Thursday, 21 March 2013

Bila Cinta Datang Lagi


Suatu tengah hari di tepi pantai...
Nana tidak tahu apa yang hendak di lakukannya tetapi sebenarnya banyak yang bermain di fikirannya. Luka di hatinya masih terasa perit, hendak di lupa namun ia sering menghantui fikirannya. Namun niatnya tetap kuat diingat. Nana datang ke sini untuk bercuti dan menenangkan fikirannya, bukan untuk menambahkan lagi keperitan hatinya. Sedang Nana berjalan di tepi pantai tanpa memakai kasut, ia bermain dengan pasir pantai itu sambil berkata dalam hatinya, "aku juga insan biasa, manusia yang dikurniakan hati dan perasaan seperti manusia lain, bukan tiada lagi rasa cinta di hati ini, tetapi hati aku ini sukar untuk memberi mereka peluang lagi. Aku serik! hati aku masih sakit dan sukar tuk menerima lelaki hadir dalam hidupku lagi. Aku dah bosan dengar janji-janji manis mereka... benci!! aku sedih... kenapa mereka sanggup berkelakuan begitu sedangkan aku benar-benar sayang dan cintakan dia. Aku jaga dia, ambil berat tentang dia, tapi macam tu yang mereka balas. Aku benci...mereka ambil kesempatan atas kebaikan dan kelembutan aku. Mereka ingat mereka siapa? Mereka ingat aku ni ape???" menitis sedikit demi sedikit airmata Nana lalu di sapu dengan jari tangannya. "Kali ni, aku takkan beri mereka peluang lagi, selagi aku tak berpuas hati dengan tindakan dan cinta mereka terhadap aku. Kalau lah ada antara mereka yang terus masuk meminang aku, lagi senang, malas aku nak fikir panjang. Aku terima je terus. Kalau tu terbaik buat aku, sape tahu. Hummm.. aku hanya mampu bercakap, Allah juga yang menentukan dan DIA juga yang tahu mana yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Tapi aku percaya pada Allah kerana DIA MAHA ADIL dan MAHA PENYAYNG...." sambung Nana lagi dalam hati kecilnya. Sambil berjalan menuju ke arah sebatang pokok, Nana menundukkan kepala sambil berjalan perlahan, Tiba-tiba ada bayang-bayang semakin hampir dengannya, Nana terus mengangkat kepalanya, dalam hatinya bersuara sedikit kasar, "lelaki lagi! huhh!!" mukanya sedikit masam. Lelaki itu kehairanan dan rasa sedikit bersalah lalu berkata, "emm.. sorry.." dan dilemparkan sedikit senyuman. Nana yang kesedihan tidak menghairankan kata-kata lelaki itu terus berlalu pergi pulang ke biliknya. Nana yang kehilangan mood, terus masuk ke dalam biliknya dan menerkap mukanya dengan bantal dan cuba untuk melupakan kejadian tadi. "Aku mesti kuatkan hati aku.. Jangan nak lembut sangat. Biarpun banyak dugaan yang datang, itu hanya gangguan tuk menarik perhatian aku.. aku kene kuat!!" kata Nana dalam hatinya. "Aku kene kuatkan pendirian aku, jangan nak layankan sangat emosi ni.. argghhh!!" jerit Nana perlahan sambil menutup mukanya. Amir yang masih blur-blur hairan dengan sikap Nana. "aik! marah... apa salah aku? umm..." Amir tertanya-tanya dalam hatinya.Lalu Amir pun terus berlalu pulang ke chelet sambil berfikir lagi tentang perempuan itu, Amir Haikal mengambil air lalu duduk bersebelahan dengan pekerjanya, juga kawan baiknya iaitu Fairuz. "Kau ni kenapa Mir? Resah, gelisah je aku tengok?" tanya Fairuz kepada kawannya itu. "umm...tadi aku terserempak dengan seorang perempuan ni, aku tengok dia macam baru lepas menangis, pastu aku nak terlanggar dia, tak langgar lagi pun, dia marah. Aku senyum dia tak balas, aku say sorry pun dia buat deq je.." "Kau ke mana tadi Mir?" tanya Fairuz lagi. "Aku ke tepi pantai tadi, ronda-ronda sana, tengok kawasan bersih tak.. tu yang terserempak dengan dia kat situ." jawab Amir sambil memandang ke arah luar jendela pejabatnya. "humm... so, kenapa kau nak fikirkan sangat tentang perempuan tu? dia gaduh ngan boyfriend dia kot, tak pun, suami dia.." kata Fairuz sambil tersengeh dan ketawa kecil melihat Amir. Sambil bangun dari tempat duduknya, Amir pergi ke arah komputer yang berada di atas meja pejabatnya berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan Fairuz tadi sambil tersenyum kecil. Fairuz yang memandang tindak tanduk Amir itu kelihatan sedikit bosan kerana sudah tahu sangat sikap kawannya itu lalu dia bersuara, "kau saja, kan buat tak dengar. Aku cakap ni sebab tak mahu la kau terjatuh hati pada girlfriend orang, parah nanti Mir." "iye encik Fairuz.. huhuu.. saya dengar. baiklah. hahaha!!! tapi serius la, dia comel. huhuu.." balas Amir dengan selamba. Amir menyambung lagi, "Baiklah encik Fairuz, saya ada kerja yang perlu dilaksanakan. Encik jangan duduk sahaja ye. Tolong tengok-tengokkan tetamu kita kalau-kalau ada yang memerlukan bantuan."sambil tersenyum manis, Amir pun beredar dari pejabatnya. "humm... Amir..Amir..." kata Fairuz dalam hatinya. "Baaaaikkk boooossss.." jawab Fairuz kepada Amir sambil tersengeh-sengeh. Amir dan Fairuz memang sering bergurau untuk menghiburkan hati masing-masing. Walaupun Amir itu bos kepada Fairuz, tetapi bagi Amir, Fairuzlah kawan yang sentiasa ada bersamanya tatkala ia jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan sehinggakan dia mengganggap Fairuz itu bagaikan saudara kembarnya kerana mereka sama usia.

