Apa yang terkandung di laman blog ini adalah mengisahkan kehidupan. Iaitu mengenai CINTA, AGAMA, MOTIVASI dan PERSAHABATAN. Apa yang saya kongsikan kepada kawan-kawan adalah apa yang saya perolehi daripada pelbagai sumber. Harap dapat dimanfaatkan bersama. Yang baik sama-sama kita jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Selamat membaca...
Sunday, 3 February 2013
Satu Antara Dua...
Aku bekerja di restoran yang terkemuka di Dunia ni. Amat terkenal dan aku bekerja di cawangannya yang berada di Seri Kembangan. Kat tempat kerja aku ni, ramai sangat staff. sampai staff pun tak tahu nak buat ape, tapi ramai yang tak berkualiti ( kecuali aku ). haha! tapi serius.. aku tak boleh duduk diam. mesti nak cari kerja kalau tak de customer. Kat tempat kerja aku ni, ade 4 department. aku kerja kat department mengambil order customer. Ada seorang lelaki ni, dia kerja kat department tolong buat order dari department aku. Dia ni senyap je... cakap bile perlu je. macam aku gak.. hehee~ aku jadi segan nak berbual ngan dia, sebab macam malu. Kat tempat kerja aku, staff-staffnya mulut semua macam "puaka" (tu kata budak-budak tu la)... tapi, aku tetap steady.. jadi diri sendiri.. tak ikut rentak, cara dan percakapan diorang. sebab aku malu nak cakap benda-benda yang menggelikan..huhuu... aku ni, kira rajinla... kalau boleh semua keje aku nak buat.. sebab itu memang sifat aku. bila nama nya kerja, aku akan betul-betul bekerja. penuh dengan disiplin dan dedikasi. itu diri aku la... aku tak bohong... mungkin sebab tu, ramai staff-staff lelaki yang "suke" la kat aku. Ade yang dah berpunya pun, still kadang-kadang dalam diam tengok aku, cakap pasal aku sesama diorang. aku nampak dan dengar, tapi aku wat dunn0 je... salah satunye, lelaki yang aku kata kan tadi. dia kerja kat department tolong buatkan order aku. aku tengok, tiap kali aku tanya order, dia akan cepat-cepat cari dan beritahu ade ke tak order tu, then bila perlu cakap dengan aku tu, cara dia tengok aku, wat aku betul-betul nampak macam dia ade feeling pada aku... tapi dia malu or takut... ade sekali tu, aku minta order, order tu takde... Sementara dia tengokkan order tu, aku tunggu kat sebelah hujung dan tunggu dia, then dia pusing la belakang, pandang aku... dia just perlu kata "order habis, tengah masak".. tapi, dia termenung jap dalam 5 saat dia pandang aku dengan pandangan yang dari mata turun ke hati la.. baru dia cakap "order tengah masak, 20 minit..."aduhhh... aku dah la ade feeling pada dia, dia wat aku camni... hati aku macam nak jatuh time tu... dan jugak setiap kali aku tanya dan minta order, begitu lah reaksi dia.. dengan cara pandangan pada aku... tapi bila time busy xleh pandang lama-lama, tapi dia berusaha tuk jawab dan buat order aku dengan cepat... ade sekali tu, dia ke depan department aku, dia cari barang, time tu aku tengah buat order customer... Tapi aku perasaan mata dia pandang sikit pada aku. Sebelah dia sebelah sana ade seorang staff lagi, pangkat akak-akak la.. akak tu perasan kot dia toleh tengok aku, then aku terdengar akak tu cakap pada dia camni sambil dia senyum-senyum ada makna pada lelaki tu, "kalau nak kawan, kawan je la... jangan malu-malu..." pastu aku nampak dia ke belakang then dia ade cakap something kat akak tu, then aku tanya akak tu, ape yang dia cakap tadi... akak tu cakap, "eh! takde la... aku menyanyi tadi".. ha! ye lah menyanyi.. aku nak tanya pasal lelaki tu pada akak tu, tapi aku takut dia buka mulut.. nanti...habis satu store kecoh... hmmm~ so, macam ni je la... dia tak tahu ape feeling aku pada dia dan aku tak tahu ape feeling dia pada aku... sebab maseng-maseng malu... bila dia buat kerja sorang-sorang kat belakang, then time tu ku kene refill barang-barang, basuh barang-barang, aku terpaksalah bersama dia kat belakang tu... dia betul lah! ade tanda2 macam ade feeling pada aku... tapi aku tak tahu...
Yang wat aku aku sedih... aku dah berpunya... aku sayangkan bf aku... tapi dalam masa yang sama, dia wat aku dalam dilema... sebab dia sentiasa ade bersama aku, depan mata aku.. walaupun tak berbual... bf aku pulak, jauh dari sisi aku apa lagi dari pandangan mata aku... umm... dan, lelaki tu, umur dia baru 19 tahun... tapi matured sangat muka dan perangai dia.. tu yang wat aku suka... ok... aku dah ade bf, tapi aku belum berkahwin... tapi aku sayang dia... dalam masa yang sama, aku ade feeling pada lelaki ni, tapi dia bawah umur aku... harrrggghhh... :-/
Ohh!! Tuhan... Ya Allah, tolong hambaMu ini... dalam memilih satu antara dua, Engkau tahu mana yang terbaik buatku, sape yang layak jadi suami idaman kalbuku dan sape yang layak jadi kawan terbaik buatku... Sesungguhnya apa yang Kau catatkan buatku adalah terbaik buatku... Aku terima segalanya dengan redha, Ya Allah... semoga semua itu tidak akan menjauhkan aku dari mereka...asal saja itu terbaik buat diriku.. AMIN YA RABBAL 'ALAMINN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment