Dikau hadir umpama tangan yang menggapai
aku keluar dari kegelapan lalu memberi aku
sinar cinta baru...
Aku berasa bagai tanganmu terletak dalam
hatiku kerana dikau berjaya membuka pintu
hatiku dan dikau umpama berada hampir
di hatiku...
Sayang...
Kuat di hatiku berasa bahawa dikau adalah jodohku...
Dikaulah bakal menjadi ayah kepada anak-anakku
dan juga pemimpin dalam rumahtangga sebagai suami
yang akan ku cintai selamanya...
Sayang...
Sama-samalah kita pertahankan cinta kita,
sama-samalah kita bina kebahagiaan yang
kita impi bersama...
Moga Allah panjangkan jodoh kita,
Moga Allah kuatkan cinta kita, titipkan
kemesraan antara kita, jauhkan kita dari
pihak ketiga yang cuba merosakkan
hubungan kita serta moga kasih sayang
dan kerinduan antara kita semakin bertambah...
Aamiinn...
No comments:
Post a Comment