Selepas menunaikan solat zohor, Amir pulang ke biliknya dan menyalin pakaian. Selepas menyempurnakan kerjanya di chelet, Amir menuju ke tepi pantai. Dia duduk di bawah sebatang pokok yang tersedianya tempat berehat. Amir yang sedang membuat sedikit senaman ringan sebelum melabuhkan badannya di tempat berehat itu, dia terlihat seorang gadis sedang duduk berdekatan dengan tempatnya dan gadis itu sedang menulis. Amir cuba memerhatikan dan merenung ke arah gadis itu sambil berkata dalam hatinya, "macam aku pernah nampak la perempuan ni. Tapi kat mana ye?" sambil memejamkan matanya, jari telunjuknya diletakkan di atas dahi. Tiba-tiba Amir membuka matanya dan bersuara perlahan, "Ha! dia la yang aku terserempak kat pantai ni tadi." Lalu Amir pun cuba memanggil gadis itu, "awak! awak! ohhhh... awak yang tengah menulis pakai baju warna coklat tu!" sambil tertawa kecil, Amir melihat Nana. Nana yang mencari arah suara itu, terpandang ke arah Amir dengan sedikit perasaan marah dan mengerutkan dahinya, matanya dikecilkan lalu Nana berkata dengan nada sedikit kasar, "kau nak ape? tak boleh diam eh?" "oppsss... garangnya.." kata Amir. "Dah macam ape, terjerit-jerit. mengganggu konsentrasi aku nak cari ilham!" Nana berleter sendirian. Tetapi Amir memberanikan diri untuk pergi berdekatan dengan Nana. Lalu Amir pun bangun dan menuju ke arah Nana. Sampai sahaja di hadapan Nana, Amir beranikan diri untuk menegurnya, "Hai awak, kenapa garang sangat? Siapa nama?" Nana yang cuba tidak melayan, berkata dalam hati kecilnya, "Mamat ni saja cari penyakit, nak kene maki ngan aku ke ape!" Amir cuba menegur lagi, "Awak! saya cakap dengan awak ni. Nana sedikit pun tidak bersuara malah dia teruskan menulis tanpa menghiraukan Amir yang berada di hadapannya. Lalu Amir bertanya, "Boleh saya duduk sini?" Tiba-tiba Nana menyahut, "tak ada tempat lain ke kau nak duduk ha?!" "uihhh... garangnya... tapi saya nak duduk sini sebab saya nak kawan dengan awak. Boleh tak?" jawab Amir lancar yang sebenarnya sedikit gentar. Dalam hatinya turut bersuara, "uihh...tak pernah aku jumpa perempuan garang macam ni la.. tapi sweet la minah ni.. hahaha" Amir sedikit tersenyum sambil melihat ke arah Nana. Nana yang berasa ingin marah, cuba menahan. Dalam hati kecilnya bersuara, "Mamat ni kenapa ha?! Heii!! kalau ikutkan hati aku, nak aje aku jerit kuat-kuat bagi dia faham. Tapi tak faham-faham jugak. Aku dah marah-marah pun, tak reti nak bla.. tak nampak ke buat tak layan.. huhh!!" "Awak, saya duduk taw!" kata Amir sambil memandang Nana. Nana sedikit pun tidak menoleh ke arah Amir. "Lantak kau lah..." kata hati Nana.

Suasana sepi seketika... 

