Sedang aku asyik menaip tentang cerita yang aku reka di komputer aku, tiba-tiba... aku dapat mesej dari satu nombor yang tidak ku kenali. Masuk ni da 3 kali dia mesej aku.. sebelum-sebelum ni, aku tak layan.. sebab aku tak kenal... dan aku tak mahu dia antara kawan kepada ex-bf aku. dia mesej lagi, dia kata, "Nak kenal boleh?" aku pun ambil keputusan tuk balas mesej dia, aku jawab, "Assalamualaikum. sape ni? mane dapat nombor saya ek?" dia jawab, "Waalaikumussalam. Saya Sahrul. Saya main tekan-tekan je nombor awak ni.. macam ni lah awak bila takde keje.." mula-mula dia cakap macam tu, aku rasa macam... "hmm~ malas nak layan..." bukan ape.. aku fikir balik, abes andai kata, dalam masa yang sama dia main tekan-tekan dalam 2/3 nombor?? kalau semua perempuan? semua dia layan la.. aku tak suke lelaki camtu...
aku pun cakap la, "ohh...kalau tekan nombor tu lelaki?" dia kata, "saya tak layan la." "oh!! macam tu? awak tak keje ke?" aku tanya dia. dia jawab lagi, "yela.. hehe~ saya baru lepas excident..dapat MC. Nama awak sape?" aku tak jawab soalan dia.. hahaa... pastu aku terus tanya dia, "awak tinggal katne?" dia jawab, "saya tinggal kat Semerah, Batu Pahat." bila dia cakap Batu Pahat je, aku terus fikir... antara ex-bf aku atau pun kawan baik aku ( Finaz ) yang bagi no aku pada dia... sebab si Finaz tu, memang rajin nak mengenalkan lelaki pada aku.. dia tahu aku single... heii.. bertuah punya kawan... then aku tanya lah dia lagi, "awak, saya nak awak jujur... cakap betul-betul... sape yang bagi nombor saya pada awak ??" dia balas, "xde sape bagi... saya main tekan-tekan je." umm... ok, bila dia kata macam tu, aku percaya. Tapi, setiap hari aku fikir.. "Heii... ni kalau tak keje Finaz, mesti ex-bf aku..." sebab.. diorang asal sana dan menetap di sana... sebab tu aku syak diorang... Lepas je aku tanya dan cakap pasal kejujuran, lama dia tak mesej aku.. ade dalam 2 minggu lebih...
Dalam masa 2 minggu tu, aku rasa rindu pulak pada dia... rasa sunyi sebab dia tak mesej. Tiba-tiba, 13hb Januari 2013 aku dapat mesej dari dia.. hati aku suka bagai ape... hahaa!! Tapi, masa dia tak mesej aku selama 2 minggu tu, kat tempat kerja aku, ada seorang lelaki ni... dia Kristian, baru masuk Islam. Dia pun tengah usyar-usyar aku... aku mula la nak sangkut ngan dia... tapi aku fikir-fikir balik, takut la pulak sebab aku dengar dia pernah minum dan aku tengok kat tempat kerja, dia rapat ngan ramai perempuan pastu macam lebih-lebih...aku tak suke la macam tu. bila aku cakap dengan dia, dia kata, "Alaa... aku main-main je dengan diorang semua.. tapi aku serius dengan kau.. aku suke kau.." tapi dalam masa yang sama, Sahrul mula mesej aku balik. aku jadi tak tahu mana aku nak serius dan kenal lebih rapat. Bila aku tanya kawan-kawan akuyang sama tempat kerja dengan aku pasal lelaki tu, ramai bagi jawapan negatif terhadap lelaki tu.. aku pun fikir benda yang sama dan apa yang mereka cakapkan tu, betul.. So, aku ambil keputusan tuk kawan dulu dengan lelaki tu.. Bila aku kata "kita kawan dulu k.. kau kenal aku dulu dan aku kenal kau dulu..." then, sikap dia terus berubah terhadap aku.. dia mula jadi nak marah dan mula tak banyak tegur aku... Then esoknya, aku telefonlah kawan baik aku si Finaz tu...
Aku ceritalah kat dia... "Finaz, aku bingung la... ade sorang mamat ni, satu tempat keje ngan aku, tapi dia Kristian baru masuk Islam. Aku mula sayangkan dia. Tapi aku tak suka sebab dia pernah minum..aku takut bila aku terima dia, nanti dia kata dia nak berhenti slow-slow.. tapi mana tahu kan, suatu hari nanti dia ambil balik benda tu... sebab kawan-kawan dia pun budak-budak yang hidup macam zaman sekarang ni..." Pastu dia jawab, "umm... kalau kau suka, kau terima je lah dia.. suruh dia stop slow-slow." aku jawab, "Tapi, aku ade kenal sorang budak ni, dia kata dia dok Semerah. Nama dia Sahrul. aku baru je kenal. Tak kenal sangat lagi. Aku macam nak kenal ngan dia. Aku tak tahu la nak pilih yang mana..." Time aku cakap macam tu, dia dah sengeh-sengeh dah... pastu dia cakap... "Na... Sahrul tu... kawan aku... aku yang bagi nombor kau pada dia..." Aku terus cakap, "siut kan kau!! aku dah agak dah.. kalau tak keje ex-bf aku memang keje kau lah... dari dulu lagi kau ni kan... mentang-mentang aku single, sukenye nak kenalkan aku ngan kawan-kawan kau kan..hmmm~" pastu dia gelak-gelak... dia cakap, "Alaaa Na... kau try la kenal dia... dia baik Na.. aku tak tipu kau... dia baik sangat..dia suke aku sebenarnya... tapi dia baik sangat la Na... sebab tu aku takmo kat dia.. aku fikir-fikir.. aku teringat kat kau, aku bagi la nombor kau kat dia suh dia kenal ngan kau... hehee~" Aku balas balik, "Kau ni betul tau, Naz... abes nape dia tipu aku, dia cakap dia main tekan-tekan nombor aku... nape dia tak cakap kau yang bagi?" pastu dia pun menjelaskan... "Aku yang suruh dia cakap camtu.. aku takut kau marah... aku cakap kat dia... tu je kau tipu dia.. lain kau jujur.. jangan sakitkan hati dia.. aku cakap camtu kat dia.. aku dah pesan dah kat dia..." aku cakap balik, "kau ni Naz.. ok.. aku try.. kalau dia terbaik untuk aku.. sape tahu, kan..." macam tu lah perbualan kami... So, rahsia antara diorang tu dibuka sendiri oleh kawan baik aku... aku tak kesah pun... So, aku pun mula la kenal-kenal dengan Sahrul...
Aku kenal dengan dia, tak sampai seminggu, 2 hari je... tapi 2 hari tu, siang malam mesej ngan dia, aku mula terlahir rasa sayang pada dia.. mungkin dengan cara percakapan dia, dan agama yang dia jaga... buat aku jatuh hati pada dia...
16hb Januari 2013...
Aku declare couple dengan dia... sehingga sekarang, perjalanan hubungan kami, alhamdulillah baik... bila aku try tuk uji kesabaran dia, dia betul-betul sabar.. tapi aku tak de merajuk bagai... Tapi dia betul-betul buat aku sayang kat dia... selalu ingatkan aku tuk solat... selalu nak mesej aku... hmm~ bukan aku takmo mesej... kering idea la... tapi aku suke bila 3 hari aku takde kredit... 3 hari-3 hari dia call aku... hahaa!! aku suka dengar suara dia.. lembut je.. cakap baik-baik je.. buat jantung aku luruh dan buat sayang aku pada dia semakin bertambah. Yang amat aku hargai dan buat aku sayang, sebab dia boleh stop merokok kerana aku... kawan aku kata, dia dah jarang merokok dan amat jarang... kalau tak, selalu hisap rokok... aku cakap kat dia, aku tak suke orang yang hisap rokok dan aku takkan mendekatinya. So, dia cakap, dia akan berhenti merokok tapi secara perlahan.. dan terbukti hasilnya... mungkin... itu katanya.. tapi aku percaya padanya... Bulan Mac 2013 nanti dia datang jumpa aku. Dia datang dengan kawan baik aku... dan dari situ aku leh la tengok betul tak dia dah tak merokok dan lain-lain...
Aku sentiasa berdoa agar perhubungan kami akan kekal sehingga ke jinjang pelamin dan direstui kedua ibubapa kami... Yang aku risaukan sekarang adalah ummi aku.. dia tak tahu yang aku dah ada hubungan special dengan someone.. sebab dia kata "Una jangan sebok nak cari lelaki.. Biar ummi carikan calon nanti..." hmmm~ aku tengah fikir macam mana nak jelaskan pada mak aku nanti dan nak buktikan kebaikan dia... Mungkin bulan 3 ni aku boleh buka langkah 1, iaitu, bawa dia bertemu dengan ummi dan papa... Moga dari situ, ummi dan papa berkenan dengan dia.. AMinnn...
:: Ya Allah... Tuhan yang membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah iman kami, panjangkan jodoh kami. Jika dia adalah pasangan hidupku, dekatkan ia denganku dan semarakkan kasih sayang antara kami. Biarpun kami jauh, namun Engkau rapatkanlah kami dekatkanlah hati kami dan jauhkan kami dari perbuatan yang mungkar dan keji... Semoga hubungan kami ini direstui oleh kedua ibu bapa kami... AMinnn Ya RAbbal 'ALaminnn...
:: Ya Allah... Tuhan yang membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah iman kami, panjangkan jodoh kami. Jika dia adalah pasangan hidupku, dekatkan ia denganku dan semarakkan kasih sayang antara kami. Biarpun kami jauh, namun Engkau rapatkanlah kami dekatkanlah hati kami dan jauhkan kami dari perbuatan yang mungkar dan keji... Semoga hubungan kami ini direstui oleh kedua ibu bapa kami... AMinnn Ya RAbbal 'ALaminnn...