmu itu kecuali hanya keredhaan Allah dan negeri akhirat, maka menuntut ilmu ketika itu lebih afdal daripada ibadat-ibadat sunat. Dan yang paling penting hendaklah engkau memastikan keikhlasan niatmu (kerana niatlah yang menentukan nilai amalnmu). Apabila niatmu tidak ikhlas maka di sinilah tempat terpedayanya orang-orang yang jahil dan di sini pula tempat tergelincirnya kaki orang-orang yang cerdik pandai.
Kedua, bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa berbuat ibadat seperti zikir, membaca al-Qur'an, bertasbih dan sembahyang. Maka ini adalah darjat orang yang 'abid dan cara hidup orang yang soleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalam kumpulan orang yang beruntung.
Ketiga, bahawa engkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang Islam dan menggembirakan hati orang-orang yang beriman, atau engkau menolong orang yang soleh di dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dan ahli-ahli agama dan berulang-alik dalam menunaikan hajat mereka, atau berusaha untuk memberi makanan kepada fakir miskin, atau menziarahi orang sakit, atau menghantar jenazah, maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadat sunat sahaja, kerana amalan yang seperti ini selain sebagai satu ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.
Keempat, jikalau engkau tidak dapat membuat salah satu daripada tiga perkara yang tersebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu, sedangkan orang ramai selamat daripada sebarang gangguanmu, dan mereka juga selamat dari bahaya lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan. Maka dengan itu engkau akan dapat mencapai darjat Ash-habul Yamin, sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As-Sabiqin.
(Imam Al-Ghazali, Badayatul Hidayah, (Terj. Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi))

Subscribe to:
Posts (Atom)