Nana yang mendiamkan diri terus menyambung menulis puisi-puisinya. Amir juga tidak tahu apa yang haris di mulakan lalu Amir menggapai kayu di tepinya dan diconteng pasir-pasir di tepi dan depannya. Nana yang mencuri-curi melihat tingkah laku Amir, sedikit tersenyum dan ketawa sambil hatinya berkata, "Mamat ni macam budak-budak la. humm..." Amir yang perasan Nana tersenyum berpura-pura tidak perasan. Bermacam cara Amir lakukan untuk membuat Nana bersuara kerana dia juga tidak tahu apa yang harus dimulakan. Lalu Amir berdiri dan cuba menyanyi dengan lagu yang dia cipta sendiri dengan spontan dengan kelakuan-kelakuan yang melucukan, "saya mahu kawan kamu...kenapa kamu diam saja... apa yang saya harus kata... saya juga pening kepala..." Nana tersenyum mendengar dan melihat gelagat Amir. Amir juga tertawa sendiri dengan kelakuan dan kata-katanya. Lalu dia menyambung lagi, "awak jangan diam saja... saya buntu bagai apa... tolonglah cakap dengan saya... nanti saya mula suka..." Nana mengalihkan pandangannya, lalu dia tertawa kecil. Amir yang tersenyum melihat Nana mula menegurnya, "Ha! Macam tu la.. senyum... baru comel.." Nana sedikit tersenyum memandang ke arah Amir. Nana tidak tahu apa yang ingin di katakan. Amir meneruskan percakapannya, "awak, nama awak ni siapa? buat apa kat sini sorang-sorang?" Nana menarik nafas panjang, sambil memandang Amir lalu dia bersuara, "Nama saya Amira Husna. Panggil saya Nana je. Saya suka duduk tepi pantai ni, tenang je. Tenteram jiwa. Tapi bila datang orang yang wat kacau, terpekik-pekik, tu yang wat saya tension tu." Nana ketawa sinis. Amir kusyuk mendengar kata-kata Nana, termenung seketika melihat wajah Nana. "woi!!" tiba-tiba Nana menjerit ke arah Amir kerana melihat Amir bagaikan tidak berganjang merenung ke arahnya. Amir yang terperanjat, bagaikan terbangun dari lamunan yang terhenti, "ha... ye-ye.. saya.." Amir sedikit gelabah dan suaranya sedikit gentar kerana takut dimarahi Nana. Amir menarik nafas panjang dan memandang ke arah Nana sambil berkata, "ye awak... saya dengar. Humm... Nama awak cantik, tapi kan, saya suka kalau panggil awak Amira... Sebab comel, macam tuannya." Amir tersenyum manis. "Eh! lupa pulak... nama saya, Amir Haikal. Panggil saya Amir. hehee." sambung Amir lagi. Nana Memandang ke arah Amir sambil mengatakan sesuatu dalam hatinya, "patut la suka panggil aku Amira bagai...nama dia Amir rupanya. huhh!! poyo jekk.." Nana hanya tersenyum. Lalu Nana bersuara sambil menutup bukunya yang berada di atas ribanya dan diletakkan di belakangnya, "Panggil saya Nana je. Saya suka nama saya. humm..." "ok. Awak, apa yang awak tulis dalam buku awak tu? dari tadi saya nampak awak asyik menulis je. Awak suka menulis aeh? Nak baca apa yang awak tulis, boleh?" tanya Amir kepada Nana sambil tersenyum. Nana mengerutkan dahinya lalu berkata, "umm... ye, saya suka menulis. Tapi awak tak boleh baca. Sorry.." "sibuk je nak baca"sambung Nana dalam hatinya sambil tersenyum. "ummm...awak, kenapa tadi garang sangat? tak comel. hehee... kalau macam ni, baru comel.. cakap baik-baik je." kata Amir mengusik Nana. Nana yang bosan mendengar kata-kata manis sebegitu berkata dalam hatinya, "hiyuuu... perit telinga aku dengar, manis kat luar pahit kat dalam." "Awak ni duduk kat mana?" tanya Amir lagi cuba untuk tidak menyepikan suasana. "Saya tinggal di Selangor. Ni datang bercuti kat chelet ni" jawab Nana sambil mengambil telefon bimbit dari poket seluarnya. Amir yang berasa ingin tahu lebih lanjut tentang gadis itu bertanya lagi, "awak datang dengan siapa? umur awak ni berapa ek?" Nana memandang ke arah Amir dan bersuara di hati kecilnya, "Ni mesti tektik nak dekatkan diri dengan aku ni. hummm..." sambil dia menjawab soalan Amir, "Saya datang sorang je. Umur saya 22 tahun. awak ni banyak tanya lah. yang awak tu, datang sini dengan siapa? umur berapa? tinggal mana?" bertalu-talu soalan yang dikemukakan oleh Nana. "Mak oii!! banyaknye soalan."kata hati Amir. Sambil tersenyum, Amir menjawab, "Hehee.. umur saya 23, saya tinggal kat Kuala lumpur. oh!! saya datang bercuti jugak kat sini, saya datang sorang jugak." Amir cuba menyembunyikan identitinya yang sebenar. "umm... awak, dah nak masuk waktu asar ni, saya nak minta diri dulu, kalau ada masa kita jumpa lagi, boleh kan?" kata Amir sambil tersengeh-sengeh. Amir pun bangun dari tempat duduknya dan mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya."umm...awak, minta nombor telefon, boleh?" tanya Amir kepada Nana sambil memandang Nana dengan penuh tanda tanya. Nana terus memandang Amir lalu berkata, "tak boleh." "humm?? boleh la.. bukan saya buat apa pun, nak nombor telefon je. Nanti nak jumpa macam mana kalau tidak." pujuk Amir. "Ada ke saya kata saya nak jumpa awak lagi? humm...?" tanya Nana kepada Amir sambil memandang Amir dengan dahi yang berkerut. Hati kecil Amir berkata, "eeee... kedekut. Nak kawan pun payah. tak pe, tak pe..." Amir hanya tersenyum sambil menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar, dia berkata, "ok... tak apa... lalalalalaa~~ ok lah awak... jumpa lagi, insyaAllah. Assalamualaikum." sambil tersenyum melihat Nana, di fikiran Amir terus teringatkan kawan baiknya, "Fairuz!" Nana hanya menjawab "waalaikumussalam." Nana juga ingin berlalu pergi pulang ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu asar.

Sampai sahaja di kantin chelet, Amir terus menghubungi Fairuz sambil mengambil minuman dan mendapatkan tempat untuk duduk, "Fairuz, kau kat mana tu? datang jumpa aku sekarang! kat kantin taw. Aku tunggu kau kat sini, jangan lambat ye." Fairuz yang sedang mengajar salah seorang pekerja baru, terpaksa menunda kerjanya gara-gara panggilan yang agak kecemasan dari kawan baiknya itu. "Hmm... Eiz, esok saya sambung ajar ye. bos panggil ni." kata Fairuz kepada pekerjanya. "baiklah encik Fairuz, jadi sekarang saya boleh rehat la, ye?" tanya Eiz kepada Fairuz. "Boleh. Esok datang jumpa saya jam 9 pagi ye." kata Fairuz lagi mengingatkan Eiz. "Baiklah encik Fairuz, saya minta diri dulu." Fairuz pun terus berlalu mendapatkan Amir. Amir yang sedang menunggu ketibaan Fairuz, pergi mengambil kuih-muih yang disediakan. Baru sahaja Amir hendak melabuhkan punggungnya ke kerusi, Fairuz tiba dengan tergesa-gesa. "Kau ni kenapa? kau berlari eh?" tanya Amir kepada Fairuz sambil melihat ke arah Fairuz. "Ye la... dah tu aku dengar suara kau macam panggilan cemas je." kata Fairuz. "Hahahaha.. apa lah kau ni. Aku cuma nak minta tolong kau. Wah! bukan main kawan baik aku ni. Bagus lah kau ni." kata Amir sambil meleket-leket ketawa memikirkan Fairuz. "Kau ni saja, kan.. ok2.. stop it! humm.. kau nak aku tolong ape?" kata Fairuz dan bersedia tuk menolong Amir. "Macam ni, tadi aku nak ronda dekat pantai tu, aku ternampak perempuan tu lagi tau. Aku dah kenal-kenal dah.. tapi tak kenal banyak sebab masa pun dah suntuk, kan. aku minta nombor telefon dia, dia tak bagi. kau tolong aku." kata Amir dengan penuh semangat. "Ha!!! kalau bab-bab ni, aku takmo eh! takkan kau nak suruh aku jumpa dia, tektik apa kau nak buat ni.. taknak la bro... aku takut lah..." kata Fairuz. "Alah... kau janganlah takut, aku tak suruh buat apa pun, aku cuma nak kau cari nombor telefon dia kat sistem komputer pejabat. Tempat dia berdaftar masuk. Dia comel taw der. Dia baik, tapi garang sikit. Aku rasa dia ada masalah tu, tu yang camtu.. Sebab aku bual ngan dia, dia ok je... humm... tu yang aku nak kenal ngan dia. kau carikan, eh? Nama dia, Amira Husna." Amir memujuk Fairuz dan menceritakan hasrat hatinya. "umm...ok... nanti aku try cari k." kata Fairuz. "eh!! umm.. takpe lah, kau cari nombor dia dulu.. nanti aku cerita lagi." aku nak gi solat asar dulu. nanti jumpa aku kat pejabat aku k." kata Amir sambil tersenyum-senyum dan menyambung lagi, "thank you bro.. sayang kau.. huhuu.." "ishh.. ok2.. aku tolong.. demi kawan baik aku ni.. humm..." kata Fairuz sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment