Friday, 1 February 2013

Kau Bukan Milikku Lagi...


Ogos 2012

             Tarikh keramat ini membuktikan tamatnya perhubungan antara aku dengannya... Bukan ku pinta, namun itu yang ia mahu... Janji-janjinya hanya palsu belaka. Baru sahaja sambung belajar di Melaka ia sudah berubah hati. Tidak sampai sebulan..malah tidak sampai pun 3minggu, cara dia mesej aku sudah berubah. Kata-katanya terhadapku sudah lain dan ada sahaja alasan dan kesalahan yang sebenarnya tiada kesalahan pun yang dia cari untuk menjadikan satu isu yang besar sehingga tercetusnya satu perbalahan. Namun aku hanya berdiam dan tidak melawan... aku tidak mencari kesalahannya dan aku hanya melihat apakah penghujungnya... ternyata dia berubah dengan sekelip mata.. ku tahu kerana apa... Dia sambung belajar dan di sana ramai wanita yang dikenalinya.... dan kerana itu dia tidak tahan melihat dan ingin sentiasa bersama.

            Bila aku tanya, mengapa kata-katanya sekarang tidak sama dengan dahulu dan mengapa layanannya terhadapku kini amat berbeda dengan dahulu, dia cuba mengelak dari jawab soalan itu. pernah dahulu ku pesan, jangan kau ungkap jika kau tak mampu pertahankan hubungan itu, tetapi dia cuba juga tuk cabar kesetiaanku.. Aku hampa dengan setiap tingkah lakunya dan setiap kata-kata manisnya yang hanya di bibirnya sahaja masih terngiang-ngiang di telinga lalu ku cuba tepis agar tidak hatiku menjadi luka dan parah. Lalu aku dengan rendah hati menarik diri dan meminta agar dia melepaskanku dengan cara baik sepertimana dia meminta aku menjadi miliknya ketika dahulu dengan cara seperti itu.

           Kerana itu, kerana dirinya...aku tiada perasaan terhadap mereka yang bergelar lelaki... kerana aku tidak mahu hatiku dilukai kembali... setelah ku ubati lukaku sendiri, ku mencari sesuatu yang boleh menghiburkan hatiku dan saat itu aku nekad tidak mahu menerima sesiapa lagi dalam hatiku... tidak mahu ada sesiapa lagi mengusik hatiku... Tetapi saat itulah Allah menguji aku dengan pelbagai ragam lelaki yang cuba menarik perhatianku sehingga aku menjadi seorang yang akan marah bila lelaki bermanis mulut dan bergurau soal hati dan perasaan...

Semua kerana dia... dia yang pernah aku sayang menjadi seorang yang sangat aku benci untuk memandangnya... kerana janji yang pernah dikatakan tidak dikotakan... Umpama membiarkan benih yang ditanam tanpa menyemai dan menyiramnya agar ia subur dan mekar dengan indah...

No comments:

Post a Comment